Syukur ya Allah kerana diberi peluang sekali lagi untuk kami sekeluarga menikmati bulanMu yang penuh dengan keberkatan ini..
Aku harap tak terlambat kot untuk aku ucapkan selamat berpuasa untuk kawan2 di luar sana..
Hari ni dah masuk hari ketujuh kita menjalani ibadah puasa..
Kalau last year aku dengan en.rahie je bersahur dan berbuka..tapi Ramadhan kali ni ada adik aku Payie bersama2 kitorang..
Meriah la sikit rumah kan..anak2 aku pun suka dengan pakcik diorang ni..hehe..
So bila balik petang nak masuk juadah berbuka tu..agak senang la sebab ada orang2 yang rajin melayan... ^_^
Sepanjang tujuh hari berpuasa ni..aku masih lagi mengekalkan rekod tidak ke bazaar ramadhan..haha..
Masak je la..lagi jimat..hihii..
Bukan apa..kalau pegi bazaar ramadhan tu..tengok semua benda rasa nak beli..
Tak sedar duit keluar macam air..kadang2 tu..makan tak abis pun..huhuhuu..
Ok la..ni aku nak share sikit la ganjaran2 yang diperolehi oleh orang2 yang berpuasa..semoga ianya bermanfaat untuk kita semua... :)
http://husniswamp.blogspot.com |
Salam Ramadhan untuk semua...^_^
No comments:
Post a Comment