Friday, February 22, 2013

Homemade Pizza Ajaib

Assalamualaikum..

Hello readers..

Ok uols..arini chef Ida nak tunjukkan satu resepi yg amat dan tersangat la senang  iaitu.....

Homemade Pizza Ajaib..

Hahahahaaa..kellasss x tajuk kelas memasak kita pada hari ini?hehe..
Bukan apa..dah beberapa hari sbnrnya nak bat pizza ni..tp ada je bhn yg x cukup..
So bila tgh drive blk keje td..berpikir2 la apa menu dinner mlm ni..Itu yg terlintas nak bat pizza ni..hehe..

K la..aku bahagikan resepi ni kepada 2 part iaitu :

Part A : Doh

Bahan-bahan:

2 cawan setengah tepung gandum
2 sudu kecil yis mauripan
Setengah cawan air suam
2 camca kecil gula
Secubit garam
Sedikit margerin

Kaedah :
1. Mula-mula gaul yis dengan gula dan air suam tu and biarkan seketika sampai yis tu berbuih-buih..(teknik ni untuk test samada yis tu hidup ke x..kalo berbuih-buih tu maksudnya yis tu okla..)
2. Lepas tu masukkan yis yang dah berbuih-buih tadi tu ke dalam besen and gaul dengan tepung dan juga sedikit garam..
3. Tambahkan sedikit air dan juga margerin kalo rasa doh tu x membentuk dengan baik..
4. Uli-uli dan uli doh tu sampai permukaan besen tu licin..(ini tandanya doh kita dah sempurna la..kalo ada kesan lekat-lekat lagi tu maksudnya ada la bahan x cukup lagi tu..sama ada tepung kurang atau air terlebih..)
5. Then biarkan doh tadi dalam besen and tutup dengan kain lembap..pastu letakkan bekas doh tu dekat tempat panas dan biarkan doh tadi naik sekali ganda..(saya biarkan doh tadi bersebelahan dengan oven panas selama 15 minit..)
6. Doh yang naik tadi diuli-uli sedikit dan bentukkan ikut saiz pembakar anda.. :)


Bahan-bahan utama
Doh in the making

Part B : Sos @ Inti Pizza

Bahan-bahan :
Minyak untuk menumis
Bawang Holland (kalo xde bawang besar biasa pun xpe..)
Bawang putih
Sos Pasta (saya guna separuh botol sos pasta Kimball)
Sosej
Mix Vege
Tomato
Lada benggala
Habbatus Sauda (penyembuh segala penyakit kecuali mati..hehe..ini mmg optional tau sbb ini secret recipes en.rahie kalo dia memasak..i pun dah terikut-ikut.. ^_^)
Mozzarella cheese

Kaedah :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik bau
2. Masukkan sos pasta, sosej, mix vege, habbatus sauda dan garam secukup rasa..agak-agak dah masak, boleh angkat..
3. Doh tadi saya leperkan di atas pemanggang ajaib..(haaa..sbb tu la nama pizza saya ni pizza ajaib..sbb saya x guna oven..hehe.. )
4. Letakkan sos yang kita masak tadi dan ratakan ke semua permukaan..
5. Tabur lada benggala, tomato yang dicincang dan juga bawang holland di atas pizza tadi..
6. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese...
7. Tutup pemanggang ajaib tu dan biarkan pizza masak selama 10 minit dengan api yang paling perlahan..
8. Lepas 10 mnit tu, buka la tengok..kalo cheese dah melting and crust pun dah nampak masak, tutup api..
9. Taddaaaa...pizza ajaib siap untuk dihidangkan... ^_^

Kekdah membuat pizza

Haa..senangkan resepi ni?
Sebab aku memang x suka resepi yang susah and remeh..lambat!
Huhuu..bagus pemanggang ajaib ni..cepat masak n hasil dia sama macam kalo kita guna oven..
Komen en.rahie.. "sedap macam selalu!" 
weee...sangat suka kalo suami suka..sekian!~ (",)v

7 comments:

  1. nak cuba lah.. aku buat hiasan je pemanggang ajaib tu..hehehe ,ida bg lah lg resepi ajaib. aku budak baru belajar.hehe

    ReplyDelete
  2. wokehh..dah byk benda aku masak guna pemanggang ajaib ni..nanti aku buat entry resepi lg ye.. :)

    ReplyDelete
  3. thanks bg resepi..nk cuba la...ritu buat tak jadi maybe tak pandai uli huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try sis..mana tau resepi kali ni menjadi..hehe..actually x perlu uli lebih2 sgt pun..as long as doh tu naik elok..maksudnya yis yg kta guna tu bagus.. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Doh pizza yang diletak dlm pemanggang ajaib tu perlu alas dengan bekas lain k...sb saya bakar jd hangit..hehe

      Delete
  4. Norilani, api kena letak paling perlahan. bakar dlm 10 ke 15 minit je. insyallah tak hangit. baru masak tadi. first try, hangit di bawah. second piece, just nice. alhamdulillah.

    ReplyDelete