Friday, March 21, 2014

Travelog Umrah : Part 14 : Perjalanan pulang ke Malaysia..

Assalamualaikum..

Selepas kami semua selesai melakukan tawaf wada', kami semua diminta berkumpul di perkarangan lobi hotel pada jam 11.30 malam..
Seperti yang dijanjikan..bas kami bergerak meninggalkan Kota Suci Mekah pada jam 12.00 tengah malam menuju ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz..
Awal pagi dalam jam 4am tu kami dibekalkan dengan nasi arab..sebagai alas perut sementara menanti penerbangan ke Malaysia yang dijadualakan pada jam 7.00 pagi..

Tapi nak dijadikan cerita..flight kami delay hampir 5 jam..
MasyaAllah..besar hadiah Allah kepada kami semua pada hari tu..
Dugaan2 terakhir sebelum kami meninggalkan kota suci yang penuh barakah ini..
Alhamdulillah kami terpilih.. :)

Katanya AirAsia delay dari Malaysia lagi..itu yang terdrag masa kat Jeddah ni..
Tapi apapun aku tetap bersyukur..
Aku yakin Allah sayang nak lepas kami semua keluar dari sana..
Hehehe..itu je perkara positif yang aku boleh fikir..
Jadi bila kita berfikir positif macam tu, takdela kita rasa nak marah sangat kan..?hehee.. ^_^

Akhirnya kami selamat sampai di tanahair tercinta jam 1.30 pagi..
Proses nak ambil luggage dan air zam zam tu jela yang agak memakan masa sedikit..
Kesian jugak bila tengok ada beberapa jemaah yang botol air zam zam dia pecah..
Mungkin itu satu lagi hadiah Allah untuk mereka..
Apapun alhamdulillah sebab apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya..

Kami sampai di rumah dalam jam 3.30pagi..
Irsyad yang tersedar masa aku naik katil tu jadi tidak keruan..
Mungkin dia dalam perasaan percaya atau tidak yang kami telah balik..hehe..comel je.. :D
Yang Irfan pulak bila nampak aku terus tanya..
"Tok mana tok..Irfan nak tido dengan tokkk.."
Adeh..hehe..mungkin dia ingat dia sedang bermimpi kot..hihihii..

Apapun..alhamdulillah di atas nikmat terindah ini..
Aku rindu sangat nak jejakkan kaki lagi ke sana..seronok sangat perasaan tu..
InsyaAllah..semoga Allah makbulkan doa aku dan kita sama2 dapat ke sana kelak..ameen... :)


 
Mencuba jubah dari Mekah..hehe..susah benor nak soh posing!!! ^_^



.S.E.K.I.A.N.






Thursday, March 20, 2014

Travelog Umrah : Part 13 : Tawaf Selamat Tinggal..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah hampir 12 hari kami di Mekah dan Madinah..kini tibalah masanya untuk kami pulang ke Malaysia..
Kalau diikutkan hati,nak je terus tinggal kat sana..tenang sangat aku rasa hidup aku..
Tapi apa kan daya..banyak lagi tanggung jawab dan amanah yang perlu aku jaga di Malaysia..

Pagi hari ketujuh di Mekah,kami tidak banyak melakukan aktiviti kecuali mengemas barang2 dan pastikan luggage tak melebihi 30kg..hehe..maklum la..berat kurma n kekacang tu pun bole tahan jugak tu..hee..tapi semua tu sumbat dalam beg En.Rahie je..
Dalam beg aku cuma letak jubah2 and cenderahati yang dibeli..hehee..
Pagi tu sempat lagi kami dua laki bini shopping buat kali terakhir..
Sebab..bila dah buat tawaf wada' karang,kita dah tak boleh nak shopping or even bergambar pun..kalau tak nanti akan kena dam and ulang semula tawaf wada' tersebut..

Tawaf Wada' ni hukumnya wajib..
Meh tengok rujukan daripada Tabung Haji ni berkenaan Tawaf Wada'..

~Sumber : Tabung Haji~

Jadi malam tu lepas solat Isya' dan makan malam, kami semua sudah bersiap sedia menurunkan beg2 besar ke perkarangan lobi hotel..
Dalam jam 10 malam kami mula bergerak ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf wada'..
Bagi aku yang uzur, aku sekadar pergi mencari dan melambai-lambai Kaabah dari kejauhan sambil membaca doa tawaf wada'..
Sayu sangat hati masa tu..
Agak mencabar juga sebenarnya nak mencari ruang yang nampak Kaabah, tapi tidak memasuki kawasan masjid..berseorangan pulak tu..huhuuu..
Tapi yang pasti, kawasan saie memang berada di luar kawasan masjid..
Dari sana memang boleh nampak Kaabah..itu pun nampak sikit-sikit je..jadi la..
Yang penting niat aku tu..
Dahulu sebelum Masjidil Haram ni melalui proses pembesaran, boleh nampak Kaabah dari Pintu King Abdul Aziz..tapi malam tu aku cuba juga dari sana..tidak nampak..
Itu yang aku terus je menuju ke kawasan Bukit Safa untuk membaca doa..


"Ya Allah ya tuhanku,jangan jadikan tawaf dan ziarah hambamu ini sebagai sebagai kali penghabisan di baitullah,jika sekiranya di takdirkan menjadi yg terakhir maka hambamu pohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan rahmatmu wahai tuhan yg maha rahmat"..

YA ALLAH TUHAN YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG...MAHA PENGAMPUN DAN MENERIMA TAUBAT....KAU JEMPUTLAH KAMI MENJADI TETAMU LAGI YA ALLAH..


Alhamdulillah..
Jumpa lagi ye next entry..Assalamualaikum.. :)

Wednesday, March 19, 2014

Travelog Umrah : Part 12 : Ziarah Hudaibiyah dan Ladang Unta

Assalamualaikum..

Hari kelima kami di Kota Mekah, kami tidak ke mana2..
Masing2 dengan agenda tersendiri..
Ada yang duduk di masjid beriktikaf..ada yang keluar buat umrah sunat sendiri..ada yang pergi shopping..
Sebabnya..ianya ialah hari Jumaat..jadi ziarah luar tidak disediakan pada hari tersebut kerana takut nanti tergopoh-gopoh pulak nak balik untuk Solat Jumaat..

Jadi pada hari keenam keesokannya pihak Andalusia ada menyediakan ziarah tambahan iaitu melawat Muzium Hudaibiyah dan Ladang Unta..seterusnya siapa nak buat umrah sunat pun boleh sebab boleh berniat ihram di miqat Hudaibiyah..

Muzium Hudaibiyah

Muzium Hudaibiyah ini merupakan tempat pameran sejarah bagi dua masjid yang mulia di dunia iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah..
Muzium ini  memaparkan perkembangan senibina kedua-dua masjid ini daripada zaman dahulu sehinggalah sekarang..
Meh kita layan gambar ehh..

Bergambar di pintu masuk muzium
Replika Masjidil Haram selepas projek pembesaran yang sedang berlaku sekarang

Tak sempat nak snap gambar Maqam Ibrahim kat Masjidil Haram..so snap jela kat muzium ni..huhuu..

No caption needed..ngehhh.. :)
Alat tenunan kelambu Kaabah..
Galeri perkembangan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Telaga Zam Zam
Replika Masjid Nabawi
Pintu Masjid Nabawi
Masjidil Haram, Mekah dulu-dulu..

Ladang Unta

Selepas lebih kurang sejam kami di muzium tersebut, kami dibawa pula ke Ladang Unta..
Masa tu hujan turun dengan agak lebat..
Nasib la sekejap je..
Masa on the way ke Ladang Unta, hujan dah berhenti..alhamdulillah.. :)

..Ladang Unta..
Brother yang sedang mengusik penjual susu unta tu le abg Nazrin yang aku cerita bekerja di Stesen Keretapi Jemaah haji tu..hehee..susu unta ni sedap..tapi kalau sape yang perut tak tahan dengan susu, rasa sikit2 dah le..takut sakit perut lak..

Korang tau tak..unta ni bila kita berselawat kat telinga dia..dia akan rasa sayu dan sedih..
Gambar atas tu aku sedang selawat kat telinga dia, then slowly dia tunduk ke bawah dengan muka dan mata yang sayu..
Huhuhuu..so touching!!

Us with Unta..heee..best!best!bulu mata dia memang sangat panjang!!haha.. :D

Masjid Hudaibiyah

Okeh..selepas masing-masing dah puas membelai unta2 yang ada kat situ..
Maka bergeraklah kami semua ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat ihram..
Aku turut berniat ihram untuk umrahku yang terakhir..

Tapak asal Masjid Hudaibiyah

Masjid baru yang berwarna putih tu..

Alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh Allah SWT suci selama 36 jam selepas uzur tiga hari..
Selepas selesai umrah aku tu, keesokannya aku uzur semula..
Aku tanyakan Mutawif dan Ustaz Daud Che Ngah..
Menurut mereka..sekiranya kita sempat suci 24 jam, ibadah umrah kita tu diterima..
Alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan..Allahu'alam..

Selesai sudah kembara kami di Kota Suci ini..
Next entry akan aku ceritakan last day kami di Mekah dan tentang tawaf selamat tinggal..
InsyaAllah..jumpa lagi..
Assalamualaikum.. ^_^













Tuesday, March 18, 2014

Travelog Umrah : Part 11 : Pendakian Gua Hira'

Assalamualaikum bakal tetamu Allah semua.. :)

Hari keempat kami di Kota Mekah..para jemaah rombongan kami dibawa untuk menunaikan Umrah ketiga dan kali ni miqatnya adalah di Masjid Siti Aishah di Tanaim..
Memandangkan aku uzur, jadi aku hanya tunggu di bilik sambil menemani mak njangku yang kurang sihat..
Mungkin ada hikmah terhadap keuzuran yang Allah hadiahkan untuk aku..
Masa ni lah aku boleh memberikan khidmat untuk menjaga mak njang aku ni..
Kalau tidak, aku dan Pn.Siti Hajar perasan akan wajah serba salah mak njang aku yang mungkin merasa dia menyusahkan kami untuk menjaganya..padahal sedikit pun tak terlintas di hati kecil kami akan sebarang bebanan untuk menjaga dia..Na'uzubillah..

Untuk ke Tanaim pada hari tersebut, bas tidak dapat disediakan oleh Andalusia..
Katanya ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan..
Jadi para jemaah pergi sendiri ke Tanaim dengan menaiki van dan juga teksi..kemudian di claim bayaran tambang tu daripada Andalusia..
Lagipun jarak hotel ke masjid di Tanaim tidaklah jauh..
Sekitar 7 km sahaja..dan tambang teksi pun lebih kurang 40-50 Riyal..
So En.Rahie dan jemaah yang lain pergi dari seawal jam 9 pagi dan selesai umrah dalam 2 petang.. 

Lepas tu aktiviti bebas..tapi sebelah malamnya kami di bawa mendaki Gua Hira'..
Gua Hira' ni sebagaimana yang kita tahu..merupakan tempat di mana wahyu pertama daripada Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Malaikat Jibril..
Gua ini juga merupakan tempat Rasulullah SAW menyendiri dan bermunajat kepada Allah SWT..
Pendakian Gua Hira' ni pun merupakan ziarah tambahan yang dibuat oleh Andalusia..
Seperti biasa siapa yang nak ikut, kena bayar 25 Riyal..

Di kaki Jabal Nur..baru memulakan pendakian.. :)

Kami bergerak dari hotel lebih kurang 10 malam iaitu selepas solat Isya' dan makan malam..
Alhamdulillah masa sampai di kaki Jabal Nur tu..tak ramai orang..lega!
Sebab semasa kami melalui Jabal Nur waktu ziarah Ja'ranah aritu, kelihatan ramai sangat orang sedang mendaki..
Aku kagum dengan semangat mereka yang mendaki dalam keadaan cuaca panas terik..MasyaAllah..

Perjalanan pendakian ke puncak tu mengambil masa lebih kurang 40 minit..
Bila mendaki di sebelah malam, takde la rasa letih sangat walaupun banyak kali jugak la kitorang stop berehat..hihihii..
Langit pun cerah malam tu..
Mula2 aku hampir patah semangat jugak sebab aku rasa pening and nampak bintang-bintang sedang menari di depan mata aku di awal pendakian tu..huhuu..
En.Rahie dua tiga kali tanya aku ok ke tak..
Aku cakap ok je..tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu..huhuu..
Tapi alhamdulillah aku berjaya jugak sampai ke puncak Gua Hira'..
Begitu juga dengan Pn.Siti Hajar yang sedang mengandung 5 bulan.. :)

Apa yang membuatkan tiba2 aku kuatkan semangat untuk sampai ke Gua Hira' ialah apabila aku terkenang-kenangkan sirah nabi..
Aku kagum sangat bagaimana isteri Rasulullah SAW iaitu Siti Khadijah berulang alik setiap hari mendaki Jabal Nur ini untuk menghantar makanan kepada RAsulullah SAW tanpa sebarang keluhan walaupun usia Siti Khadijah pada waktu itu lebih kurang 50 tahun!!
Kagum kan?MasyaAllah..
Patutlah Siti Khadijah merupakan antara 4 Ketua Wanita di Syurga..Subhanallah..
Aku kena baca balik sirah2 berkenaan Siti Khadijah ni untuk memotivasikan diri menjadi wanita semulia Siti Khadijah..InsyaAllah..

Ok..berbalik kepada Gua Hira'..
Keluasan gua adalah kecil..
Hanya boleh memuatkan seorang setengah sahaja untuk bersolat di situ..
So kena berganti2 la..
Jadi lebih baik bawa botol wudu' sekali..
Mana le tau terlepas angin ke kan masa panjat bukit tu..hehe..

Jemaah dari Timur Tengah sedang solat jemaah..

Jabal Nur

View dari Puncak Gua Hira'..nampak menara jam..
Dulu sebelum ada menara jam ni, katanya boleh nampak Kaabah dan orang sedang tawaf..tapi sekarang tidak lagi.. :'(

Ada gerai jual air minuman dan makanan kat puncak Jabal Nur ni..

Pekena teh panas satu sementara tunggu jemaah lain keluar dari Gua Hira'.. :)

Us at Gua Hira'..
Jadi next time kalau ada rezeki nak ke sini lagi..prepare jela baju and kasut sport..
Lebih selesa..aku aritu pakai jubah seluar and kasut jenjalan ni je..bole la daripada xde kan..hehe..
Okla..setakat ni dulu..next..aku akan ceritakan tentang Ziarah Hudaibiyah dan ladang Unta!!

Assalamualaikum.. ^_^





















Monday, March 17, 2014

Travelog Umrah : Part 10 : Ziarah Ja'ranah

Hari ketiga di Kota Mekah kami dibawa untuk berniat ihram di miqat Masjid Ja'ranah..
Tapi sebelum tu, kami dibawa ziarah ke tanah halal dulu..
Destinasi pertama yang ditujui adalah Jabal Rahmah..
Sepanjang perjalanan ke sana, kami diterangkan tentang tempat2 yang dilalui seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Gua Hira' dan Masjid wakaf al-Rajhi..
Lokasi-lokasi ni kami cuma dapat lihat dari atas bas je sebab takde dalam program ziarah..
Tapi penerangan oleh mutawif jelas dan senang difahami..

Masjid wakaf al-Rajhi Bank..


Jabal Thur

Jabal Rahmah

Jabal Rahmah atau bukit kasih sayang ini adalah tempat pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa..
Ianya juga merupakan antara tempat mustajab untuk berdoa terutamanya doa-doa yang berkaitan dengan hal kasih sayang..
Tak kisah la kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, keluarga atau saudara mara seIslam..
Ada jugak yang berdoa mohon minta jodoh di sini..
Kalau yang masih single okla..tapi kalau bagi yang dah berkahwin tu, pikir-pikirkan la dulu untuk doa mintak jodoh ni..ingat kesan kepada anak bini nanti..huhuhuu..

Jabal Rahmah ni agak tinggi jugak la untuk naik..
Mulanya aku, en.Rahie n MIL panjat batu je untuk sampai ke atas..
Boleh tahan jugak la terutamanya MIL aku..penat gak le..
Masa kitorang nak turun tu baru perasan ada anak tangga..hahaha...adeh!!! :D
Takpela..eksesaisss..bak kata en.Rahie..huhuhuuu..

Selfie anak beranak.. ;p

Tugu atau monumen yang menandakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa..

Bergambar berlatar belakangkan Jabal Rahmah..
Batuan2 tu la yang kami daki untuk sampai ke puncak..hehe..

Stesen keretapi Jemaah Haji

Alhamdulillah selepas ziarah Jabal Rahmah, kami dibawa pula oleh mutawif dibantu oleh Abg Nazrin iaitu salah seorang jemaah kami ke Stesen Keretapi bagi jemaah haji..
Stesen keretapi ni hanya beroperasi semasa musim haji sahaja..
Ianya digunakan untuk membawa para jemaah dari Padang Arafah untuk ke Muzdalifah dan juga Mina..
Difahamkan..hanya rombongan kami sahaja yang dari Malaysia pernah dibawa ke sini..
Itu pun sebab abang Nazrin yang juga merupakan roomate En.Rahie kerja kat sini..hehe..
Rezeki rezeki..alhamdulillah.. :)
Buat masa ni..stesen keretapi ni hanya digunakan bagi membawa jemaah haji dari negara timur tengah..
Bagi jemaah dari Asia macam kita ni..pengangkutan bas masih lagi digunakan sebab landasan keretapi bagi jemaah dari Asia masih lagi dalam pembinaan dan dijangkakan hanya akan siap pada tahun 2018..
Mungkin kalau ada rezeki untuk menjadi tetamu haji..berpeluanglah untuk naik keretapi ni nanti..InsyaAllah..ameen.. :)

Kami diberi penerangan oleh person in charge (berbaju kelabu)....orang Kedah habaq hanggg... :)
'
Metro Southern Line..

Bilik operasi stesen..

Laluan perjalanan keretapi..

En.Rahie dan jemaah lain bergambar kenangan dengan beberapa staf di stesen keretapi ni..

Masjid Ja'ranah

Selepas aktiviti ziarah tadi..kami pun dibawa untuk berniat ihram di Masjid Ja'ranah..
Masa ni la jemaah lelaki pun bertukar memakai ihram dan berniat..
Untuk berniat di Ja'ranah ni..jaraknya dari Kota Mekah adalah sejauh 24km..
So kalau kita nak datang niat ihram untuk ibadat umrah..memadai pergi niat di miqat Tanaim sahaja..
Lebih dekat dan tambang teksi pun lebih murah.. :)

Masjid Ja'ranah..tangkap dari atas bas je sebab den cuti..heee... :D

Okla..cukup kot setakat ni dulu..
Nanti aku ceritakan tentang pengalaman aku mendaki Gua Hira' pulak ye..
Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang..
Till then..Assalamualaikum wbt.. :)



Travelog Umrah : Part 9 : Masjidil Haram

Memandangkan umrah pertama kami selesai kira-kira jam 3 pagi, jadi pada hari kedua tersebut kami tidak ke mana-mana melainkan beriktikaf di Masjidil Haram dan melakukan tawaf sunat..
Alhamdulillah jarak hotel ke Masjidil Haram pun tak jauh..
Straight je jalan sampai la ke pintu no.1 iaitu Pintu King Abdul Aziz..
Erm..satu petua..korang kena ingat pintu mana korang masuk, sebab boleh tersesat masa nak keluar nanti especially kalo kita berseorangan masa tu..
Jadi katakanlah ditakdirkan korang tersesat, at least kalo korang ingat nombor pintu..korang boleh bertanya dengan guard atau polis yang jaga Masjidil Haram ni..

Pintu 1..Pintu King Abdul Aziz

Jujur aku cakap..pertama kali aku jejakkan kaki di Masjidil Haram ni..hati aku sangat sebak..
Air mata dah tertahan tatkala melakukan tawaf..
Aku bersyukur sangat pada Yang Maha Esa di atas jemputanNya..
Hati ni masih terbayang2 suasana berada di Mekah dan Madinah..
Kalau diizinkan lagi..memang aku teringin sangat untuk kembali ke sana..



And sebagaimana yang kita sedia maklum, Masjidil Haram sekarang masih lagi dalam proses pembesaran..
Jadi sana sini kita boleh nampak renovation yang sedang berlaku..
Tempat tawaf pun nampak sedikit kecil berbanding dengan gambar2 yang aku pernah tengok pada mak abah and kawan2 yang dah pergi dua-tiga tahun lepas..
Ada dibina mataf untuk laluan orang berkerusi roda di bahagian atas..

Mataf bertingkat..tapi yang boleh digunakan hanyalah mataf di tingkat yang paling atas sekali..
Difahamkan mataf ni dibina sementara je sehinggalah pembesaran Masjidil Haram ni selesai..
Kalo daripada gambar kat atas ni pun, ada jugak orang yang tak berkerusi roda tawaf..mungkin mereka tak nak bersesak kat ruang tawaf di bahagian bawah tu..
So far takde halangan oleh guard as long as tak mengganggu perjalanan orang yang berkerusi roda..
Daripada mataf ni pun, boleh terus ke tempat saie bahagian atas..
Macam kami kalo tawaf di bahagian bawah tu..terus jalan masuk ke kawasan saie je..
And kawasan saie di tingkat bawah tu memang ada replika batu-batuan menandakan Bukit Safa dan Bukit Marwah..
Menurut mak njang aku yang berkerusi roda, kalo saie di tingkat atas, replika batuan tu takdela..
Cuma ruangan kosong yang menandakan Bukit Safa dan Bukit Marwah..

Tempat permulaan saie..dari Bukit Safa ke Bukit Marwah..dari sini bole nampak replika batuan kat hujung laluan tu.. :)

Kawasan saie..yang bahagian lampu hijau tu disunatkan jemaah lelaki untuk berlari2 anak sambil membaca doa..

Kaabah yang dirindui

Bergambar di depan Pintu King Abdul Aziz

Ramai kan?

Menara Jam

Masjidil Haram di waktu malam

Hijir Ismail..berpeluang solat sunat sekali di sini..Alhamdulillah..

So..itu le serba sedikit yang aku boleh ceritakan mengenai Masjidil Haram ni..
Masjid yang sangat cantik dan sentiasa meriah dengan kunjungan umat Islam seluruh dunia..


Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.
~sumber : JAKIM~

Besar kan ganjaran pahala yang Allah sediakan untuk kita umat Islam?
MasyaAllah..sama-samalah kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah kerana sesungguhnya janji Allah itu pasti..Allahu'alam..





Saturday, March 15, 2014

Travelog Umrah : Part 8 : Bermulanya suatu perjalanan..Umrah..

Alhamdulillah..

Kini tibalah masanya kami memulakan suatu perjalanan yang amat ditunggu-tunggu..
Debaran dihati hanya Allah sahaja yang tahu..
Dalam hati tidak pernah putus-putus berdoa agar perjalanan kami ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT..

Bas bergerak lebih kurang jam 3 petang..
Lepas Zohor, kami balik ke hotel..makan tengah hari dan bersiap2 untuk perjalanan umrah..
Beg2 semua memang dah diturunkan seawal jam 9 pagi lagi..
Mutawif pun menasihatkan kami untuk melakukan jamak Asar siap2 untuk memudahkan perjalanan di miqat nanti..

Dari dalam bas sebelum meninggalkan Hotel Mubarak Silver..

Miqat..Masjid Bir Ali

Dalam ihram..dah kena jaga pantang larang.. :)
Selepas solat sunat dan berniat ihram..maka terikatlah kami dengan pantang larang..
Perjalanan dari Masjid Bir Ali ni ke Mekah mengambil masa lebih kurang 5 jam..
Separuh perjalanan iaitu lebih kurang jam 7 malam..kami berhenti di kawasan rehat Wadi Kudait untuk melakukan solat jamaq Maghrib dan Isya' serta makan malam yang sangat lazat..
Ya Allah..kecur air liur aku masa aku menaip ni tau?heuheuu..betapa lazatnya nasi arab dengan lauk ayam panggang dan ikan goreng panas tuu..sedapnyaaa.... ;p
Patut la setiap kali gi kursus umrah dulu, Ustaz Daud selalu cakap pasal hidangan special diorang ni..
Sampai sekarang aku teringat2..huhuu..  :')

Lepas selesai solat dan makan, perjalanan kami diteruskan lagi..
Masa ni ramai yang dah tak boleh tidur..
Mungkin berdebar nak mengunjungi Rumah Allah kot..
Alhamdulillah kami sampai di Malak Ajyad Hotel lebih kurang kul 10.30 malam..
Lepas naikkan beg ke bilik, renew wudu'..kami segera berkumpul di ruang lobi hotel untuk memulakan perjalanan umrah kami..
Pakej Andalusia akan dipimpin umrah tiga kali oleh mutawif..

Bermula dengan niat, tawaf, saie, bertahalul dan tertib..maka selesailah umrah kami yang pertama..
Alhamdulillah..
Perjalanan umrah ni mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk diselesaikan..
Mak Njang pada malam tu, kami upah orang untuk bawakan dia dengan kerusi roda kerana kesihatannya kurang mengizinkan..
Alhamdulillah perjalanannya juga dipermudahkan dan turut dipimpin dari awal hingga akhir oleh kakak Indonesia yang mengambil upah tersebut..

Alhamdulillah..selesai sudah umrah kami yang pertama.. :)