Sunday, May 26, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu kawan2... :)

Hmm..arini aku nak cerita sket tentang satu pengalaman yang sangat2 baru bagi aku..

Pasal pengurusan jenazah...haaa..nak dengar tak?hehe..

Disebalik keghairahan kami laki bini yang dah x sabaq2 dah nak pi jenjalan kat Singapore tu..sempat lagi kami berdua ikuti Kursus Pengurusan Jenazah dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..atau yang lebih dikenali sebagai Masjid Besar Shah Alam..

Kursus ni diadakan pada hari Sabtu 25 Mei 2013 iaitu semalam..dari jam 8.30am- 4.30pm..

Actually ianya anjuran Al-Isra' Club..biro agama kelab agensi en.rahie la..

Sorang bayar RM45 rasanya..okla..termasuk sarapan pagi dan makan tengah hari..

Banyak yang dipelajari dalam kursus tu..dari segi teori sampai la ke praktikal..

Rasanya hanya 30 peratus je kot teori..lain2 semua praktikal..dari segi nak potong kain, mandi jenazah, kafankan jenazah..

Baru aku sedar betapa pentingnya knowledge tentang pengurusan jenazah ni..

Yela..kalau kita sendiri yang meninggal nanti, kalau boleh mesti kita nak orang-orang yang kita sayang yang uruskan jenazah kita kan..?Nak mandikan, kafankan...uhh....sebak pulak rasa..ntah bila Allah nak menjemput kita kan.. ~_~

Hmm..pagi tu kitorang sampai terus buat pendaftaran, sarapan dan kelas teori diadakan di Yayasan Restu, Taman Seni Islam..iaitu di sebelah luar masjid sebab semua bilik kuliah dekat masjid penuh..alhamdulillah.. banyak aktiviti keagamaan dijalankan di sini.. :)


Kelas teori pengurusan jenazah di Yayasan Restu

Pastu lebih kurang jam 11 pagi..semua bergerak ke bilik kuliah dekat masjid..group lelaki dan perempuan dipecahkan kat sini..

Di masjid memang semua praktikal yang diajar..mula2 kitorang diajar potong kain, buat telekung dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengurusan jenazah seperti kapur barus, cendana, air mawar, kain, dan banyak lagi la..
Ni ustazah tengah ajar cara-cara nak ambil ukuran jenazah untuk sediakan kain kafan
Ni pulak cara-cara potong kapas untuk diletakkan campuran cendana dan kapur barus

Ini ustazah dah susun siap2 kain kafan berserta dengan tali untuk ikat jenazah

Pastu masa lunch break kejap..lepas solat dalam kul 2 tu kitorang bat praktikal mandikan jenazah..

Masa ni lupa pulak aku nak snap gambar..cuma ambil video je..berat pulak video tu..kalo tak boleh upload kat sini..huuu..xpela..aku akan cuba try test skali lagi nanti..

And last skali baru praktikal untuk kafankan jenazah...

Model jenazah yang dah siap dikafankan
Hmmm..apa perasan korang kalau dibalut macam ni..

Jujur aku cakap..aku agak seram tauu..terus insaf sekejap..huu..

Cuma satu je yang kitorang tak sempat belajar.. iaitu macam mana nak solatkan jenazah..sayangkan..?kesuntukan masa rasanya..maybe next class ke..insyaAllah.. :)

Aku rasa kursus macam ni suatu pendedahan yang sangat bagus..

Tak puas belajar aritu..macam nak pergi lagi kursus seumpama ni lain kali..

Sebab banyak benda nak kena ingat especially bab nak sediakan kain kafan untuk jenazah..banyak benda sebenarnya kita kena tau and alert..kang ukur kain x cukup, kesian pulak kat jenazah..huhuu..

Harap2 ada kesempatan untuk aku ikuti kursus ni di lain masa n hopefully masa tu boleh jugak belajar untuk mandikan jenazah..insyaAllah..ameen.. ^_^












2 comments:

  1. Saya berminat utk hadiri kursus ini, bagaimana boleh saya hubungi penganjurnya?

    ReplyDelete
  2. Tuan boleh hubungi terus pihak masjid shah alam..mmg selalu diorg buat program kursus pengurusan jenazah ni..xpun mana2 masjid pun ada..cuma kita kena pergi bertanya..selalu jugak sy nmpk banner di masjid2..average harga dalam rm50 mcm tu..

    ReplyDelete