Saturday, August 30, 2014

Lambaian Kaabah


Assalamualaikum semua..
Musim haji kembali lagi..
Alhamdulillah syukur kepada orang2 yg telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah SWT..
Ceria dan bersih je muka2 tetamu Allah ni..

Puan Bunga iaitu mak mertua aku merupakan salah seorang jemputan Allah tahun ni..
Bukan sekali..tapi dua kali dia dapat jemputan menjadi tetamu Allah pada tahun ni..
Alhamdulillah..syukur bila mana tgk wajah tua itu gembira menyambut panggilan Ilahi..
Kali pertama adalah pada bulan Februari aritu ketika kami sama2 pergi mengerjakan umrah..
Dan baru2 ni..mak aku turut tersenarai namanya untuk mengerjakan haji..

Mak aku naik penerbangan KT07 pada hari Khamis lepas di Alor Setar..
Mak aku tak berseorangan sebab dia turut pergi bersama kakaknya iaitu mak tam aku dan seorng lagi orang kampung diorang jugak..
Sama2 kita doakan mak dan mak tam aku dipermudahkan segala urusan mereka di tanah suci dan dikurniakan haji yang mabrur..ameen..

Lepak2 sementara tunggu urusan pendaftaran..

MIL tengah buat check in kat kompleks TH Alor Setar sebelum diorang naik bas untuk ke airport Kepala Batas

My In Laws Family

Dua beradik..Ya Allah..permudahkanlah urusan mereka di sana..ameen..

Puan Bunga.. :)


Rindunya nak menatap Kaabah lagi..semoga dipilih lagi oleh Allah untuk jadi tetamuNya..ameen..

No comments:

Post a Comment