Thursday, April 18, 2013

Mini Convention on Team Excellence 2013 @ Hotel Singgahsana, PJ

Assalamualaikum semua...

Dah lama berlalu sebenarnya Mini Convention ni..

Event berlangsung pada tanggal 2 April 2013 bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya..

Ianya merupakan acara tahunan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)..

Objektifnya adalah untuk memupuk dan menggalakkan aktiviti kreativiti dan inovasi di kalangan agensi yang bertanding.

Pada tahun ni, sebanyak 11 agensi yang bertanding terdiri daripada 2 agensi kerajaan iaitu JMM dan KPDNKK dan 9 lagi dari agensi swasta.

Huhh..hebat-hebat betul inovasi diorang ni..especially dari private sectors..

Terus jauh di sudut hati aku..team Tsunami ni kena polish banyak lagi..

Ops..lupa nak cerita...

JMM  diwakili oleh team Tsunami..team kitorang la tu..hihii..

Kami mempertaruhkan produk pembangunan sistem berasaskan web dikenali sebagai Decision and Dissemination Support System (DADS)..yang berfungsi untuk menyebarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami dalam tempoh kurang daripada 10 minit..

And Alhamdulillah team kami telah dianugerahkan Anugerah Emas di atas inovasi tersebut..

Kira okla kan untuk first timer macam kitorang ni..hihiii..

Yang bagusnya..bila masuk pertandingan macam ni..baru kita nampak apa itu sebenarnya ICC or KIK ni..

Banyak sebenarnya kitorang kena belajar and polish balik kalau betul-betul nak masuk bertanding peringkat kebangsaan..

Sebab pasukan yang memenangi Anugerah Emas ni sebenarnya layak untuk bertanding ke peringkat kebangsaan tau..hehe..

Okla..kat bawah ni aku ada letak beberapa keping gambar kenangan Team Tsunami.. :)


Team Tsunami

Jelitawan team Tsunami.. ^_^

Okla  korang..
Aku stop sini dulu ye..byk keje sebenarnye ni...hahaa..daa... :)

2 comments: