Monday, June 10, 2013

Singapore Trip : Part 4 : Last Day @ Singapore

Salam semua..
Masih Monday Blues..?
Hehe..jangan la macam tu..kalau kita pikir positif..positif le hasilnya.. :D

Arini aku nak cerita pasal last day kitorang di Kota Singa ni..jap je rasa masa berlalu..huuu..
K la..we start the day with breakfast @ level 2 hotel..
Sebelum ke Singapore ni aku dah google2 pasal isu halal hotel ni..
Memang takde la..tapi kebetulan pulak masa kitorang nak gi makan tu..ada sorang staff dia Muslim..
Rizwan kalu tak silap nama dia..Indonesian..
Aku apa lagi..terus tanya.."Makanan kat sini halal ke tak?"
"Dia cakap insyaAllah halal..nasi lemak, roti canai, roti ni semua pun boleh makan..ini, itu, sana..non-halal.." dia bagitau sambil tunjuk makanan2 kat situ..
Hmm..lega la sikit dengar..pastu ramai gak orang Mesia kat sini..masing2 bertanya..
Kami pun ambil la apa yang patut..yang tak menimbulkan was2..
Takde la orang cakap makan sampai nak pecah perut pulak kan..ala kadar je la..

Hihii..pastu kami naik bilik kemas2 barang..terus check out..

Irfan excited betul posing sambil suruh aku ambik gambar kat lobi hotel ni..hehe..

Destinasi 1 : Imbiah Lookout

Lepas check out dalam kul 11 am  tu, kami ada 2 option sama ada nak naik monorail balik ke Vivo City or nak naik cable car ke Vivo City..
Boleh pulak dalam dok bincang2 tu..si Irfan datang cakap..
"Jom mama abah..Irfan nak naik cable car.."
Hehee..dia la pulak yang tolong buat keputusan.. :)

So dari hotel, teruslah kami sekeluarga menuju ke Waterfront Station  untuk ambik monorail ke Imbiah Lookout ni..
Banyak aktiviti menarik bole buat kat sini..
Ada cable car, skytower (macam menara taming sari kat Melaka tu la..), ada Merlion jugak..kalau nak tahu lebih lanjut..korang klik sini..
Memandangkan Irsyad tido..so kami ambil2 gambar jela sebelum naik ke tempat cable car..
Irfan pun dengan mood baek nak berposing je..apa lagi..bukan senang nak suruh dia berposing tu..terus la snap!snap!snap!hahaaa..

Irsyad takde sebab ketiduran dalam stroller..hihiii..
 
The Merlion

Pedestrian track nak ke cable car tu adoyaiii..macam nak p jungle tracking pulak..phewww..berpeluh!!!
Korang kalau tak bawak stroller..jangan ikut laluan macam kitorang ni..escalator ada..naik je..

Skyline Luge Sentosa

go-cart

Tiger Skytower
Gambar2 kat atas tu antara aktiviti yang korang boleh buat kat Imbiah Lookout ni..
Kitorang aim nak naik cable car je..hihiii..
Okeh..tiket untuk cable car ni dalam souvenir shop tau..
Harga dia.. Adult : $26, Kids (3yrs above) : $15..



Jom terbang!!..wheeee.. ^_^


Bye bye Sentosa..


Besar cable car ni..muat dengan twin stroller kitorang tu..
Cable car..tapi rasanya yang dekat Langkawi lagi gerun..gayat!!

..USS..

Festive Hotel dari udara
 
Smile..

Resort World Sentosa

Ngehhh.. :D

Budak ceria sebab impian nak naik cable car telah terlaksana..

Destinasi 2 : Mount Faber

Kalau korang nak tahu.. harga cable car tu pergi balik dari Imbiah - Vivo City - Mount Faber -Vivo City - Imbiah..
So since dah dia singgah di Mount Faber..kitorang pun keluar la jalan2 ambik angin kat situ..
Tak besar sangat pun..bole la kalau nak lepak2 minum sambil layan angin bukit kan..
Kitorang ambil2 gambar je kat sana..hihiii...

Angry birds..

Hahhh..posing jangan x posing.. :D

Cak!!
Destinasi 3 : Vivo City Mall

Lepas ambik2 gambar kat Mount Faber..kitorang pun naik balik cable car ke Vivo City Mall..
Aritu sampai sini kan awal pagi..so kali ni memang ambik kesempatan la untuk jalan2 window shopping jap..
Singgah beli souvenir sket..abiskan baki2 Sin Dollar..hahaa..
Masa kitorang sampai tu dalam kul 1.30 lebih..time rehat masa ni..
Ramai la jugak orang..rata2 gi makan la..
Sayang x sempat nak snap gambar Vivo City ni..
Alahh..x penting pun..macam shopping complex biasa cuma nampak canggih dari segi rekabentuk dia..
Hmm..apalagi..ada la alasan nak pi sna lagi kan..?kehkehkehh..money money money.. :D

Destinasi terakhir : Changi International Airport

Dalam kul 3 macam tu..kitorang dah mula gerak dari Vivo City ke airport..
Walaupun flight kul 7.35 pm..tapi kitorang saja gerak awal sebab malas nak bertembung dan bersesak dengan orang yang balik kerja nanti..
Penduduk sini rata-rata memang guna MRT system..
Tapi aku pun memang puji MRT system Singapore ni...mesra pengguna..canggih..
Semuanya kat bawah tanah..kalau kita lalu kat jalan2 sekitar Singapore ni..kita pun tak tahu bawah tanah tu rupanya ada kompleks MRT yang besar..bertingkat2 lagi..huiii..

Setengah jam jugak kot perjalanan kami ke airport..
Sampai sana..cari makan dulu..McD jela sasarannya sebab dah sedia tahu halal..
Lepak2 jap kat Terminal 2..lepas tu baru gerak ke Terminal 1..
Fuhhh..baru terasa penat kaki ni..masing2 pun muka dah letih..
Budak2 ni je yang kemain suka berlari sana sini kat airport tu..haishhh..
Tapi layan jela..daripada diorang buat perangai pulak nanti..lagi jenuh kan?hihii..

Terpegun tengok banyak cendawan kat airport.. :D
 
Kemain suka berlari sana sini

Full carpet

Dah check in

Muka letih

"Singapore best!" kata Irfan..hihii..

Itu le serba sedikit jurnal pengembaraan kami di Kota Singa..
Nanti kalau rajin aku buat satu entry tips nak berjalan ke luar negara dengan anak2 kecil ye..
Cettt..tips la sangat kan..?hehee..
Okla..aku sign off dulu..
Thanks for reading guys..daa.. ^_^





































Saturday, June 8, 2013

Singapore Trip : Part 3 : Day 2 @ Singapore

Haa..korang dah baca entry aku yang panjang lebar tentang pengembaraan hari pertama kami sekeluarga di Kota Singa?
Hehee..ni meh aku kasik lagi satu entry panjang berjela tentang hari kedua kitorang kat sana pulak..

Destinasi 1 : Vivo City Mall

Okeh..pagi tu kami check out awal dari Fragrance Hotel dalam kul 8.30 am kot..
Haa.. semangat kan nak pi USS?Hee..
Then ambik tren dari Little India terus ke stesen terakhir di Harbour Front..

Sampai je di Harbour Front, kami terus cari signboard untuk ke Vivo City..
Vivo City Mall ni untuk makluman korang merupakan salah satu tempat shopping terbesar di Singapore..
Harga barang kat sini bole gagah la dengan duit poket kita..
Takdela mahal sangat macam kat Orchard Road sana tu..
Tapi since kedai pun tak banyak yang buka lagi..yela..baru kul 9.20 am kot..hihii..
Maka kami sekadar ambil2 gambar jela..tengok pemandangan Sentosa Island dari jauh...tengok cable car..


Taman kat atas Vivo City Mall

Belakang En.Rahie tu dah bole nampak USS..
Untuk makluman korang, kalau nak ke Pulau Sentosa, kat Vivo City ni la tempat transitnya..
Korang boleh pilih sama ada nak naik bas (Sentosa Express), monorail, ambik cab, naik cable car or kalau rasa-rasa nak berpeluh tu..anda pun boleh berjalan kaki ke sana..memang diorang sediakan laluan pun..tapi..nak ke?!!!tak kuasa aku..haha..

Kalu naik bas, boleh guna Singapore Tourist Pass tu..tapi kitorang decide nak naik monorail je..senang sebab boleh tolak je stroller masuk dalam tu kan?
So..first kena pi beli tiket monorail tu dulu..$4 tau harga dia..nasib budak2 free..hee..

Kat bawah ni merupakan route monorail ke Sentosa Island..jadi untuk sampai our next destination iaitu USS..maka kena la turun kat Waterfront Station..




Destinasi 2 : Universal Studio Singapore (USS)

Kejap je pun dari Vivo City ni ke Waterfront Station..hehee..
Kitorang sampai kat USS ni dalam kul 10 pagi..tengok tak ramai sangat orang..
So kami decide nak pi check in dulu kat Festive Hotel sebab nak tinggal luggage bag kat sana..
Payah la nak mengusung benda alah tu masuk USS kan..?
So..lepas je daftar kat hotel..kitorang pun turun balik ke USS..sebab nak check in awal lagi..so takde bilik kosong..letak jela luggage tu kat concierge hotel..haha..

Maka..bermula la pengembaraan kami sekeluarga di Universal Studio Singapore yang telah lama diimpikan iteww..hihiii.. ^_^

Ambik2 gambar dulu sebelum masuk dalam USS..

Tempat wajib tangkap gambar kalau dah sampai USS ni..hehee..

Walaupun baru kul 10.30 pagi..tapi alhamdulillah tak ramai orang..
Cuaca pun redup je masa tu..tak panas.. :)

Kalau korang nak tahu..rate semasa untuk one day pass ni $74 (age 13-59 tahun), untuk kids 4-13 tahun..$54..haa..mahal gak kan?kalau convert dalam Ringgit Malaysia jadi RM185 untuk dewasa dan RM135 untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas..
huii..nasib la semuanya ditaja oleh Dumex Dugro..thanks again Dumex! :D



One day pass ni dia include sekali lunch voucher, snack voucher and retail voucher bernilai $5..so bole la guna untuk beli souvenir kat mana-mana kedai kat USS ni..

Kalau anda datang USS ni dengan anak2 anda atau budak2 kecil..pastikan bawak bersama stroller..sebab penat tau kalau nak jalan satu USS ni..besarrr..
Sebabnya...USS ni ada tujuh zone pelbagai tema..
Start dengan Hollywood, Madagascar, Far Far Away, Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York..
Tapi don't worry..kalau tak bawak stroller..anda boleh sewa stroller kat sana..ada single stroller and twin stroller jugak..tapi x sure la bape harganya kan?
Kalau datang bawak senior citizen pun..anda bole jugak sewa wheel chair yang bagi aku canggih la jugak..haha..
Map memang disediakan kat pintu masuk tu..free je pun..ambik je..

Banyak rides yang menarik kat USS ni..tapi since ketinggian Irsyad ni tak berapa nak cukup..so kitorang layan rides yang biasa-biasa jela..selebihnya ambik gambar..kena pi lagi ni kalau diorang dah besar..hihihii..

Haa..1 inci je lagi kottt..huhuu..kalau tinggi lepas anak panah kuning tu, anak2 boleh masuk tapi dengan  iringan parents la..kalau ketinggian melebihi tanda hijau kat atas tu pulak..baru boleh naik rides sendiri..

So..takde banyak kot yang aku nak cerita..korang layan jela gambar2 kitorang kat USS ni ye..?hehee..
 




Jalan punya jalan..last2 kitorang decide untuk balik dulu ke hotel dalam kul 2pm tu..

Haa..kalau korang nak tahu..kita boleh keluar masuk USS ni..tapi sebelum keluar tu kena pi stamp dulu tangan kita kat pintu keluar..cakap yang kita akan masuk balik..kalau tak cakap macam tu..diorang akan check out tiket kita tu..jadi tak leh guna dah la...

Lepas dah berehat-rehat kat hotel..dah solat..anak2 pun dah mandi..dalam kul 5 pm kitorang datang balik USS..Staff dia akan scan tangan kita guna pancaran laser..haa..so tak leh tipu la kalau kita ambik tiket orang lain ke kan?bijak bijakk..heee...

Kitorang dok sana sampai dekat kul 7.30 pm kot..
Pastu keluar jalan-jalan kat sekitar area USS ni..
Kebetulan la pulak Virgo Star Cruise ni parking baekk punya kat Sentosa ni..
Kitorang pun apa lagi..posing jela..nak naik Virgo tu tak tahu bila lagi kan..?hihii..

Ada rezeki nanti nak ajak En.Rahie honeymoon dalam Star Cruise la pulak..hihii..ameen.. ^_^

Destinasi 3 : Festive Hotel, Resort World Sentosa

Ok..malam tu kitorang dah tak pegi jalan mana-mana dah..
Singgah 7 Eleven je beli makanan sebab tak nampak pun restoren yang ada tanda halal dekat USS ni..
McD dia pun masih dalam renovation..huhuuu..
Kitorang beli megi,bubur ayam megi, roti, milo dan nasi rendang daging..
Tapi..nasi rendang daging ni memang sedap!aku tak tipu..
Daging dia sangat la lembut u ollss...
Irfan and Irsyad suka sungguh..
Harga dia $3.90 je..bole la..daripada makan megi je kan? :)


Ok..meh aku cite sket tentang Festive Hotel ni..
Hotel ni la yang ditaja oleh Dumex Dugro..
Sangat la besttt...besar..rasanya boleh accommodate up to 6 adults kot..
Masa kitorang check in kul 2 pm tu..budak2 siap dapat goodie bag lagi dari pihak hotel..sorang satu pulak tu..heheee..

Baang-barang dalam goodie bag


Irfan dengan Irsyad yang masa dalam USS tu punya la muka boring..
Masuk je bilik jadi hyper pulak..
Daripada mengantuk terus cargas jadinya..hahahaa...
Semua benda depa nak explore..hai la anak2..rezeki korang la dapat merasa dok 5 stars hotel ni..
Bila on je tv..ada pulak welcoming notes kat situ..hahaha..



Bilik ni sangat ok bagi pendapat aku kalau nak travel dengan anak2..
Cuma harga dia mahal sikit la..x mampu den..huhuu..
Bilik dia luas..ada king size bed, sofabed and bunker bed..
Dua beradik ni apa lagi..kejap2 naik turun bunker tu..adoyaiii..kita pulak yang risau takut2 terjatuh..
Cuma yang x bestnya..jamban dia takde host...bole camtu?phewww..
Jom layan gambar jela..hehee..



K la korang..aku stop sini dulu la untuk penceritaan hari kedua kami di Singapore..
Nantikan episod seterusnya ye..hehee..daa... ^_^


Tuesday, June 4, 2013

Singapore Trip : Part 2 : Day 1 @ Singapore

Haiii semua!!!
Wahhh...ceria betul saya kan?haha..

Mana taknya..seminggu cuti u olls..sampai malas dah nak bangun pagi p ofis pagi tadi..hihii...

K la..meh la aku cite serba sedikit tentang percutian kitorang ke Kota Singa last week..
Kami pergi ke Singapore dengan menaiki penerbangan JetStar..flight kul 8.35 pagi kau...
So faham2 la at least kena ada kat KLIA kul 6.30 pagi kan..?hahh...cercite kul bape lak nak gerak dari Shah Alam..heuuu.. *_*
Jadi dengan sebulat suara kami decide untuk tido je kat umah abang aku di Kota Warisan Isnin malam tu..

So lepas Subuh hari Selasa tu, kitorang gerak dari Kota Warisan jam 6.20 pagi..
Adik aku Payie la yang tolong hantarkan..hee..nasib ada dia... :)

So sampai sana dalam 6.35 pagi..terus je check in..
Lepas tu gi breakfast kat McD dulu baru masuk dalam...
Disebabkan kami sekeluarga travel dengan infant..dapat la naik awal sket kan..?hihii..

Jetstar ni lebih kurang macam Air Asia rasanya cuma besar dan selesa sikit..
Dua budak baik ni memang well behaved sepanjang sejam perjalanan tu..Alhamdulillah..




So sampai je Changi Airport..kitorang terus ambik train ke Terminal 2..
Lepas tu..perkara pertama yang kitorang cari ialah tempat beli Singapore Tourist Pass..
Kitorang ambik yang $30 untuk 3 day passes..
Kalau korang nak tau..tourist pass ni sgt2 berguna especially untuk travel menggunakan MRT, LRT atau bas dia..unlimited u ollss..guna la sampai lebam!haha.. ^.^
Pastu kalu budak2 travel guna stroller..x yah bayar..so kitorang cuma beli Tourist Pass tu 2 jela..walaupun kanak2 yang dah melebihi 90cm kena bayaran..hihiii..jimatkan? :D


Beratur nak beli Singapore Tourist Pass


Jadi bermulalah pengembaraan keluarga en.rahie di Kota Singa menggunakan sistem MRT Singapore..



Destinasi 1 : Fragrance Hotel ~ Elegence, Dunlop Street


Dia ni la yang sambut kami aritu..Indonesian

Hotel ni kitorang booked awal kat Agoda.com
Harga Rm188.33 semalam..boleh la kan..?memang kitorang budget cari yang bawah RM200 je..hehee..
Tapi...bilik dia sangat bersih dan selesa..toilet dia pun sangat ok..
Hotel baru agaknya..
Bilik ni kecik je..muat 2 katil single dan meja di tengah2..ada la ruang untuk solat sikit..
Jangan x tau..DVD player, Jug kettle dan hair dryer turut disediakan tau..
LCD TV..rasanya 32 inci kot..tapi siaran dia terlalu ilmiah la pulak..berita, dokumentari, sports..hahaa..
Overall..aku bagi 4 stars la out of five.. ^_^

Abaikan bilik yang semak ini sebab dah nak check out pun masa ni
Ok..untuk sampai ke hotel ni, kami ambik tren dari Changi Airport ke Outram Park menggunakan EW Line (green line MRT)..then tukar tren ke Little India menggunakan NE Line (purple line MRT)..
Actually kalau nak senang, boleh je turun kat Bugis station di green line MRT tu..tapi memandangkan kena cross jalan besar untuk ke seberang jalan sebelah sana..susah la untuk kami yang bawak budak2 kecik ni kan?Dengan nak heret luggage bag lagi..hihii..tp since Tourist Pass yang boleh digunakan secara unlimited tu ada..we have another option..sebab tu la kami turun di Little India.. :)

So dari stesen Little India tu..kena jalan sikit la..tapi jalan dekat kaki lima kedai je..jadi memang lebih selamat la kan..
Suasana kat situ memang macam dekat Little India di Brickfields, KL tu..
So masa on the way ke hotel tu, ada la beberapa kedai indian muslim..ala2 mamak gitu..
Jadi en.rahie singgah terus beli nasi beriyani...tapau jela..senang.. :)
Ramai gak Malaysian yang makan situ..siap tokey kedai tu pun cakap melayu je..hihii..
Rasa memang sedap..portion..memang banyak..kesimpulan : sangat puas hati dan kenyang!!! :D
Little India


Then..kami teruskan perjalanan ke hotel..check in..makan..solat and rehat jappp..

Destinasi 2 : Bugis Street


Kalau datang Singapore ni..rugi kalau tak singgah Bugis Street..
Terpegun dengan warna dan senibina masjid ni..


Kalau kat Malaysia ni ala-ala Petaling Street la..aku pun tak pernah sampai sini lagi..hihii
So kalau nak beli souvenir kat sini..boleh la dapat harga yang agak murah..
Pilihan pun banyak..
Walaupun ianya macam bazaar..tapi ada aircond youu..
So kalau bawak anak2 kecik macam kami ni..memang sangat selesa la..
How to get here?Ok..kalau anda naik MRT..turun je dekat stesen Bugis (green line MRT)..
Macam kami dari Little India ni..kitorang jalan kaki je..
tak jauh pun dari hotel kami tu ke sini..
Dalam perjalanan tu kami singgah la kejap kat Majid Abdul Gafoor..tangkap2 gambar..hihii..

Kalau korang nak tahu..kami jalan memang hanya bergantung pada map je..
Map diorang senang faham dan insyaAllah memang akan sampai ke destinasi yang kita nak pergi tu..hihii..
Gambar kat bawah ni..gambar2 di sekitar Bugis Street..layanzz... :)


Bugis Street

Destinasi 3 : One Raffles Place dan Chevron House

Okeh..lepas kitorang dah shopping2 kat Bugis Street ni..next..we are heading to Merlion Park..
Tapi sebelum sampai sana..kami singgah dulu lepak2 kat One Raffles Place dan Chevron House ni..
Kalau tengok kawasan ni..macam kat area KLCC..cantik..
Ada taman..kerusi untuk lepak2..gazebo pun ada..
Lama kami lepak kat sana sambil dok perhati gelagat-gelagat orang yang dok lalu kat situ..hihii..
En.Rahie pun sempat la study map nak ke Merlion Park tu..haha..
Macam mana nak sampai sini?
Okeh..dari Bugis Street tadi..kitorang naik tren dari stesen Bugis terus ke stesen Raffles Place..
Keluar dari stesen Raffles Place, akan terus jumpa kawasan ni..

Lepak-lepak ambik angin..hehee..
Korang pernah jumpa line jalan yang bersegi-segi macam ni?unik kan?huhuu..

Beratur menunggu teksi..attitude orang sana yang patut dicontohi..

Destinasi 4 : Merlion Park, One Fullerton

So..bila en.rahie dah dapat ilham nak pergi ke Merlion Park kat One Fullerton ni, maka kami sekeluarga pun meneruskan perjalanan kaki kami..hihii..gigih kan? ;P
Tak jauh sangat dari Raffles Place tadi..ada la kot 10 minit berjalan kaki..
Yang jadi jauh ni sebab kami ikut laluan pedestrian..sebab bawak stroller kan?
Kalo tak..lagi dekat sebab boleh je turun ikut tangga ke Merlion Park tu..hihii..

Berhadapan dengan Merlion Park ni, kita boleh nampak Marina Bay di seberang belah sana..
dapat la tengok beberapa mercu tanda Singapore seperti :

i. Singpore Flyers - macam Eye on Malaysia tu..tapi lagi canggih la bentuk dia..hehe.. 
ii. Esplanade - building ala-ala kulit durian..hehe..
iii. Skypark Marina Bay Sand Building - building yang macam kapal terapung tu..kat atas tu la yang ada Infinity Pool.. :)

Kat Merlion Park ni pun kita boleh naik Singapore River Cruise..tapi kitorang tak naik pun sebab leceh pulak dengan nak mengangkut stroller ke dalan kapal tu kan..huhuu..
So kami tangkap2 gambar jela kat sini..
Dari kul 6 sampai ke Maghrib kot kami lepak sini..so dapat la tengok pemandangan waktu petang dan senja kat sini..tenang je rasa..
Tapi cousin aku cakap..rupanya kalau sebelah malam lagi cantik sebab ada pertunjukan lampu warna warni kat sini..dari Skypark Marina Bay tu..Singapore Flyers..huhuu..rugi tak tahu!ada alasan la nak pegi sekali lagi nanti..haha! :D

Haha..beria sungguh makcik sorang nih!!
Pantang lepas dari stroller..hihii..

One Fullerton

Semua orang pakat dok pose macam ni..haha!!

Night view

Nice view kan? Cantik sangat building kat sini..

Merlion Park @ One Fullerton

Destinasi 5 : Mustaffa Centre, Little India

Owkeh..dah penat berjalan seharian..kitorang decide balik jela..
Lenguh dah kaki akak ni tauuu..huuu.. :'(
Tapi..malam masih awal lagi kottt...
Budak2 pun xde la meragam ke apa..ok n steady je diorang..yela..sebab depa kan dok dalam stroller je..hihii...
Hmm...so apa lagi..kami meneruskan pengembaraan ini dengan menuju ke Mustaffa Centre..
So dari Merlion Park ni, kami patah balik naik tren di Raffles Place tadi..terus ke Outram Park..tukar ke purple line MRT then ambik tren ke stesen Farrer Park..
haa..?ada faham?hihii..korang refer jela balik MRT Route yang aku letak kat awal cerita tadi ok? ^_^

Ok..apa yang aku boleh cakap..Mustaffa Centre ni macam Mydin la..tapiiii...sangatlah besar u ollss..siap ada beberapa pintu keluar lagi..pastu dia bukan satu building je tau?banyak building..tapi bersambung antara satu sama lain..
And en.rahie pun sampai tersesat bila masuk dalam tu..huhuuu..
Orang..jangan cakap la..ramai yang amat!!Ntah apa yang diorang memborong pun x tahu..
Untuk makluman korang..Mustaffa Centre ni pun buka 24 jam..sebab tu kami jadikan ianya last pit stop untuk day-1 di Singapore ni.. :)
Nak tau apa yang kami beli kat sini..?
Hanyalah sebotol air mineral 1.5 liter dan sebotol mango juice 1.5 liter...kahkahhh..sanggup kan?tu pun sampai sesat-sesat suami saya dalam tu..nasib tak hilang..hihii..
tapi harga kat Mustaffa Centre ni memang murah la..patut la ramai orang..

Lepas beli barang kat sini, kami pun jalan la kaki balik ke hotel..
Tak silap percaturan kami untuk memilih hotel di area Little India ni..
Sebab senang cari makanan halal..
Lepas tu..jarak nak ke tempat2 menarik ni pun dekat je..within walking distance..haha..

Wahhh..berjela sungguh entry aku ni..
Aku stop dulu la ye..nanti aku sambung pulak pengembaraan hari kedua kami di Kota Singa..

Terima kasih kerana membaca...daaa..!!! ^_^




Sunday, May 26, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu kawan2... :)

Hmm..arini aku nak cerita sket tentang satu pengalaman yang sangat2 baru bagi aku..

Pasal pengurusan jenazah...haaa..nak dengar tak?hehe..

Disebalik keghairahan kami laki bini yang dah x sabaq2 dah nak pi jenjalan kat Singapore tu..sempat lagi kami berdua ikuti Kursus Pengurusan Jenazah dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..atau yang lebih dikenali sebagai Masjid Besar Shah Alam..

Kursus ni diadakan pada hari Sabtu 25 Mei 2013 iaitu semalam..dari jam 8.30am- 4.30pm..

Actually ianya anjuran Al-Isra' Club..biro agama kelab agensi en.rahie la..

Sorang bayar RM45 rasanya..okla..termasuk sarapan pagi dan makan tengah hari..

Banyak yang dipelajari dalam kursus tu..dari segi teori sampai la ke praktikal..

Rasanya hanya 30 peratus je kot teori..lain2 semua praktikal..dari segi nak potong kain, mandi jenazah, kafankan jenazah..

Baru aku sedar betapa pentingnya knowledge tentang pengurusan jenazah ni..

Yela..kalau kita sendiri yang meninggal nanti, kalau boleh mesti kita nak orang-orang yang kita sayang yang uruskan jenazah kita kan..?Nak mandikan, kafankan...uhh....sebak pulak rasa..ntah bila Allah nak menjemput kita kan.. ~_~

Hmm..pagi tu kitorang sampai terus buat pendaftaran, sarapan dan kelas teori diadakan di Yayasan Restu, Taman Seni Islam..iaitu di sebelah luar masjid sebab semua bilik kuliah dekat masjid penuh..alhamdulillah.. banyak aktiviti keagamaan dijalankan di sini.. :)


Kelas teori pengurusan jenazah di Yayasan Restu

Pastu lebih kurang jam 11 pagi..semua bergerak ke bilik kuliah dekat masjid..group lelaki dan perempuan dipecahkan kat sini..

Di masjid memang semua praktikal yang diajar..mula2 kitorang diajar potong kain, buat telekung dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengurusan jenazah seperti kapur barus, cendana, air mawar, kain, dan banyak lagi la..
Ni ustazah tengah ajar cara-cara nak ambil ukuran jenazah untuk sediakan kain kafan
Ni pulak cara-cara potong kapas untuk diletakkan campuran cendana dan kapur barus

Ini ustazah dah susun siap2 kain kafan berserta dengan tali untuk ikat jenazah

Pastu masa lunch break kejap..lepas solat dalam kul 2 tu kitorang bat praktikal mandikan jenazah..

Masa ni lupa pulak aku nak snap gambar..cuma ambil video je..berat pulak video tu..kalo tak boleh upload kat sini..huuu..xpela..aku akan cuba try test skali lagi nanti..

And last skali baru praktikal untuk kafankan jenazah...

Model jenazah yang dah siap dikafankan
Hmmm..apa perasan korang kalau dibalut macam ni..

Jujur aku cakap..aku agak seram tauu..terus insaf sekejap..huu..

Cuma satu je yang kitorang tak sempat belajar.. iaitu macam mana nak solatkan jenazah..sayangkan..?kesuntukan masa rasanya..maybe next class ke..insyaAllah.. :)

Aku rasa kursus macam ni suatu pendedahan yang sangat bagus..

Tak puas belajar aritu..macam nak pergi lagi kursus seumpama ni lain kali..

Sebab banyak benda nak kena ingat especially bab nak sediakan kain kafan untuk jenazah..banyak benda sebenarnya kita kena tau and alert..kang ukur kain x cukup, kesian pulak kat jenazah..huhuu..

Harap2 ada kesempatan untuk aku ikuti kursus ni di lain masa n hopefully masa tu boleh jugak belajar untuk mandikan jenazah..insyaAllah..ameen.. ^_^












Friday, May 24, 2013

Singapore Trip : Part 1 : Persediaan ke Kota Singa

Assalamualaikum u olls...

Pekabar korang arini?

Okla..arini aku cuma nak kongsi sket pasal persediaan kitorang untuk ke Kota Singa..

Ingat lagi entry aku yang nih?

Travel agency yang uruskan segala voucher penerbangan, hotel dan pass ke USS ni ialah PST Travel & Services Sdn.Bhd..

Bagus service diorang ni..layankan je apa yang kita nak..hehee..

Last month lepas dapat voucher dari Dumex Dugro, aku n en.rahie terus plan bila nak pegi..apa nak prepare..nak extent stay ke tak..sebab travel period yang diorang bagi sampai July 2013 je..


Ini la voucher yang kitorang menang dari Dumex Dugro tu..hadiah berupa returns flight, hotel at Resort World Sentosa and also 1 day passes ke USS..semua untuk 1 family of 2 adults and 2 kids..nice kan? : )

So apa lagi.. gigih la kitorang check celender..sepanjang bulan June Singapore punya school holiday, July dah dekat sangat nak puasa..last2 kitorang decide pergi 28-30 Mei 2013..itu pun 3rd choice punya date..date2 lain hotel pulak yang penuh..huuu...ramai jugak la yang nak menginap kat 5 star hotel nih...

Ding dong ding dong...passport aku dah siap renew..passport anak2 semua dah buat..

Hotel yang kitorang tambah sendiri dah siap2 booked sebelum aku keluar gi outstation ke utara lagi..

And finally, semalam despatch dari  PST Travel ni datang hantar semua dokumen seperti flight voucher, hotel voucher dan juga USS passes kat ofis aku..yeay!!!makin excited u olls..dok nampak2 dah USS tu depan mata..hihiii..over kan?! ^_^

Sekarang ni aku n en.rahie asyik dok counting days je..3 hari je lagi kottt...hahaa..

So buat masa ni kami dok usha2 twin or tandem stroller yang murah2..senang sket nak bawak dua beradik ni kan..hmm...perlu ke tak eh..?hihiii...kat umah ni dah ada dua stroller pun..aduiii...help!

K la..aku stop sini dulu eh..selamat bercuti Hari Wesak!!hee..daa.. (",)v


Wednesday, May 22, 2013

Happy 3rd Birthday Irfan!!!

Assalamualaikum semua..

Entry kali ni specially dedicated to my beloved Muhammad Irfan..

Genap jam 9.10 malam tanggal 19 Mei 2013 yang lalu..Muhammad Irfan berusia genap tiga tahun..

Alhamdulillah..cepat je masa berlalu..


Masih segar lagi saat2 pertama kali berhadapan dengan pengalaman bersalin dekat Irfan dulu..

Sangat mudah dan lancar..

Irfan  ni seorang abang yang sangat concern dengan adik dia..

Kalau kita beli apa2..mesti dia akan cakap.. "Mama..nah..ni untuk adik.."

Walaupun sebenarnya si Irsyad tu tak heran pun..hahaa..

Dia jugak sangat lembut hati..soft-hearted guy..mungkin ikut aku kot..hihiii...

Kalau adik dia ketuk kepala dia ke..buat dia ke..paling2 pun dia akan cakap.. "Adik...sakitlah!"

Hehe..tapi dengan nada tinggi jugak la..tapi tangan takkan naik..itu yang aku puji..last2 Irsyad yang kena marah..huhuu..

Pastu..dia seorang anak yang pembersih..ke penggeli eh..?hahaa..

Habit dia dari kecik ialah..mesti nak raba2 aku sebelum tido..huhuu..

Bab menggigit kuku memang x leh nak cakap apa la..penuh kusyuk!!adoyaiii...

Itu la serba sedikit tentang birthday boy sorang ni..

Meh layan sket gambar2 dia dari baby sampai la sekarang..cute kan?!hahaa...daa... ^_^


..Muhammad Irfan bin Rahizan..
..Happy birthday sayang..

Tuesday, May 21, 2013

Words of the day..

Salam semua..

Mak aiiii...lamanya cheq x menyinggah tengok blog kesayangan nih...aduhaiii...

Banyak pending post yang dok terperap kat dalam draft tu..nanti la ye..den pegi satu per satu bila ada masa nanti..hehe..

Biasa la..bila sifat M tu datang..memang den tak leh nak tolong la..heuu..

Lagipun busy sket kebelakangan ni..

Last week outstation seminggu ke utara..

Minggu ni balik ofis setelkan banyak lagi kerja yang kena follow up..

Haha..tapi tu la..dah hakikatnya kita wanita bekerjaya..kena la tunaikan amanah yang kita bawak kan..? :)

Okla..kita refreshkan balik blog ini dengan satu mutiara kata yang dipinjamkan dari hasil carian en.google..




Kesimpulannya..think positive if you want a better destiny..insyaAllah.. ^_^