Friday, June 14, 2013

Singapore Trip : Part 5 : Tips untuk travel ke Singapore..

Hello readers..

Dah baca semua episod Singapore trip kitorang..?heee..
Kali ni aku nak kasi tips sket la..walaupun takdela tips sangat pun kan..?
At least berguna untuk sape2 yang nak ke sana plus travel dengan budak2..

Tips 1 : Passport

Haa..benda wajib nih..
Walaupun Singapore tu seberang Tambak Johor je..tapi takde pas2 pelawat ni tau..
Macam aku aritu..renew online jer..senang!
Lepas 2 jam dah boleh gi collect your passport..
Masa renew online tu..korang pilih la lokasi imegresen yang korang nak gi collect passport tu..
Macam Irfan dengan Irsyad..diorang baru nak buat passport..so kena pergi imegresen jugak la..
Kena RM80 je budak2..macam Irsyad sebab bawah 2 tahun..x payah cap jari..memadai orang Imegresen tu tengok muka dia sama tak dengan yg dalam gambar..

Tips 2 : Stroller

Kalau anak2 korang lebih kurang besar2 Irfan dengan Irsyad..better bawak stroller la..
Senang nak kawal and diorang pun takkan rasa letih badan..
Macam kitorang..siap beli twin stroller baru lagi..padahal dah ada 2 stroller kat rumah..huuu..
Tapi..memang worth the money sangat..x nyesal langsung!
Kitorang memang menggunakan sepenuhnya stroller tu..nasib diorang tak kisah dok dalam tu..
Diorang rasa nak tdo..diorang tdo je..so tak yah risau dah diorang meragam sebab mengantuk ke apa kan..
Stroller ni pun bole tolak sampai ke cabin door..pastu serah je kat staf diorang kat sana..
Nak lagi selamat..korang lipat stroller tu elok2 then masuk dlm plastik..
Sebab kitorang masa dah sampai Mesia tu baru perasan yg foot rest stroller bahagian depan tu missing..
Sekarang tengah deal dengan customer service Jetstar la..harap2 dapat balik..heuu..

Tips 3 : Thermos flask and air masak untuk hand luggage

Kan ada isu yang x boleh bawak naik liquid secara hand luggage dalam kapal terbang kan?
Tapi kalau untuk tujuan susu anak..there is no problem at all!!!
Aku punya la dok google pasal benda alah ni sebelum gi Singapore aritu..
Takde pulak orang cerita pasal benda ni..so dari rumah kitorang tawakal je bawak thermos and air masak..
So bila sampai masa untuk scan barang2 tu..aku bagitau je kat imegresen yang kitorang bawak semua benda2 tu untuk buat susu anak..so..lepas la..hihii..alhamdulillah.. ^_^


Tips 4 : Peta

Haa..memandangkan kita berada di luar kawasan jajahan Malaysia..maka peta itu adalah sangat penting..
Tapi korang tak yah la bersusah payah pulak nak pergi membeli kat MPH ke Popular ke..
Memadai kalau korang print je MRT route Singapore tu..
Sebab..maps of Singapore berlambak2 kat Changi Airport tu..free je..memang boleh ambil..

Tips 5 : Hotel

Kalau korang plan nak bermalam kat Singapore..aku sarankan book siap2 secara online..
Plan dari awal..sebab bole dapat harga yang murah sikit..
Fragrance Hotel - Elegance yang kitorang menginap pada malam pertama tu aku booking via Agoda.com..
Dapat la RM188.33..kira murah la sebab rata2 hotel kat sana atas RM200..
Walaupun hotel tu agak kecik..tapi sangat bersih dan selesa..staff pun friendly..

Lokasi hotel pun korang kena tengok jugak..
Kitorang sengaja pilih area Little India sebab dekat situ banyak jugak restoren makanan halal..tapi mamak version la..beriyani dia sedap and banyak..
Selain tu..hotel tu korang kena pastikan berdekatan dengan public transport..
Macam Fragrance Hotel - Elegance ni..dia tengah2 antara stesen MRT Bugis dan juga Little India..
Tapi kami lebih selesa guna MRT Little India sebab laluan dia bukan melalui jalanraya besar..
Lebih selamat la nak tolak stroller tu kan..

Tips 6 : Makanan Halal

Singapore ni bukan macam Malaysia tau kawan2..
Takdenye la tanda halal tu kat restoren or hotel..
Kita kena pandai2 bertanya dengan Muslim local kat sana..
Kalau kat Malaysia rata2 kita nampak tanda halal tu kan?
Kat sana aku cuma nampak kat KFC and McDonalds ja..
Kami bawak jugak dari Mesia roti and 3 in1 milo..just in case x jumpa restoren halal..
Tapi alhamdulillah dekat area Little India tu ada 2-3 restoren mamak muslim..bila masuk dalam tu..memang rata2 muka Melayu yang makan..hehee..siap tokey dia pun cakap melayu je.. :D

Tapi kalau kebetulan area hotel korang susah cari makanan halal..cuba cari 7 Eleven yang berdekatan..
InsyaAllah..banyak halal food yang semi-done dijual kat sana...
Korang cuma perlu panaskan dekat microwave dia je..
Macam tu la yang kitorang buat masa kat USS tu..
Nasi lauk dia sedap..anak2 aku suka benar..sampai bubur nasi yang aku beli pun diorang tak nak makan..hihii..

Tips 7 : Duit Poket

Hmm..matawang Singapore memang kita sedia tahu tinggi kan..?
Bayangkan en.rahie tukar RM700..dapat $288 je..sob sobb..
So..duit tu korang kena plan betul2..
Sebab tu kalau bole book hotel siap2 secara online..dah x yah risau dah..
Duit poket yang ada tu plan untuk makan, transport dan juga nak beli souvenir..
Tapi kalau korang takut tiba2 ter overspent..maklumkan kat pihak credit card korang tu yang korang nak guna kat oversea..or korang pegi set dekat atm machine korang..katakan Maybank..yang korang nak guna kad tu kat luar negara..tapi setiap kali keluar duit tu, akan kena caj la..

Tips 8 : Singapore Tourist Pass

Misi pertama bila sampai di Singapore ialah mencari Singapore Tourist Pass..
Haa..apa tu?hihii..ianya macam kad touch n go la..

Singapore Tourist Pass
Boleh guna kat semua MRT and LRT system dan juga basic bus services..
Dia ada pakej untuk 1 day, 2 day and 3 day pass..
Memandangkan kitorang di Singapore 3 hari 2 malam..jadi kitorang beli untuk 3 day pass berharga $30 each..
Tapi..kad ni boleh dapat refund balik $10 tau kalau kita pulangkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh kita beli kad tu..
Sangat2 convenient guna kad ni sebab kita dah tak perlu pikir kadar tiket dan susah2 nak tukar duit nak beli tiket..touch je..then turun la kat mana2 korang nak turun..hihii..
Since Irfan n Irsyad dok dalam stroller je kan..so staff dia cakap x payah kad..tolak je stroller tu dalam tren..lagi jimat!!hahaa..
Untuk dapatkan Singapore Tourist Pass ni dan details berapa harga untuk setiap jenis pass yang ditawarkan..korang check dekat link ni ye..

Tips 9 : Botol Mineral

Kat Singapore ni..kebanyakan tourist spot ada disediakan water dispenser..ala-ala water cooler tu..
Hehe..so bawak la botol mineral ke mana saja anda pergi..sebab nak beli boleh tahan mahal gak tau..hihii..
Lagi satu...tak semua toilet ada disediakan hose air..
So takkan korang nak calit guna tisu je kan..?eewww..tak sanggup aii..
Jadi masa ni la botol mineral kosong tu sangat berguna..
Macam kami dari Mesia memang dah bawak 2 botol air..konon untuk buat susu anak la..hee..
Pastu kat hotel pun memang diorang kasi air mineral kan..jadi botol kosong tu jangan la dibuang..
Guna sepenuhnya sampai la dah nak balik tu nanti..

Tips 10 : Wet Tissue and plastic bag

Bagi aku..dua2 benda alah ni memang wajib ada dalam travelling bag anak2..
Sebabnya..kita tak tahu keadaan diorang bila travel jauh2 macam ni kan..?
Kadang2 muntah la..tapi alhamdulillah sepanjang kat sana dua2 ok..
Jadi wet tissue ni berguna terutama masa makan..atau sebelum nak makan tu..selain masa nak cuci masa tukar pampers..

Plastic bag selain untuk stanby kalau2 diorang muntah, ianya juga berguna untuk kumpul sampah..
U olls jangan tak tau..Singapore is a fine city..
Hahaha..bukan aku yang cakap tau..tapi rata2 kat Singapore kita boleh lihat slogan tu..
Sebab tu la negara diorang ni bersih...susah la nak jumpa sampah macam kat Mesia ni..huuu..

Sampai belakang sarung keychain pun ada pasal fine ni..hihii..hebatkan diorang berkempen.. :)
Tips 11 : Universal Studio Singapore (USS)

Erm..aku rasa aku ada sentuh jugak serba sedikit tips masa cerita pasal USS pada entry ni kan?
Takpela..aku cite sekali lagi..
Antara tipsnya..

i. Stroller : kalau bawak anak2..sila pastikan anda bawa stroller..sebab jenuh kau kalau nak berjalan satu USS ni..tapi as i said dalam entry lepas..korang boleh sewa stroller ni kat sana jugak..ada single stroller dan twin stroller..harga sewaan kalau tak silap $10 untuk single stroller dan $15 untuk twin stroller..
Tempat sewaan ini betul2 di sebelah kanan dekat pintu masuk USS ni..

Sumber : Google
Selain stroller..kita jugak boleh sewa kerusi roda untuk senior citizen..
Pakai motor je rasanya wheelchair tu..so tak yah risau kalau kita bawak mak ayah or nenek kita ye..diorang pun boleh enjoy kat sana..

ii. Raincoat - satu kegunaan dia bila hujan la kan..macam kitorang aritu pun..hujan renyai2 jugak tengah hari tu..tapi sebab xde raincoat..maka berlari la kitorang masuk ke dalm food court untuk lunch..hehe..
Selain tu..raincoat ni jugak berguna kalau kita nak main atau naik rides kat wetpark dia..yela..takut terkena percikan2 air masa main tu kan..better pakai la raincoat ni..
Raincoat ni korang tak yah la susah2 beli yang mahal2..beli yang nipis tu pun dah cukup..rasanya kalau kat Watson atau Guardian harga dia cuma RM3.90 je kot..just in case..sebab aku tengok ramai orang pakai kat sana..hihiii..

iii. Botol air - erm..ni sama jela macam aku cite kat tips 9 kat atas tadi kan..kat USS ni memang banyak water cooler..kalau penat main sure akan cari air kan..?so refill jela air kat mana2 water dispenser tu..

iv. Tempat Makan Halal - Okeh..as a Muslim..memang ini perkara utama yang kita titik beratkan kan?
Tapi korang jangan risau..kalau korang tengok kat map USS ni..ada beberapa food court yang memang halal..ada simbol halal Singapore kat map tu..Macam kitorang..lunch voucher yang kitorang dapat kat sini la..Wildly Delicious Food kat theme park Madagascar..makanan dia boleh tahan la..masing2 lapar kot tengah2 hujan kan..hihiii..



Lunch voucher dia ada 2 option..grilled chicken or beef rendang..twisties dengan air mineral kat belakang tu kitorang redeemed snack voucher..


v. Re-enter the theme park - Boleh..tiket USS kita tu valid untuk satu hari..jadi kita boleh keluar masuk USS tu sampai la ke petang tu..janji..kena ambik handstamp kat exit tu sebelum keluar..
Handstamp ni tak nampak tau uollss..mula2 tu aku n en.rahie ingat diorang stamp bodo2 je..tapi rupanya masa nak re-enter petang tu..diorang scan guna laser..terpegun aku..kehkehh..so kalau korang menginap dekat Resort World Sentosa (RWS) tu..senang la nak keluar masuk n balik ke hotel untuk solat n refreshment kan..hihii..

vi. Lain2 Q&A pasal USS ni..korang boleh baca kat sini ye... :)



Hmm..apa lagi tips yang aku oleh share kat sini ehhh..?
Buat masa ni..tu je kot...
Hehehee..kalau ada apa2 tips yang tertinggal..nanti aku update ye...

Alamak..kul 5.05pm sudah...
Jom balik..hari ni Jumaat la..takut jem lak nanti...
Till then...babaiiii!!!!! ^_^


1 comment:

  1. tips yang berguna nih..tak sabar tgu wafi besar sikit nk jalan2

    ReplyDelete