Aku tak tahu la nak cakap entry ni best ke tak..
Yang pasti..entry ni berkenaan anak aku si Irsyad..
Masa check up setahun setengah bulan April aritu..doktor perasan yang ukur lilit kepala si Irsyad ni out of normal range..kalau korang perasan buku check up anak sekarang kan ada graf ukur lilit kepala normal bayi kan..?Masa Irfan dulu xde lagi kot graf ni rasanya..
So bila check balik graf tu..rupanya ukur lilit kepala si Irsyad ni dah dua kali marked as out of normal range..
Sekali tu masa umur dia setahun..tapi masa ni aku rasa nurse atau doktor pun x perasan kot..
Jadi nak dijadikan cerita..doktor bagi surat suruh refer kes ni ke hospital..
Jadi..aku n en.rahie pun bawak la si Irsyad ni ke hospital universiti untuk follow up dengan paed..
Doktor check and interview serba sedikit tentang Irsyad punya development..dia cakap ok..
Semuanya normal dan ikut progress seperti yang sepatutnya dengan usia dia..dia cakap tak perlu risau..
Tapi disebabkan dah direfer ke hospital..diorang decide la untuk investigate benda ni dengan lebih dalam..
Jadi diorang suruh set appointment untuk buat ct scan..
Sian kan kecik2 baru umur 1 tahun 8 bulan dah nak kena bat ct scan semua ni..huhuuu..
Ding dng ding dong..lepas dua bulan baru ada free slot untuk ct scan tu..
Jadi Ahad lepas..aku pun check in la wad ni dengan Irsyad..
Mesti korang tertanya-tanya..kenapa nak buat ct scan pun nak kena warded kan?Tak boleh ke walk in je..?Haha..soalan itu jugak la yang aku n en.rahie tanya balik kat nurse lepas jumpa doktor bulan 4 ritu..
And jawapannya..sebab budak kecik ni kalau nak buat ct scan..diorang kena dalam keadaan tidur..
Jadi sebab tu nak kena masuk wad sebab diorang akan kena puasa at least 4-6 jam dan akan diberikan ubat tidur sebelum prosedur tu dijalankan..
Hmm..jadi pasrah la kami dua beranak kena bermalam kat hospital..
Irsyad yang sehat dan cargas tu apa lagi..suka kemain berlari sana sini..
Dapat pulak bilik single room..lagi la..memang tak nampak macam orang sakit langsung!haha..tapi anak aku memang tak sakit pun..masuk wad sebab nak scan je kan..hihiii..
Single room..penjaga tidur kat recliner sofa.. |
Budak steady..sedia beri kerjasama pada nurse.. :D |
Future engineer..Ir.Muhammad Irsyad.. |
Last dia minum aku ingat dalam kul 4.15am kot..
Irsyad dah dipasang drip sebab dah nak kena start puasa |
Apalagi..suka la...biar dia berendam jap kat sinki hospital tu sampai puas..
Time bagi pakai baju..breakfast pulak sampai..adehh..dia dah cakap.."Mama..nak makan..nak makan.."
Lapar la tu...huhuuu..jenuh aku tarik perhatian dia ke lain..
Ajak sembang la..bagi hp bukak pocoyo la..tapi tak lama..dia akan mintak susu lagi...
Sampai la doktor mai round wad dalam kul 8.50 am macam tu..lega!
Then kul 9am diorang start bagi ubat tidur kat Irsyad..15ml kau...banyak kan?
Tak lama lepas tu..Irsyad pun ditolak ke tempat buat ct scan..
Dalam perjalanan tu nampak dia macam dah lali..lega la hati aku..sebab doktor takkan bagi ubat pelali dah yang mana agak berisiko untuk diberikan kepada budak seusia dia..
Baru sampai kat tempat scan..belum diberi ubat pelali lagi |
Masa ni dah dapat max dose ubat pelali..dah nampak lalok dan tak bermaya kan.. lampu merah kat tangan Irsyad tu untuk monitor jantung dia |
Tapiiiii...budak cerdik ni lagi pandai..dia jadi cergas balik..siap ajak sembang dan gelak2 lagi..aduiii..
Aku tengok doktor dah standby nak cucuk ubat pelali kat dalam drip Irsyad..huuu..siannya..
Mula2 bagi 1mg..Irsyad dah nampak lalok..nurse dah siap pasang alat untuk monitor jantung dia..tapi dia tahan lagi mata tu..haishhh..Irsyad..Irsyad..
10 minit kemudian..doktor cucuk lagi ubat pelali 1mg tu..dia sampai macam dah lembik..macam dah tak sedar tapi dia still lawan..sebak tauu tengok anak kita macam tu..aku sampai mengalir air mata..sob sobbb..
Tapi dia tahan lagi mata dia..sampai la doktor cucuk kali kelima..kiranya maximum dose dah tu..
Tapi..ya Allah..anak aku ni still lagi gagah menahan mata dia..
Sikit pun dia tak tidur..tapi laloknya..ya Allah..sedih tul tengok keadaan dia macam tu..
Pakar scan cakap diorang bagi masa sampai kul 12pm je..kalau Irsyad still tak tidur..prosedur tu terpaksa cancel sebab patient diorang masih ramai!!!dush!!dush!!!aku macam nak p tumbuk je doktor2 ni..
Consider la sikit kan..dah cucuk anak kita dengan macam2 ubat sampai lalok macam tu skali..boleh dia cakap macam tu?
Kalau korang kat tempat aku..apa perasaan korang..?geram kan..?!!
Lepas tu apa gunanya kena warded kalau tak leh nak selit sikit pun untuk buat ct scan tu..
Prosedur tu tak lama pun..ada kot seminit..doktor tu la yang cakap..
Tapi tula..lepas bawak Irsyad balik wad..aku cuba bagi tidur..sampai kul 12pm still tak berjaya..
Dia asyik nangis je mintak susu..last2..since jam pun dah lepas kul 12 pm..and memang sedia confirm prosedur akan cancel..terus la aku n en.rahie bagi Irsyad minum susu..dalam hati dok berdoa takde apa2 yang tak diingini berlaku sebab doc warning jangan bagi susu kalau Irsyad still dalam keadaan tak sedar..takut susu tu termasuk dalam paru2 and risiko tersedak susu pulak nanti..tapi kitorang tawakal je pada Allah..
And..habis je 7oz Irsyad minum..terus dia tertidur..masa tu jam 12.15pm..
Aduhhh..tapi hati masih ada geram..aku termenung sorang2 sambil tengok Irsyad tidur..
En.rahie dok tengok hp dia..
Lama2 tu..aku pikir..buang masa je aku marah2 ni..setan pun suka..baik aku pikir positif..tak guna nak marah2 ni kan..buat sakit hati je..
Mesti ada hikmah yang tersembunyi..
Aku tau anak aku ni cerdik..dia dah fokus tak nak tidur sebab dia tau doktor2 ni akan buat sesuatu kat dia nanti..jauh di sudut hati..aku bersyukur ct scan ni tak jadi sebab ct scan or MRI ni kan involves very high magnetic field..banyak sangat radiation..
Dua2 prosedur ni akan matikan sel2 badan kita..apatah lagi budak kecik macam Irsyad..
Jam 2pm..Irsyad bangun..ceria macam selalu..alhamdulillah..dah tak lalok2 lagi..
Doktor sampai petang tak tunjuk muka..sampai dua tiga kali en.rahie dok pi tanya nurse kat kaunter tu bila doc nak mai lawat..
Kitorang pun tak tau status sama ada boleh discharge petang tu atau kena warded satu hari and continue the procedure tomorrow..
Sampai la kul 4.30pm..baru doktor datang..tapi bukan doktor yang pagi tadi..mungkin dah segan kot kena sound dengan en.rahie..huhuu..yela..sapa tak sound kalau nak bagi ubat pelali pun dok telefon doktor senior tanya dose macam mana..nampak sangat tak confident kan?
aduii la..depa ingat anak kami ni tikus makmal ke nak test2..huhuuu..astaghfirullahhal'azim...
Doktor tanya macam2 soalan..siap tanya sama ada kami ni ada keturunan belah2 middle east sana..
Aku yang tak tau..cakap le tak..padahal rupanya ada darah arab belah wan aku tu..
Pastu tanya ada tak adik beradik atau keturunan berkepala besar..aku cakap la sepupu2 aku memang ada..dah jadi engineer pun masing2..hihii..
Pastu diorang ukur balik kepala Irsyad..and guess what....???
Dah masuk dalam normal range pun..adehhh...
Kalau guna World Health Organization (WHO) standard chart..memang tak pernah out of range pun..tapi since buku check up kesihatan tu ikut Malaysian standard...sebab tu terkeluar sikit graf ukur lilit kepala tu..
Tapi memandangkan ct scan tak jadi buat..doktor ni nak suruh book pulak untuk buat MRI scan..
MRI ni budak2 akan terus dibius..aduii..mesti lagi berisiko kan?
Tapi aku slow talk dengan doktor..kalau setakat monitoring je pun boleh kan?
Selagi takde simptom2 yang menunjukkan ada sesuatu yang pelik dalam kepala dia..aku rasa takde masalah..
Doktor pun cakap..dari pemerhatian dia..perkembangan Irsyad ni normal dengan age dia..
So dia pun takdela risau and paksa2 nak suruh jugak buat scan tu..
Hmm..kul 5pm baru en.rahie turun uruskan proses keluar wad..
Ini yang dikatakan percutian percuma di hospital sebab masuk wad saja2 tanpa sebarang prosedur yang dilakukan..huhuhuuu..
Tapi..alhamdulillah semua dah setel..tapi aku pun tak pasti nak teruskan scan dan mri ni ke tak..
MRI dah dapat date..13 Disember 2013..
Kalau ikut nasihat dari mak2 dan pak2 menakan dan sepupu2..diorang kata lebih baik monitor jela perkembangan dia..sebab takde nampak anything yang abnormal pun..
Lagipun memang sah2 kami ni memang ada keturunan yang kepala besar..huhuuu...
Mohon kawan2 sama2 doakan yang baik2 la untuk Irsyad ye.. :)
K la..sekian bebelan panjang lebar untuk hari ini..haha..pis!! ^_^
kesiannya Irsyad...huhu. hope tak der apa2. amin.
ReplyDeleteitu la mazni..harap2 semuanya ok..insyaAllah..amin.. :)
ReplyDeletecamana perkembangan irsyad skang...
ReplyDeleteAlhamdulillah..makin suka nak belajar..tunggu next year la nk hantar kindy dgn abg dia.. :)
DeleteAnak sy 1thn 6bln br2 ni checkup pun ukur lilit kepala terlebih graf..tp perkmbngan sume ok..risau kalo kene jumpe pakar n buat scan2 tu..sbb kcik lg..
ReplyDeleteTula..sian kan..tp xpe sis..as long as progress anak sis ok..nothing to worry..tp kalo doc refer ke hosp,ikut jela..at least kita akan dpt second opinion..harap2 everything went smoothly ye..insyaAllah xde pape tu..semoga semuanya dipermudahkan.. :)
Deletesy google n jmpa article ni. kemarin bru pegi follow up hospital utk kali ke2 n Dr decide utk buat ct scan. berat hati nak buat. dah semalaman melelh air mata fikir anak sakit ke. sy tnya ada pilihan lain x selain ct scan bila paed tu ada ckp anak sy aktif suma ok cuma sbb ukur lilit tu sj. utk puaskan hati dia dia nak buat ct scan.. boleh pulak kan mcm tu..
ReplyDeletemama runsing ðŸ˜
brapa umur ank puan
ReplyDelete