Saturday, June 8, 2013

Singapore Trip : Part 3 : Day 2 @ Singapore

Haa..korang dah baca entry aku yang panjang lebar tentang pengembaraan hari pertama kami sekeluarga di Kota Singa?
Hehee..ni meh aku kasik lagi satu entry panjang berjela tentang hari kedua kitorang kat sana pulak..

Destinasi 1 : Vivo City Mall

Okeh..pagi tu kami check out awal dari Fragrance Hotel dalam kul 8.30 am kot..
Haa.. semangat kan nak pi USS?Hee..
Then ambik tren dari Little India terus ke stesen terakhir di Harbour Front..

Sampai je di Harbour Front, kami terus cari signboard untuk ke Vivo City..
Vivo City Mall ni untuk makluman korang merupakan salah satu tempat shopping terbesar di Singapore..
Harga barang kat sini bole gagah la dengan duit poket kita..
Takdela mahal sangat macam kat Orchard Road sana tu..
Tapi since kedai pun tak banyak yang buka lagi..yela..baru kul 9.20 am kot..hihii..
Maka kami sekadar ambil2 gambar jela..tengok pemandangan Sentosa Island dari jauh...tengok cable car..


Taman kat atas Vivo City Mall

Belakang En.Rahie tu dah bole nampak USS..
Untuk makluman korang, kalau nak ke Pulau Sentosa, kat Vivo City ni la tempat transitnya..
Korang boleh pilih sama ada nak naik bas (Sentosa Express), monorail, ambik cab, naik cable car or kalau rasa-rasa nak berpeluh tu..anda pun boleh berjalan kaki ke sana..memang diorang sediakan laluan pun..tapi..nak ke?!!!tak kuasa aku..haha..

Kalu naik bas, boleh guna Singapore Tourist Pass tu..tapi kitorang decide nak naik monorail je..senang sebab boleh tolak je stroller masuk dalam tu kan?
So..first kena pi beli tiket monorail tu dulu..$4 tau harga dia..nasib budak2 free..hee..

Kat bawah ni merupakan route monorail ke Sentosa Island..jadi untuk sampai our next destination iaitu USS..maka kena la turun kat Waterfront Station..




Destinasi 2 : Universal Studio Singapore (USS)

Kejap je pun dari Vivo City ni ke Waterfront Station..hehee..
Kitorang sampai kat USS ni dalam kul 10 pagi..tengok tak ramai sangat orang..
So kami decide nak pi check in dulu kat Festive Hotel sebab nak tinggal luggage bag kat sana..
Payah la nak mengusung benda alah tu masuk USS kan..?
So..lepas je daftar kat hotel..kitorang pun turun balik ke USS..sebab nak check in awal lagi..so takde bilik kosong..letak jela luggage tu kat concierge hotel..haha..

Maka..bermula la pengembaraan kami sekeluarga di Universal Studio Singapore yang telah lama diimpikan iteww..hihiii.. ^_^

Ambik2 gambar dulu sebelum masuk dalam USS..

Tempat wajib tangkap gambar kalau dah sampai USS ni..hehee..

Walaupun baru kul 10.30 pagi..tapi alhamdulillah tak ramai orang..
Cuaca pun redup je masa tu..tak panas.. :)

Kalau korang nak tahu..rate semasa untuk one day pass ni $74 (age 13-59 tahun), untuk kids 4-13 tahun..$54..haa..mahal gak kan?kalau convert dalam Ringgit Malaysia jadi RM185 untuk dewasa dan RM135 untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas..
huii..nasib la semuanya ditaja oleh Dumex Dugro..thanks again Dumex! :D



One day pass ni dia include sekali lunch voucher, snack voucher and retail voucher bernilai $5..so bole la guna untuk beli souvenir kat mana-mana kedai kat USS ni..

Kalau anda datang USS ni dengan anak2 anda atau budak2 kecil..pastikan bawak bersama stroller..sebab penat tau kalau nak jalan satu USS ni..besarrr..
Sebabnya...USS ni ada tujuh zone pelbagai tema..
Start dengan Hollywood, Madagascar, Far Far Away, Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York..
Tapi don't worry..kalau tak bawak stroller..anda boleh sewa stroller kat sana..ada single stroller and twin stroller jugak..tapi x sure la bape harganya kan?
Kalau datang bawak senior citizen pun..anda bole jugak sewa wheel chair yang bagi aku canggih la jugak..haha..
Map memang disediakan kat pintu masuk tu..free je pun..ambik je..

Banyak rides yang menarik kat USS ni..tapi since ketinggian Irsyad ni tak berapa nak cukup..so kitorang layan rides yang biasa-biasa jela..selebihnya ambik gambar..kena pi lagi ni kalau diorang dah besar..hihihii..

Haa..1 inci je lagi kottt..huhuu..kalau tinggi lepas anak panah kuning tu, anak2 boleh masuk tapi dengan  iringan parents la..kalau ketinggian melebihi tanda hijau kat atas tu pulak..baru boleh naik rides sendiri..

So..takde banyak kot yang aku nak cerita..korang layan jela gambar2 kitorang kat USS ni ye..?hehee..
 




Jalan punya jalan..last2 kitorang decide untuk balik dulu ke hotel dalam kul 2pm tu..

Haa..kalau korang nak tahu..kita boleh keluar masuk USS ni..tapi sebelum keluar tu kena pi stamp dulu tangan kita kat pintu keluar..cakap yang kita akan masuk balik..kalau tak cakap macam tu..diorang akan check out tiket kita tu..jadi tak leh guna dah la...

Lepas dah berehat-rehat kat hotel..dah solat..anak2 pun dah mandi..dalam kul 5 pm kitorang datang balik USS..Staff dia akan scan tangan kita guna pancaran laser..haa..so tak leh tipu la kalau kita ambik tiket orang lain ke kan?bijak bijakk..heee...

Kitorang dok sana sampai dekat kul 7.30 pm kot..
Pastu keluar jalan-jalan kat sekitar area USS ni..
Kebetulan la pulak Virgo Star Cruise ni parking baekk punya kat Sentosa ni..
Kitorang pun apa lagi..posing jela..nak naik Virgo tu tak tahu bila lagi kan..?hihii..

Ada rezeki nanti nak ajak En.Rahie honeymoon dalam Star Cruise la pulak..hihii..ameen.. ^_^

Destinasi 3 : Festive Hotel, Resort World Sentosa

Ok..malam tu kitorang dah tak pegi jalan mana-mana dah..
Singgah 7 Eleven je beli makanan sebab tak nampak pun restoren yang ada tanda halal dekat USS ni..
McD dia pun masih dalam renovation..huhuuu..
Kitorang beli megi,bubur ayam megi, roti, milo dan nasi rendang daging..
Tapi..nasi rendang daging ni memang sedap!aku tak tipu..
Daging dia sangat la lembut u ollss...
Irfan and Irsyad suka sungguh..
Harga dia $3.90 je..bole la..daripada makan megi je kan? :)


Ok..meh aku cite sket tentang Festive Hotel ni..
Hotel ni la yang ditaja oleh Dumex Dugro..
Sangat la besttt...besar..rasanya boleh accommodate up to 6 adults kot..
Masa kitorang check in kul 2 pm tu..budak2 siap dapat goodie bag lagi dari pihak hotel..sorang satu pulak tu..heheee..

Baang-barang dalam goodie bag


Irfan dengan Irsyad yang masa dalam USS tu punya la muka boring..
Masuk je bilik jadi hyper pulak..
Daripada mengantuk terus cargas jadinya..hahahaa...
Semua benda depa nak explore..hai la anak2..rezeki korang la dapat merasa dok 5 stars hotel ni..
Bila on je tv..ada pulak welcoming notes kat situ..hahaha..



Bilik ni sangat ok bagi pendapat aku kalau nak travel dengan anak2..
Cuma harga dia mahal sikit la..x mampu den..huhuu..
Bilik dia luas..ada king size bed, sofabed and bunker bed..
Dua beradik ni apa lagi..kejap2 naik turun bunker tu..adoyaiii..kita pulak yang risau takut2 terjatuh..
Cuma yang x bestnya..jamban dia takde host...bole camtu?phewww..
Jom layan gambar jela..hehee..



K la korang..aku stop sini dulu la untuk penceritaan hari kedua kami di Singapore..
Nantikan episod seterusnya ye..hehee..daa... ^_^


3 comments:

  1. waaaaa.. seronoknya.. teringin nak g jugak.. , kt USS bebudak ada naik apa2 rides? aku suke betol rollercoaster2 neh..ahhaha

    ReplyDelete
  2. Best zue..banyak rides yg bole naik..kalo gi dgn family best la..sambil kita naik rides mcm rollercoaster tu..anak2 bole tok atau pakcik diorg yg jagakan..hihii.

    ReplyDelete