Sunday, August 31, 2014

Salam Kemerdekaan..

Assalamualaikum..
Selamat Pagi Malaysia!! ^_^

Alhamdulillah dah ulangtahun yang ke-57 tanahair kebanggaan kita ni..
Sambil dok menaip blog..sambil dok layan sambutan kemerdekaan kat tv..hehe..
Memang mulanya En.Rahie semangat nak bawak anak2 dia pi Dataran Merdeka..
Tp end up layan kat tv jela..hihihii..

Apapun..aku doakan agar ketenteraman negara terus berkekalan selamanya..
Ameen.. :)

Sayang Malaysia!! ❤️❤️❤️


Saturday, August 30, 2014

Lambaian Kaabah


Assalamualaikum semua..
Musim haji kembali lagi..
Alhamdulillah syukur kepada orang2 yg telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah SWT..
Ceria dan bersih je muka2 tetamu Allah ni..

Puan Bunga iaitu mak mertua aku merupakan salah seorang jemputan Allah tahun ni..
Bukan sekali..tapi dua kali dia dapat jemputan menjadi tetamu Allah pada tahun ni..
Alhamdulillah..syukur bila mana tgk wajah tua itu gembira menyambut panggilan Ilahi..
Kali pertama adalah pada bulan Februari aritu ketika kami sama2 pergi mengerjakan umrah..
Dan baru2 ni..mak aku turut tersenarai namanya untuk mengerjakan haji..

Mak aku naik penerbangan KT07 pada hari Khamis lepas di Alor Setar..
Mak aku tak berseorangan sebab dia turut pergi bersama kakaknya iaitu mak tam aku dan seorng lagi orang kampung diorang jugak..
Sama2 kita doakan mak dan mak tam aku dipermudahkan segala urusan mereka di tanah suci dan dikurniakan haji yang mabrur..ameen..

Lepak2 sementara tunggu urusan pendaftaran..

MIL tengah buat check in kat kompleks TH Alor Setar sebelum diorang naik bas untuk ke airport Kepala Batas

My In Laws Family

Dua beradik..Ya Allah..permudahkanlah urusan mereka di sana..ameen..

Puan Bunga.. :)


Rindunya nak menatap Kaabah lagi..semoga dipilih lagi oleh Allah untuk jadi tetamuNya..ameen..

Monday, August 25, 2014

Resepi Pizza Roti yang simple,cepat dan sedap.. :P

Hi all..
Assalamualaikum..

Nampaknya arini kita bersiaran dari dapur comel ye puan2..hahahaa..
Anak aku si Irfan ni sangat suka makan pizza..
Kalo nak beli selalu pizza topi(Pizza Hut) atau pizza petak2(Dominos)..x mampu la den..
Sekali sekala bole la kan..hehe..

Kalo korang ingat dulu aku penah share resepi Pizza Ajaib yang senang dan cepat nak buat kan?
Tapi kali ni aku nak share resepi pizza yang lagi senang n cepat nak buat..yang penting, SEDAP!!hahaa..

Resepi ni senang je..apa yang korang perlu ada ialah :

Roti (aku guna roti Gardenia je..)
Sos bolognese (kalau xde,korang boleh guna sos cili+sos tomato)
Sosej
Mix vege
Sos cili/ tomato
Mayonis
Cheese

Ok..kekdahnya pula ialah :

Mula2..korang rebus dulu sosej dengan mix vege tu bagi masak..
Sosej yang dah masak tu,korang boleh hiris siap2 dan ketepikan..
Then sapukan roti korang tu dengan sedikit mentega, pastu sapukan sos bolognese tadi..
Susun kepingan sosej tu atas roti..
Taburkan mix vege sikit..
Letak sos n mayonis..
Akhir sekali letak cheese..
Lepas tu, bakar kejap dlm pemanggang ajaib dengan api yg perlahan..
Biar sampai nampak cheese dah cair, then siap untuk dihidangkan..

Pizza roti in da making.. ;)

 If korang buat spagetti ke..and ada lebihan sos tu kan, boleh jugak letak atas roti macam yang gambar no.3 dan 6 kat atas tu..pastu letak je cheese kat atasnya..sedap habaq hangggg.. ;P
Hahahaa..senang je kan?
Biasa la chef ida..mana la dia nak buat benda yang renyah2..
Yang penting cepat, sedap and semua orang suka..hehe..

K la korang..selamat mencuba!!! ^_^


P/s : Resepi ni simple sebab anak2 aku yang nak makan..so kalo korang nak lagi sedap, letak la cendawan butang sikit, capsicum sikit..baru umphhhh!! :D

Thursday, August 14, 2014

Rakaman Program Cinta Ilmu @ TV AlHijrah..

Assalamualaikum semua..

Ini aku nak cerita sikit la pengalaman pertama menjadi tetamu bagi Program Cinta Ilmu di TV AlHijrah..hehe..
Rakaman bagi Program Cinta Ilmu ni dibuat bersama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki untuk slot Fiqh Wanita..
Slot Fiqh Wanita ni selalu bersiaran di TV AlHijrah pada setiap hari Isnin jam 6.00 petang..
Kami ke sesi rakaman Program Cinta Ilmu ni pada hari Isnin 11 Ogos 2014 yang lepas..
Bergerak dari ofis jam 2.15 petang dan sampai sana jam 2.40 petang..
Dekat je dari PJ ni nak ke Masjid Negara..
Lokasi Studio TV AlHijrah Media Corporation ni betul2 di hadapan Masjid Negara, berdekatan Pusat Islam dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)..
Separuh dari staf jabatan aku ni naik bas..
Yang aku pulak pergi sendiri naik kereta sebab nak terus balik ambik anak lepas rakaman tu..

Tapi bagi korang2 yang nak ke sana nanti, better naik kenderaan jabatan la..
Bukan apa..parking sangat2 limited..
Aku parking betul2 kat tepi lereng bukit..huhuu..
Alhamdulillah la ada jugak parking..kalo tak kena parking dalam kawasan masjid la..hehe..

Sebenarnya ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Biro Agama PUSPANITA jabatan aku..
Ada la dalam 17 orang yang pergi termasuklah 2 staf dari Jabatan Kimia..
Studio rakaman ni kecik je..
Ada beberapa studio kecik dalam tu termasuk untuk slot berita, Ustaz Don, Zon Aulad dan beberapa lagi la..
Macam pentas Rancangan Cinta Ilmu ni pun, dikongsi bersama dengan Rancangan 30 minit Ustaz Don..
Kitorang kena stanby dalam studio selewat-lewatnya jam 3.00 petang untuk rakaman ni..
Tapi dalam jam 3.30 petang baru sesi rakaman bermula..
Hari tu kitorang recording untuk 2 episod terus..
Satu episod bertajuk "Adab Memilih Pasangan" dan satu lagi episod "Adab2 Bertunang"
Both will be air on 25/8/14 and 1/9/2014..
Save the date ya!!hahaha...

Meh kita layan gambar je ehhh... :)
Warna warni rakaman Program Cinta Ilmu.. :)

..PUSPANITA..

Fefeling baca berita.. ;P

Serius beb..hahahaa..terserlah jerawat aku kan?kikikii... ;p

Sesi tanya soalan..hahahaa..so korang memang kena tengok!!! ^__^

Wednesday, July 30, 2014

Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin.. ^_^

Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri untuk semua.. ^_^

Alhamdulillah..raya ketiga ni baru sempat nak menjengah blog..hehe..

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara, sahabat handai serta rakan taulan yang mengenali diri kami..

Tak lupa juga kepada sahabat2 blog yang sudi membaca tulisan aku yang tak seberapa ni..hehe..

Maaf Zahir Batin atas segala kekhilafan diri..

Salam Lebaran dari kami sekeluarga.. :)












Nota kaki : Sentiasalah bersederhana dalam menyambut Syawal..kerana sesungguhnya ramai lagi saudara Muslim kita di luar sana yang tak dapat menikmati apa yang kita nikmati hari ini..Teruskan  berdoa buat saudara mara Islam kita di Gaza, Syria dan Rohingya..semoga dengan usaha kita yang tak seberapa ni akan mendapat rahmat daripada Allah swt..ameen..




Monday, July 21, 2014

Ramadhan kareem..


Allahu akram..

Alhamdulillah..bertambah lagi satu hari kita berpuasa di bulan mulia ni..hari ni dah masuk fasa terakhir Ramadhan..
Aku rasa cepat sungguh Ramadhan berlalu tahun ni..
Tup2 dah nak raya pun next week..

Tahun ni anak2 dah besar sikit..maka perjalanan sahur agak mudah..
Rutin harian aku hari2 start kul 4.30am..tp snooze punya snooze..selalunya kul 5am jugak la baru aku masuk dapur..hihii..
Kebiasaan hari bekerja..bangun2 tu,aku mandi siap2 dulu then baru turun siapkan makan..
Bukan apa..nak mengejar nak keluar awal ke ofis..
Almaklum la..bulan puasa ni,traffic super duper jem..
Daripada aku nk menghadap jem tu n stress pagi2..maka ada baiknyalah aku sendiri yang keluar awal pegi keje..
Kadang2 sebelum kul 7am dah sampai ofis..hehe..n yg bestnya jugak..parking boleh pilih sesuka hati mana nak letak..ngehhhh..hehe..

Tapi tu masa awal2 Ramadhan la..koi lama koi lambat aku kuar rumah..terbabas gak le late 2kali bulan ni..huhuu..

Bulan puasa ni,waktu kerja aku adalah WP1 iaitu 7.30am-4.30pm..
Mmg tiap kali datangnya bulan puasa,aku akan tukar time kerja..
Sebab aku penah rasa WP2 masa bulan puasa ni..MasyaAllah..jem masa nak balik keje tu..bole bikin penat..

Dan alhamdulillah..selama bulan puasa ni,sekali je aku jejak bazar Ramadhan..itu pun sbb en.rahie teringin nak makan laksa..masa tu suami aku ni tengah demam..so layankan jela..tapi balik dr param tu,aku still masak nasi mcm biasa utk habuan aku berbuka n sahur jugak..

Last week kami balik kampung sambung cuti nuzul quran..nikmatnya x terkata tatkala berbuka dengan orang2 yg kita sayang..sempat jugak aku ziarah pusara arwah abah..
Tiap kali di kuburan,automatik kita akan terfikir tentang mati..Allah..masa kita entahkan bila..entah cukup atau tak bekalan yang nak dibawa.. :'(

Hampir tiap hari dengar berita orang meninggal..
Sabtu lepas rakan sekerja en.rahie meninggal akibat kemalangan..anak2 arwah kecik2 lagi baya irfan n irsyad..
Sedara muslim kita di gaza dan syria juga tak ketinggalan..
Kadang2 mereka bersahur di dunia,tapi berbuka di alam yg kekal abadi..MasyaAllah..
Kuat betul hati mereka kat sana..

Berita mengenai MH17 jugak menggemparkan semua..
Memori terhadap MH370 pun belum hilang lagi,ditambah dengan nahas terbaru ni..
MasyaAllah..banyak betul dugaan dan ujian yang Allah berikan kepada kita..
Mungkin Dia ingin kita semua lebih dekat lagi denganNya..

Aku harapkan Ramadhan kali ni menjadikan kita orang yang lebih baik..
Semoga segala amalan kita juga diterima oleh Allah..
Misi mencari Lallatul Qadr juga  jangan dilupa..peluang masih terbuka luas..
Mana tahu rezeki kita tahun ni dapat berjumpa dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan.. :)

Okla..setakat ni dulu coretan ringkas daripada aku..
Salam Ramadhan untuk semua..
Assalamualaikum... :)
Sumber : En. Google..



Saturday, July 5, 2014

Kala rindu bertamu..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..seminggu sudah kita menikmati kemanisan bulan Ramadhan..
Sekejap je..
Dan hari ini juga..5 Julai 2014, genap sebulan arwah abah pergi menghadap Ilahi..
Rindu..?memang rindu..
Nampak je aku ceria..tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu..
Rindu tu makin kuat terutamanya tiap kali aku berada di meja makan..kerna setiap kali time makan,arwah abah akan duduk betul2 setentang dengan aku.. :'(

Suka benar arwah makan walaupun apa yang aku masak tu xdela sedap sangat..
Kalau arwah tahu aku masak,memang dia xkan makan banyak kat luar even kat umah adik kandung dia sendiri..sebab abah faham aku akan merajuk kalau dia x jamah sikit pun masakan aku..huhuu..

Photo of three generation..last pic of us..

Ya Allah..Kau peliharalah abahku di sana..
Kau ampunilah segala dosa-dosanya..
Kau terimalah segala amalannya..
Kau luaskanlah kuburnya..
Kau jauhilah seksa kubur baginya..
Kau sampaikanlah doa dan salam rinduku padanya..
Sesungguhnya hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan tatkala aku rindu padanya..

Al-fatihah untuk abah..
Tenanglah abah di sana..
Ameen..