Friday, December 6, 2013

..Motivasi pada penghulu segala hari..

Assalamualaikum semua..

Salam hari jumaat penghulu segala hari.. :)

Aku tak nak berceloteh panjang arini..just nak share few motivational quotes yang betul2 naikkan semangat aku pada hari ni..

Kadang2 sebagai hambaNya yang lemah..aku akui aku selalu terlalai dengan nikmat yang diberi sehinggalah diri ini diuji..

Namun..yakinlah bahawa setiap ujian dan dugaan yang dihadiahkan oleh Allah tu..bukan kerana Dia tak sayang..tapi kerana Dia sayang dan ambil berat lah maka dugaan itu telah dikirimkan..

Allah nak lihat bagaimana kita mengambil dugaan tu..sama ada kita ambilnya dari sudut yang positif atau negatif..sama2 kita fikirkan..Allahua'lam.. :)

Alhamdulillah...selamat semuanya..

Dua hari lepas baru aku cerita tentang kehilangan anak aku..

Pagi semalam dalam kul 4 pagi..aku dah start sakit pinggang dan memulas perut macam senggugut tu..

Aku teringat petua yang kawan aku cakap..
"Ida..mak bidan petua kalau nak bagi anak dalam perut cepat keluar..ko mandi lama2 sampai menggigil...InsyaAllah anak ko cepat keluar nanti..bahaya biar lama2 dalam tu.."

Terus aku kejut en.rahie..
Mula2 darah beku keluar..
Aku masuk shower dan duduk bawah tu dari kul 4.30-6.30 pagi..
Hui...hanya Allah yang tau macam mana keadaan aku masa tu..

Mulut aku x henti2 baca doa Nabi Yunus dan mengucap..
Dalam kul 5 pagi macam tu aku rasa macam nak berry..
Dalam hati terdetik... "dah nak kuar ni.. "

Aku push sikit dan alhamdulillah anak aku
keluar..tapi masih tergantung..nampak tali pusat masih bersambung dgn uri..
lamaaaa aku tunggu....nak tarik aku takut nanti keluar x abis..
Nak dekat sejam lebih jugak kot aku cuba nak keluarkan kesemua uri tu..

Sampai la satu tahap mata aku dah kabur, kaki tangan semua dah lembik...telinga dah mula berdengung...
Aku panggil en.rahie..
"Abang..ya dah x larat..mata dah x nampak.."
"Mengucap sayang..istighfar banyak2..jangan tdo..bangun..buka mata!!"
Sayup2 ja suara en.rahie aku dengar..makin lama makin hilang..
Mengucap panjang aku masa tu..sempat lagi aku mintak ampun kat suami aku..
Sungguh..aku rasa nyawa aku betul2 kat hidung dah..badan aku memang dah lembik longlai..
Ya Allah..selamatkanlah aku Ya Allah..
Aku pitam kejap..
Tak lama...pastu aku rasa ada sedikit kekuatan..aku tarik je uri yg masih tergantung tu..biarlah..dengan harapan nanti akan keluar saki baki tu kemudian..

Darah memang sangat banyak keluar..tumpah darah barangkali..sebab tu aku pitam..

En.rahie pakaikan aku pad dan pimpin aku rehat kat katil..
Dia buatkan milo n nestum untuk bagi aku tenaga sikit..
Tak lupa dia bagi jugak obimin n iron tablet untuk naikkan balik darah aku..
Alhamdulillah...aku sedar balik cuma rasa badan sangat lemah...mungkin sebab dah terlalu banyak darah keluar..

Sementara aku rehat tu..en.rahie bersihkan darah2 kat kain n toilet..
Dia mandi then solat subuh pastu siap2 nak bawak aku gi PPUM..
Aku memang dah abis tenaga masa tu..darah masih banyak keluar macam paip bocor..
Pad n kain yang baru ditukar tadi pun penuh dengan darah..
Sampai cadar dan mattress cover pun terkena darah tu..
Ya Allah. .tapi sabar je en.rahie bersihkan semua tu..

Lepas dah setel semua..dia ambik beg then terus kami ke PPUM..
Nasib mak abah aku ada..so anak2 mak abah aku yang uruskan..

Sepanjang perjalanan daripada Alam Budiman ke PPUM tu..aku masih lagi rasa contraction in every 4 minutes..
Sakit jugak weh..tapi sambil2 tu sempat lagi msg2 dengan group gftseismo..hehe..ambik semangat katakan.. ;p

Sampai je PPUM..terus en.rahie bawak pegi KKWK (Klinik Kesihatan Wanita dan Kanak2)..
Dia ambik wheelchair then terus tolak aku ke Klinik Rawatan Harian Obstetrik..bahagian kehamilan awal..
Masa tu memang darah dah penuh bocor kain dah..abis terkena lapik wheelchair tu..huhuu..nasib la..nak buat macam mana sebab ada lagi saki baki darah dan uri dalam rahim aku tu kan..
Selagi tak keluar abis..selagi tu la darah akan keluar macam paip bocor..huhuu..

Lepas urusan pendaftaran semua setel..bermula la pulak pengalaman kena cuci rahim dengan doktor n nurse..
Sakitttt sangatttt...sampai hampir collapse aku time tu..hampir tak sedar diri..
Bila aku jadi macam tu..lagi la doktor n nurse tu gelabah..
Dah depa gelabah..aku n en.rahie lagi la gelabah.. adoiiii...

Bila aku dah collapse macam tu terus nurse masukkan aku drip..
Tapi bila kita dah collapse...salur2 vena pun turut akan collapse. .
Banyak kali nurse cuba cucuk tangan aku untuk cari vein yang sesuai..
Aku yang separa sedar tu mengucap banyak2 dan berdoa semoga semuanya dimudahkan..
Tak lama lepas masuk drip tu..aku dah sedar sikit..alhamdulillah..
Diorang biarkan aku seketika untuk bagi aku stabil sebelum dipindahkan ke observation ward..

KKWK ni bangunan baru..
Sangat cantik ward dia..memang macam private hospital..
Tapi masih lengang buat masa ni sebab PPUM masih belum buka ward tu untuk orang bersalin...
Katanya start january 2014 baru bukak..patut la tengok doktor2 n nurse2 sibuk susun atur wad tu kalau xde patient yang menanti untuk dirawat..hehe..kesian diorang..tapi memang aku puji doktor n nurse kat wad tu sangat baik n peramah..alhamdulillah... :)

Lepas dipindahkan je observation ward..en.rahie belikan nasi goreng n milo panas untuk aku..
Lapar kottt..plus dah banyak tenaga n darah keluar masa keguguran tu kan..huhuu..
Diorang monitor aku untuk beberapa jam..
Bila aku dah bole jalan ke toilet n darah pun dah kurang..blood pressure pun normal.. Doktor bagi aku discharge jam 1.30 petang tu..alhamdulillah..syukur segalanya dah selamat.. :)

Kami sampai umah 2.30 petang kot..aku lunch n terus tertidur..
En.rahie pas zohor pun terus terlena sampai 6.30 petang..
Kesian suami aku..dari jam 4 pagi tu dia teman aku sampai la bila dah balik rumah baru leh lena..
Terima kasih abang.. :)

Anak kami..en.rahie tanam kat bawah pokok depan rumah je..
Petang tu baru sempat kami belek2..
Subhanallah. .dah cukup sifat anak aku..
Mata, mulut, hidung, kaki, tangan dan jari2 halus dia cukup buatkan kami sebak..
Cuma x berapa nak nampak jantina anak kami tu..
Xpela..takde rezeki dia nak lihat dunia yang penuh cabaran ni.. :)

Cara nak tanam anak pun mula2 kami serba salah jugak..
Sebab ada pendapat cakap if anak tu dah 4 bulan ke atas..baru kena mandi n kafankan..
Kalau masih bawah 4 bulan..memadai bersihkan elok2 sambil selawat, lepas tu balut dengan kain dan tanam sahaja..
Walaupun kalau ikut usia kandungan semasa aku adalah 17 minggu..tapi sebab saiz anak lebih kurang 12 weeks plus je..jadi kami bersihkan dan balut dengan kain putih dan tanam bersama2 uri kat depan rumah je..
Cuma lubang tu en.rahie n abah aku korek agak dalam la untuk elakkan daripada dihidu oleh haiwan liar..

Irfan dan Irsyad sampai hari ni masih dok tanya..

"Mama sakit ke..? Mama makan la ubat ni..nanti mama sihat la.."
Sambil hulurkan obimin dan iron tablet kat aku..mungkin sebab depa tengok sepanjang masa aku berstoking dan pakai baju sejuk kot..lepas tu tidur pulak kat bilik bawah je...tu yang ingatkan aku sakit gamaknya..padahal depa xtau mama depa ni tengah dalam pantang..hehee.. :)

Yang lagi best..bila Irfan tanya..

"Mama..adik baby dah takde ke...? Adik baby p mana..?"
Boleh pulak dengan selamba je si Irsyad cakap..
"Adik baby dah mati laa.."

Huiii..cerdiknya dua2 beradik ni padahal takde sape pun sebut pasal mati ke apa..tapi depa pun dah bole berfikir kot kan? Huhuhuu.

Semoga anak aku tenang dan bahagia kat sana..
Mama dan abah redha dengan pemergianmu nak..
Mama abah percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita sekeluarga..InsyaAllah...ameen... ^_^

Wednesday, December 4, 2013

Kehilangan yang diredhai..

Assalamualaikum semua..

Asyik entry pasal kehilangan je kan dua-tiga hari ni..?

Semalam aku coretkan tentang kehilangan arwah wan aku yang telah kembali ke rahmatullah..

Giliran kita belum tahu bagaimana kesudahannya..

Semalam petang jugak..aku telah disahkan kehilangan anak yang sempat untuk aku kandungkan selama 4 bulan..

Aku sekeluarga terima ketentuan ini dengan redha..

Aku sangat-sangat yakin yang Allah punyai perancangan yang lebih hebat untuk aku sekeluarga..

Alhamdulillah..Allah juga beri kekuatan yang sangat luar biasa untuk aku hadapi dugaan tersebut..tak seperti waktu aku keguguran lima tahun yang dulu..

Ramai yang bertanyakan kenapa keguguran tersebut boleh berlaku..?

Kami tiada jawapannya kecuali semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Esa..

Apa yang penting..hidup harus diteruskan kerana aku punyai dua orang lagi anak yang perukan perhatian aku..so smile!!!! ^_^

Hehe..aku cuma harapkan doa kalian supaya anak di dalam kandungan aku ni boleh keluar dengan sendirinya tanpa perlukan bantuan ubatan atau proses dnc..

Doktor beri tempoh selama 2 minggu sehingga 17 Disember ni untuk baby keluar naturally..

If not..aku kena jumpa doktor balik untuk tentukan kaedah apa yang sesuai untuk aku bagi mengeluarkan anak aku ni..

Seboleh-bolehnya doktor nak elakkan prosedur dnc sebab masa bersalinkan Irsyad, aku penah kena cser..
So risikonya rahim akan jadi lebih nipis kalau dnc diteruskan..

Otherwise..kena masuk ubat la...tapi aku pun x sure kaedahnya sama ke tak macam kena induced..allahua'lam..

Jadi..mohon jasa baik kawan2 untuk sama2 doakan agar segala urusan aku dan anak aku ni dipemudahkan ye..insyaAllah..ameen... :)



..Alhamdulillah aku diuji..

Tuesday, December 3, 2013

Innalillah..kehilangan yang dirindui..

Salam readers...

Pagi jumaat lepas masa on da way ke ofis..adik aku payie call..

"Kakya..balik kg x? Wan dah meninggal.."

Haa..terkejut aku..
Memang dah seminggu wan aku masuk hospital..tapi x sangka kemasukan ke hospital kali ni adalah yg terakhir kalinya..

"Innalillah.." perlahan terluncur keluar dari mulut aku..

Terus aku call en.rahie maklumkan  berkenaan berita tersebut..
Sebenarnya masing2 dah sampai ofis pagi tu..aku terus inform bos n terus balik ke rumah..
Wan aku ni memang ada sakit tua..komplikasi jantung, kidney..
Dan hari2 terakhir tu..mmg dengar suara arwah dah lain..
Jauh di sudut hati aku memang dah terdetik..

"Tak lama dah wan ni.."

Seminggu tu pun memang en.rahie dah cakap..

"Telinga abg asyik berdesing ja 2-3 hari ni..ada org nk meninggal kottt.."

Tak sangka pulak..orang itu adalah arwah wan aku..
Tapi alhamdulillah..arwah pergi pada hari Jumaat yang mulia..
Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman..ameen...

Semoga arwah wan tenang di sana..





..Al-Fatihah...

Saturday, November 2, 2013

AmanVille @ SpaceU8 Shah Alam

Hello semua...

Sape yang penah pergi AmanVille kat Space U8 ni..?angkat tangan!!
Hahahaa..actually ni second time kitorang bawak anak2 datang sini..
Dua-dua kali datang ni pun sebab beli voucher kat LivingSocial..haha..
Jimat sket..dua orang tu anak aku nak masuk..kalau pegi time weekend..pokai la mak!kikikiii..

Tempat ni memang sangat best, selesa dan bersih..
Anak2 bebas nak main apa saja..
Mak2 dan pak2 budak pun relax je lepak2 dalam ni..bole tengok video..(most of it cartoon la..haha)..
Tak pun bole jugak melayari internet..wifi memang disediakan..
Kalau korang nak shopping and nak biar anak2 korang main2 dalam tu pun boleh..
Apa orang panggil..Drop & Shop..?
Haa..cenggitu le bunyinya..tapi bayaran dia mahal sket la..dia kira per hour..
Untuk rate AmanVille ni..korang bole check kat website diorang ni..

So far kami selesa spent quality time dengan anak2 kat sini..
Yela..kalau sape pernah pegi Space U8 ni, mall dia takde la ramai sangat orang..
Jadi..ketenangan ada di situ..chewah!! ;p

K la..korang layan gambar jela eh.. :)

Slides and balls..

Tembak!!

Habih diangkutnya bola2 tu ke dalam kandang..hehe..

Cafe and toilet pun ada..sangat bersih dan selesa..

Main rumah2..


Lego and blocks..



Bukan setakat Irfan..aku n en.rahie pun suka sangat main benda ni..




Spacious..







Kalau tanya pendapat aku..tak salah spent duit sikit untuk bagi anak2 happy..
Sekali sekala apa salahnya kan..
Kalau nak jimat sikit..rajin2 la ushar vouchers kat deals.com.my tu..
Banyak sebenarnya voucher2 in house playground macam ni..
Cuma aku akan lebih prefer beli voucher tempat2 yang berdekatan dengan umah kami..
Sekian..hehe.. :)


Friday, October 18, 2013

Happy 2nd Birthday my dear Muhammad Irsyad!!!!

Muahahahaaa...

Lamanya aku x bukak blog kesayangan ni..

Biasa la bila terlebih Vitamin M ni kannn...?hihihiiii...

Okla..entry kali ni mmg specially dedicated to my 2nd son..Muhammad Irsyad..

Ahad lepas...Irsyad turns 2 years old guysss..yeayyy!!!

Dah besar anak aku ni..cepat je masa berlalu..

Teringat lagi saat-saat aku dok menunggu nak masuk OT sebab nak kena ceaser masa nak bersalinkan Irsyad dulu..hanya Tuhan je yang tahu rasa itu..

Berdebar je hati ni..

Aku dibiuskan separuh badan..so dapat la dengar doktor-doktor ni bersembang-sembang masa dok buat prosedur kat aku tu kan..adoi...sabar jela..

Alhamdulillah..sebaik je aku dengar suara Irsyad..sebak sangat rasa..segala sakit dan debaran yang awal tadi tu hilang camtu je..huhuuu..

Lepas Irsyad dah dibersihkan..mak bidan datang bawak kat aku..

Dalam hati.."Ya Allah..putihnya anak aku sorang nih..besar lak tu!"

Hahaa..bole lak aku pikir camtu..yela..Irsyad masa lahir 4.2kg!sebab tu la mama dia ni kena ceaser...kikikiii...tapi Alhamdulillah semua selamat..

Sekarang..dah dua tahun...

Mak aiii..lasaknya kemain lagi..kalah abang dia!

Kuat mengusik jugak..tak kira la kita ka..abang Irfan dia ka..saja ja nak usik..kadang-kadang sampai menangis si abang tu dibuatnya..huhuu..

Cerdik!Lasak!Bijak!

Suka bertukang..suka baiki-baiki barang rosak..adventurous sket..

Memang betul la orang cakap..lain anak..lain karekternya..tapi masing-masing ada keunikan tersendiri yang membuatkan kita teringat-ingat je selalu..kannn??!!heee...  ^____^

So balik raya haji hari tu..kitorang celebrate birthday Irsyad dua kali..haaa...puas hati!! :D

Sekali dengan family side aku, sekali dengan family in law..best sangat!Tapi yang most excited adalah si Irfan..hahaha..dia lak yang lebih-lebih tiup lilin..kikikiii...

And yang special sekali kedua-dua kek tu mak aiii yang buat khas untuk cucu dia..huhuu..thank u mama!! :)

So meh kita layankan gambar jela kan.. :)

..October's baby birthday celebration @ tok's house..

Budak ini memang kuat posing!!
#Irsyad 2 years old..

Spiderman cake..Double Celebration @ MIL house...
Irsyad n MIL share the same birthdate..hehe..


p/s : Mama selalu doa supaya Irsyad membesar menjadi anak yang soleh, dengar kata, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT..Mama, Abah and Abg Irfan loves u sooooo much dear!! Muahhhh!!!













Monday, September 9, 2013

Attending Hana Shakira's 1st Birthday Party @ Concorde Hotel, Shah Alam..

*Ini entry event last week ye...hahaha...

Haaa..ni memang 1st time i attend birthday party kat hotel uolls...sangat la excited!!haha..
Ada theme pulak tuu..Hello Kitty taw..haruslah pakaian serba pink putih gitew kann..
Jenuh geledah wardrobe..then baru i realized.."Aku xde baju kaler pink..!" @_@
Korang caye x..?haha..jarang2 orang pompuan ni xde baju pink kan?haha..
Baju kurung warna pink mmg la ada sehelai dua..tp xkan nak g party pakai baju kurung kan..?
Dengan nak ligan dua hero aku yg lasak ni..haha..

So..pagi2 lagi aku dah ajak en.rahie gi cari baju n present untuk birthday girl skali..
Beria sungguh kan?!kikikii.. ^_^
En.rahie pun layankan jela bini dia sorang nihh..
Kitorang beli dress n soft toy untuk birthday girl..
Ya Allah...comel2 betul baju gugurl ni kan?Geram aku nengok!!macam nak borong semua!! :D

Balik je dari shopping dalam tengah hari tu..terus tidokan dua2 beradik ni..
Bukan apa..biar diorang tdo puas2..simpan tenaga nak main malam nanti..hihiii..
Dah le tengah hari sampai petang tu hujan lebat..memang sangat sedap la tdoq..dengan mak pak depa pun lena skali..hahaa.. ;p

Event ni start lepas maghrib dalam kul 8pm macam tu..
So kitorang gerak dari rumah awal sket..dalam 6.30pm..memang budget nak solat maghrib kat hotel je..

Oppss..lupa lak nak cite..
This cute adorable girl is my cousin's daughter..Nur Hana Shakira..

Nur Hana Shakira

Lapan tahun cousin i ni kawen..tp belum ada rezeki anak..
Alhamdulillah lepas Shakira hadir dalam family cousin i ni..murah sangat rezeki mereka sekeluarga..bukan saja cousin i dengan husband dia je dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..malah tok, wan, and semua makcik n pakcik dia diberi rezeki yang x terduga..
Betul la kata orang..anak2 memang pembawa rezeki..
Dan rezeki yang paling tak disangka2..akhirnya cousin i ni hamil..after 8 years of trying uollss..
Sebak sangat tau..tapi Allah jua adalah perancang yang paling terbaik..sobs..sobs..insaf jap.. :'(

Happy family.. ^_^


Okeh2..meh kita layan gambar eaa..hihiii..



Party time!!! ^_^

Peace!! (",)v

My luvly little family.. :D

The menus..yumss!!! :P
Main2 kat luar ballroom.. :)
Just the two of us..Irsyad nangis takut dgn Mr.Mickey tu..hehe..

Luv this shot!!!Family yang sangat sporting and happening..hehe..


Till then...daaa... ^_^


p/s : Ada sesapa lagi nak invite kitorg gi birthday party....heheee... ;P


Friday, August 16, 2013

Pasar Kemboja @ Kubu Gajah, Sg. Buloh

Assalamualaikum..

Salam Hari Jumaat semua...

Masih dalam mood raya?hehee..sama la kita.. :)

Disebabkan hari ni aku agak free sikit..meh aku nak cite pasal satu tempat best kat korang..
Kikikii..best pada aku la yang suka pada benda2 murah ni kan..tak tahu la bagi korang best ke tak..
Tapi aku nak share jugak!! ;p

Okeh..korang pernah dengar pasal Pasar Kemboja?
Kalau korang google..banyak entry akan cerita pasal Pasar Kemboja kat Parit Buntar, Perak..
Tapi Pasar Kemboja yang aku nak cerita ni..letaknya di antara Kubu Gajah dan Paya Jaras, Sungai Buloh..
Haa..memang dah dekat sangat la dengan umah aku kan...hihii..

Dekat tak dekat..aku pun baru dua kali jejakkan kaki ke Pasar Kemboja ni..hahahaa..
Selalu aku dengar kawan2 kat ofis cerita je..
Tudung murah..kain murah..telekung murah...baju siap murah..aduhaiii...
Tapi nak buat macam mana..boleh tadah telinga jela dengar sebab Pasar Kemboja ni cuma bukak pada hari Isnin dan Jumaat sahaja okeyyy..dari kul 8 pagi sampai 2 petang..huuuu..

First time kitorang pegi..en.rahie cakap.. "macam Wang Kelian la.."..hahaa..
A'ah..suasana Pasar Kemboja ni macam Wang Kelian or Pasar Sarikin kat Sarawak tu..
Diorang pacak2 khemah je kat situ..
Macam2 ada dijual..tapi selalu aku kalau pegi..aku tengok tudung jela..
Memang agak murah..bole tawar menawar lagi..
Dengar cite..orang2 meniaga pun ambil borong kat sini je..

Dulu aku selalu tertanya2..kenapa orang panggil Pasar Kemboja eh?
Hihiii...rupa-rupanya rata-rata penjual kat situ memang orang Kemboja..
Kalau masuk area kampung tu pun..kita boleh nampak perkampungan orang Kemboja..

Macam mana nak ke sini?
Ok..kalau korang ikut Guthrie menghala ke utara..keluar exit Paya Jaras, terus ambik susur kiri..
Lepas turun susur kiri tu korang akan jumpa traffic light..ambik kanan..
Elok je lepas masuk kanan tu..ada simpang kiri..korang masuk simpang kiri tu..
Memang akan lalu jalan kampung..jangan cuak..teruskan perjalanan..hihii..
Dalam gak la masuk tu..tapi xpe..korang terus je sampai la korang nampak satu kawasan macam pasar pagi..
Selalunya memang ramai orang...jem kadang2 tu..korang boleh parking kereta kat tepi2 jalan je or masuk tempat parking berbayar..
Kalau dari Alam Budiman tu..kitorang lebih suka ikut jalan dari Saujana Utama..dekat sikit..x yah bayar tol..hihihiii..

Ok..kat bawah ni ada beberapa gambar je yang aku sempat snap..
Dua kali pegi memang x sempat snap gambar..lebih ralit tengok baju2 and tudung2 tu..haha..daa.. ^_^

Gerai-gerai baju..

Jubah dan kain pasang

Jubah pun cantik2 dan murah..
Tudung-tudung..lai lai laiii... :D
Jalan2 terjumpak pulak baju ultraman ni..terus sambar dua untuk Irfan n Irsyad..haha..

Thursday, August 15, 2013

Salam Aidilfitri.. ^_^

Satu hari di hari raya..
Ku lihat cahaya bersinar indah..
Langit cemerlang tak terkira..
Tanda kuasa yang Maha Esa..
Memberi nikmat pada manusia..

Wahhh..aku cukup suka lagu M.Nasir ni..
Sangat la evergreen..hihiii..
Dikesempatan ni..aku nak ucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..
Untuk sahabat handai, saudara mara serta muslimin dan muslimat semua...
Semoga lebaran kali ini memberi lebih banyak keberkatan dan keceriaan kepada kita..

Raya tahun ni macam biasa la kami  sekeluarga balik kedah..
Kampung halaman tercinta.. :)
Tengok sawah padi yang menguning...
Tapi boleh tahan panas jugak la balik raya kali ni..
Tapi syukur la..seronok berjalan raya bila cuaca baik macam tu.. ^_^

Disebabkan rumah aku and rumah en.rahie dalam 15 minit je perjalanan..
So kami tak kisah la nak balik umah sapa dulu..
Memang sepanjang hari raya tu..tiap2 hari kami akan pergi umah sedara aku and umah sedara dia..
Memang letih tahap gaban gak la..hahaa..

Selamat Hari raya!!! ^_^


::My sweet little family::

Makan2 hari raya di Yan, Kedah
My family with wan & tok chaq
Yan's big family..
Irfan & Zia
The cousins
Nostalgia gitewww.. :D