Thursday, January 31, 2013

Mari menderma darah..

Hahaha..
Tajuk saja dah menjelaskan isi kandungan entry aku kali ni..
Actually it was my 1st time experience tauu..
takut mulanya tu..
my colleague yg ajak turun..
hati memang teringin lama dah nak merasai pengalaman menderma darah tu..tp x penahnye tercapai..
huhuu..so dah alang2 pihak hospital sendiri yg datang berkempen kat opis..xkan nak tolak kan?



Hehe..best rupanya..x sakit pon..

Korang nak tahu apa benefit menderma darah ni?

1. Merangsang tubuh menghasilkan lebih byk sel-sel darah yg baru. Jadi tubuh kita kan menjadi lebih sihat sbb sel-sel darah baru kan berupaya membawa oksigen dgn lebih berkesan.. x gitu? :)
2. Apabila sel darah merah yg baru dihasilkan, maka secara tidak langsung, badan juga akan meningkatkan kecekapannya untuk menggunakan zat besi dlm badan secara optimum. Jadi ianya akan mengelakkan berlakunya pengumpulan zat besi berlebihan di jantung kita..sebab ada  kajian menunjukkan zat besi yg berlebihan akan mempercepatkan pengoksidaan kolesterol..(boleh mengurangkan risiko sakit jantung).
3. Secara psikologi pula, menderma darah ni akan menyebabkan hati kita berasa lebih tenang kerana kita mempunyai tahap kesihatan yang baik. Kalo u all x tahu..sebelum menderma darah, kita akan disaring dulu..n sebelum darah kita didermakan kepada org lain, darah kita akan diuji terlebih dahulu bg memastikan darah yg didermakan tersebut selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan penerima.

Ok..sebelum menderma darah..ada syarat2 yg u all kena lepas iaitu :

1. Berumur 18-60 tahun dan berat badan melebihi 45 kg
2. Tahap hemoglobin melebihi 12.5 peratus.. (teringat tiap kali gi check up mengandung..cukup takut kalo nurse ckp Hb low..huhu..)
3. Tiada penyakit kronik
4. Tidak mengambil preskripsi atau ubat-ubatan seperti aspirin, pain killer dan sebagainya
5. Tidur yang mencukupi, 5 jam atau lebih
6. Sudah makan dan minum yang mencukupi sebelum menderma darah (doc cakap..kalo terlebih mkn pun x leh gak..hehe)

So..marilah kita menderma darah..
Tak luak mana pun kalo setakat darah 1 pain tu didermakan..
malah tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat..
Amalan menderma darah ni pun disarankan dalam Islam dan hukumnya adalah harus..

Sabda Rasulullah pula bermaksud :

"Sesiapa yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu mencukupkan keperluannya. Sesiapa yg melepaskan kesulitan seorang muslim, maka Allah melepaskan pula kesusahannya kelak pada hari kiamat." - Riwayat Muslim



p/s : Menderma darah semulia mulia sedekah..Allahu'alam..

No comments:

Post a Comment