Friday, February 21, 2014

Travelog Umrah : Part 1 : Persediaan ke Tanah Suci

Assalamualaikum readers..

Pejam celik pejam celik tak sedar cepatnya tempoh dua minggu di tanah arab berlalu..

Alhamdulillah aku dan en.rahie telah selamat pergi menyahut seruan Ilahi pada 6-17 Februari 2014 yang lalu..

Semua yang berlaku memang telah diatur sempurna oleh Allah swt..

Sejak terdetik je niat untuk ke tanah suci tahun lepas..segala urusan telah  dipermudahkanNya..alhamdulillah.. :)

Betul la orang cakap..kalau kita ada niat, insyaallah seru tu akan sampai dan dipermudahkan..

Untuk makluman semua..kami pergi umrah ni berenam..iaitu aku,en.rahie,adik ipar aku rahizul,biras aku siti hajjar,mak mertua aku dan mak njang aku iaitu kakak kepada mak mertua aku..hehe..

Kami ambik pakej Andalusia bilik berempat..so memang di madinah dan mekah kami yang perempuan2 dok sebilik..tinggal en.rahie n adiknya share dengan dua lagi jemaah lelaki yang lain.. ☺️

Antara persediaan sebelum berangkat ke tanah suci ni semestinya la kita kena penuhkan ilmu di dada..

Andalusia memang ada sediakan kursus umrah setiap sabtu dan ahad di pejabat urusan diorang di taman maluri..siap ada makan pagi lagi iaitu nasi lemak,kuih dan air..alhamdulillah.. :)

Tapi aku dan en.rahie rasanya sempat ikut 3kali kursus je kot..dua kali hari ahad dan sekali pada hari sabtu..selalunya hari sabtu tu pengisian kursusnya adalah lebih kepada perkara2 asas iaitu hukum2, persediaan penyucian jiwa seperti kerapkan solat taubat dan sebagainya..manakala pada hari ahad lebih tertumpu kepada rukun2 umrah,pantang larang dan praktikal..

Selebihnya kami lebih banyak membaca dan tengok cd2 dan belajar dengan orang2 yang pernah sampai sana..mak abah aku n abang aku pun antara orang yang selalu tunjuk ajar berkenaan umrah ni..alhamdulillah nampak la sikit2 macam mana perjalanan di madinah dan mekah tu..

Barang2 umrah pun x banyak yang perlu dibeli sebab beg2 semua memang dah dapat sekali dalam pakej..

Ini la beg2 dan buku panduan umrah yang kami dapat..
Sumber gambar : Google

Jubah2 n telekung aku bawak yang mana ada je..kain ihram n jubah en.rahie pun dipinjamkan oleh abah n adik aku..cuma tinggal beli stokin wudu',penapis hidung,botol wudu' n benda2 asas je..
mak aku kata..jangan membazir..yang penting ibadah kita kat sana tu yang kena jaga..huhuu..betul la kan.. :)

Solat taubat memang kena selalu buat..sebagai penyucian kita sebelum ke sana..yela..kita pun bukannya baik sangat kan..ehh..kita pulak..aku yang tak berapa baik sangat..huhuu..even Rasulullah yang maksum tu pun rajin buat solat taubat..inikan pula kita..pastu doa banyak2 agar kehadiran kita nanti diterima dengan baik oleh Allah kat sana..insyaAllah..ameen..

Ada orang tanya..apa barang2 yang kita kena bawak?jubah nak bawak berapa helai?telekong berapa helai?

Hehe..aku pun macam tu gak masa nak pack beg tu..yela..kita first time nak pegi kan..x dapat gambarkan lagi keadaan kat sana macam mana..tapi kalo Andalusia memang dia sediakan checklist barang2 yang perlu dibawa..tapi aku rasa mana2 travel agensi atau dalam buku panduan umrah pun memang ada bagi checklist ni..

Jubah : aku bawak 4 helai jubah biasa dan 1 jubah seluar..
Telekong : 2 telekong putih,1 telekong hitam..kain x bawak pun sebab mak aku cakap kat sana memadai pakai telekong,jubah n stokin tebal or stokin solat..senang pergerakan..
Mini telekong : 4 helai (mini telekong ni kita pakai masa nak pegi ziarah madinah atau mekah..so senang la kalo singgah masjid,bole terus solat dengan mini telekong ni je sebab aurat memang dah tutup sempurna..)
Baju tdo : aku bawak kaftan 2 and sehelai t-shirt buat pakai di bilik..hehe..
Seluar panjang inner : 3 helai..buat pakai dengan jubah n pakai dok kat bilik je..
Singlet berpoket zip : 1 pun memadai buat nak pakai dengan jubah warna putih..
Underwear n bra : aku bawak lebih..sebab takut x sempat nak basuh..dalam 10 helai kot..hehe..
Stokin lengan : 4 pasang
Stokin kaki : 5 pasang..nipis n tebal..
Botol wudu' : 1..penting sebab kat Masjid Nabawi n Masjidil Haram memang tempat wudu' jauh sikit dari ruang solat..
Kasut n selipar : aku bawak 2 kasut bertutup dan 1 selipar buat ulang alik ke masjid..kalo nak bawak kasut sport pun ok..kot2 korang teringin nak join xpdc panjat Gua Hira'..hehe..
Buku doa n buku gantung
Beg gantung : bole beli kat mydin mall..senang..buat letak duit n henfon..so kalo masuk Masjid Nabawi pun memang polis dia x check..tapi beg tu kena gantung kat leher n masukkan dlm jubah.. 
Pad n panty liner : wajib bawak sebab kat sana mahal and kita pun x bole nak cakap kita akan sentiasa suci kat sana..mungkin akan uzur ke apa kan..ini hadiah daripada Allah jugak.. :)
Ubat-ubatan : bawak la ubat batuk, selsema,demam,pil chi ki teck on,minyak angin,lip balm,losyen..semua ni penting sebab takut badan kita terkejut dengan perubahan cuaca kat sana..

Hmm..aku rasa itu je barang2 yg penting kot..selain daripada persediaan kita dari segi fizikal dan mental yang kena kuat..

Okla..aku harap sedikit sebanyak info yang aku share ni dapat membantu rakan2 yang dalam persediaan ke sana..insyaAllah..nanti aku sambung lagi pada next entry ye..

Assalamualaikum.. ^_^







No comments:

Post a Comment