Thursday, April 18, 2013

Mini Convention on Team Excellence 2013 @ Hotel Singgahsana, PJ

Assalamualaikum semua...

Dah lama berlalu sebenarnya Mini Convention ni..

Event berlangsung pada tanggal 2 April 2013 bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya..

Ianya merupakan acara tahunan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)..

Objektifnya adalah untuk memupuk dan menggalakkan aktiviti kreativiti dan inovasi di kalangan agensi yang bertanding.

Pada tahun ni, sebanyak 11 agensi yang bertanding terdiri daripada 2 agensi kerajaan iaitu JMM dan KPDNKK dan 9 lagi dari agensi swasta.

Huhh..hebat-hebat betul inovasi diorang ni..especially dari private sectors..

Terus jauh di sudut hati aku..team Tsunami ni kena polish banyak lagi..

Ops..lupa nak cerita...

JMM  diwakili oleh team Tsunami..team kitorang la tu..hihii..

Kami mempertaruhkan produk pembangunan sistem berasaskan web dikenali sebagai Decision and Dissemination Support System (DADS)..yang berfungsi untuk menyebarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami dalam tempoh kurang daripada 10 minit..

And Alhamdulillah team kami telah dianugerahkan Anugerah Emas di atas inovasi tersebut..

Kira okla kan untuk first timer macam kitorang ni..hihiii..

Yang bagusnya..bila masuk pertandingan macam ni..baru kita nampak apa itu sebenarnya ICC or KIK ni..

Banyak sebenarnya kitorang kena belajar and polish balik kalau betul-betul nak masuk bertanding peringkat kebangsaan..

Sebab pasukan yang memenangi Anugerah Emas ni sebenarnya layak untuk bertanding ke peringkat kebangsaan tau..hehe..

Okla..kat bawah ni aku ada letak beberapa keping gambar kenangan Team Tsunami.. :)


Team Tsunami

Jelitawan team Tsunami.. ^_^

Okla  korang..
Aku stop sini dulu ye..byk keje sebenarnye ni...hahaa..daa... :)

Monday, April 15, 2013

Hectic Sunday : Part 3 : Bersantai di petang Ahad

Salam uolsss...

Wah..x abis-abis lagi entry Hectic Sunday i ni eh..
Hahahaa..aku pun dah penat nak ngarang sebenornye..
Tu yang dah bape hari terperap kat draft tu..haihhh... :p

K la..kita sambung lagi..

Kitorang dok kat Aquaria KLCC sampai kul 2 lebih rasanya..
Masing-masing dah kepenatan..macam la semuanya berlari 5 round Tasik Sri Tilia tu..huhuu..
Korang boleh bayangkan tak..Irsyad keluar je dari Aquaria dah tertido dalam stroller..
Irfan sebaik saja masuk kereta..dah terlelap..padahal x bergerak keluar dari parking KLCC lagi tu..
Me and en.rahie..masing-masing dok sangap sepanjang perjalanan balik dari KLCC ke Shah Alam..
And yang bestnya..kami bole stop kat Petronas Bukit Jelutong dulu..then tido sampai sejam..!!
Hahaha...penat tak penatnya kitorang hari tu...
Padahal dari Petronas tu ke Alam Budiman dalam 15 minit je kot..adoyaiii..tepuk dahi!

Tapi tu la..better macam tu kan..
Daripada en.rahie gagah jugak nak drive walaupun mengantuk..
Baik tido dulu lagi bagus..keselamatan pun terjamin..ye dak?hihii..
En.rahie tersedar dari tido rasanya dah 4.30pm kot..
Then teruslah dia memecut Lamborghini buatan Malaysianya tu terus balik ke rumah..yang hanya sekaangkang kera je lagi tu..

Sampai je umah petang tu..masing-masing dalam mode kemalasan lagi..
Pas rehat-rehat..gi mandi bagi fresh balik..
Aku goreng kopok..nyums!sedap aih...hidang pulak dengan sos n air kopi...
wah...santai betui..
kalau kat kampung ni..dah bawak keluar minum petang kat pangkin dah ni..
sambil layan angin bendang yang sepoi-sepoi bahasa..haha..nyamannya... =D

Sambil-sambil tu..en.rahie dok semai pokok asam klendar yang dia bawak balik dari kampung aritu..
korang penah dengar nama pokok asam klendar ni?
Kalau ya..aku tabik spring la kat korang...huuu..
Sebab aku sendiri pun x penah dengar nama pokok ni sampai la aku kawen dengan en.rahie..
Aku tanya en.google pun dia x tahu tau apa tu pokok asam klendar..hahahaa..
And this little helper turut sama-sama membantu apa yang patut..kihkihkihhh..



En.rahie bercita-cita kalau pokok ni membesar dengan jayanya..dia nak tanam kat laman luar tu..
Nak ganti pokok sedia ada yang ditanam oleh developer..
Kita doakan ye.. :)

Haaa...habis sudah cerita merepekku tentang Hectic Sunday kitorang..
Malam tu masing-masing tido awal..
Nak bangun keesokannya tu..aduhaiiii..liat betul!!hahaa..daaa... ^_^











Friday, April 5, 2013

Hectic Sunday : Part 2 : Aquaria KLCC

Wahh..kita sambung lagi..

Okeh..pas kitorang beriadah pagi tu..bole refer post ni ye..
Aku saje la ajak en.rahie gi jenjalan ke KLCC pulak..
Lama gila aku tak ke sini rasanya..
Lagipun aritu aku ada beli voucher Aquaria kat groupon..
Memang voucher ni valid sampai next year..
tapi since aku beli voucher untuk 2 adult je..and Irfan pulak 19 Mei nanti akan masuk 3 tahun..
so kena la guna voucher ni sebelum dia 3 tahun..
sebab kalau kids aged 3 years and above..dah kena bayar ikut harga budak2..
Hihihiii...jimat tul mak dia!!kihkihhh...

Maka..bergerak la kitorang satu family ke KLCC dalam kul 12pm tu...
U olss jangan tak tau..kalu kita beli tiket Aquaria ni thru online..tak kisah la groupon ke, LivingSosial ke..or dari mana2 online deals la..kita bole skip Q u..haa.. terus je ke online redemption counter..
Jimat masa and tenaga!haha..i loike! ^_^

Haa..ni la priority lane yang i cakap tuu...

Aquaria ni bagi aku..okla..berbaloi dengan harga dia..
Banyak sangat khazanah alam dan makhluk ciptaan Tuhan kat situ..
Yang jarang-jarang kita tengok pun ada..
Bukan setakat hidupan laut je tau..
Hidupan darat pun ada gak..tapi more to reptilia type la..
Irfan and Irsyad soooo amazed with those creatures..
Mak depa pun sama naik gak sebenarnya..haha..
K la..korang layan gambar eh...






Daaa... (",)v