Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah everyone..

Pejam celik pejam celik..dah masuk tahun baru dalam kalendar Islam..so apa azam korang untuk tahun baru nih?Harap2 semuanya baik2 belaka la..aku pun x terlepas untuk mendoakan yang terbaik untuk diriku, family, suami n my little boy, irfan..amin....

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun

doa-awal-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



~credit to Syed Ashadi At Wordpress.com


Selamat beramal.. :)




Nota kaki : sharing is caring.. :D

Thursday, December 2, 2010

R.I.N.D.U

Kring..kringg..

me : Hellooo..assalamualaikum... (bibir sambil mengukir senyuman.. :))
hubby : Wa'alaikumussalam w.b.t..
me : hee..irfan batpe syg?meragam x? (soalan cover line..padahal sblm gi keje td, aku dh tdokan si irfan..ngehh.. :p)
hubby : x la..elok je dia tdo tu..
me : ermm..saja ja call...rindu la kat syg.. (huhuhuu..terucap sudah.. :D)
hubby : rinduu..?abg tau pasaipa... (ayat pancing..aku tau mesti masa ni cik abg aku tu tgh tersengih2..)
me : erkk..pasaipa..? (aku terconfuse sekejap..)
hubby : yela..esok kan hari jumaat.....
me : so..? (saja bat2 x paham..)
hubby : so..mlm ni mlm jumaat la..sbb tu syg rindu kat abg kan?hehehee.. (adeh!hampess tul laki aku nihh...)
me : eh..mana ada..ke situ pulak abg ni.. (hahahaa..sama2 ketawa..)



oppss..sikit2 dah la..hehee..intro of the story..

Hmm..penah x tetiba korg rasa rindu sgt kat seseorang..?walaupun org tu slalu korg jmpa,selalu bersembang2, slalu mkn sekali..even dok dlm 1 bumbung..?

Macam aku..kadang2 ada satu masa tu kan..aku rasa mcm rindu sgt kat laki aku..kalo masa bercinta tu..lain la..perasaan tu mmg akan kdg2 hadir..tp ni dh kawen n dh ada anak pon..perasaan tu tetap akan dtg menjengah..mcm arini aku keje nite, walaupun siang td dh jmpa..tp rindu tu masih ada..hai..terjiwang la pulak..(terstop jap keje database aku..huhuu..)

Actually bagus bila ada perasaan mcm ni..at least ia akan menyemarakkan balik perasaan kita dan pasangan..

Tapi..macam mana pulak dengan rindu pada Pencipta?Hmm..manusia skrg ramai yg lupa padaNya semasa senang..bila susah, baru la mencari2 arah..baru la nak ambik wudu' dan solat..


Aku sedar kadang2 aku pun sedikit terleka..walaupun solat masih terjaga tp dr segi amalan2 lain seperti mengaji, solat sunat, puasa sunat...Ya Allah..dah jarang2 aku buat..sibuk dgn anak?hmm..alasan semata2..padahal irfan tdo awal..ada je masa utk aku dekatkan diri aku padaNya..tp kenapa aku leka?MasyaAllah..mmg misi syaitan utk melekakan anak2 Adam semakin hari semakin berjaya..tambah2 dgn adanya fesbuk..lg la manusia ni lalai..Astaghfirullah..Ya Allah..Kau ampunkanlah hambaMu ini..





Nota kaki : Aku memang rindu padaNya..

Wednesday, December 1, 2010

My Breastfeeding Journey..

Salam..

As a momma..im so concern about my baby's need..sape yg x concern kan?anak yg kta kandung selama 9 bulan..bersusah payah dgn kta mengharungi saat2 mendebarkan semasa mengandung dan bersalin..hmm..i miss those sweet moment.. :)

Pasal health, saving n education..mmg aku n en.asben sgt2 ambil peduli..sbb tu pas je irfan lahir..abah dia awal2 lg bat insurance policy..aku pulak jd banker tukang simpan duit2 yg org sedekahkan kpd irfan..alhamdulillah murah rezeki anak mama ni.. :))

Kalo bab susu..so far alhamdulillah irfan sepenuhnya menyusu dgn susu aku..kalo dikira2..dh 6 bulan setengah la im breastfeeding my baby..its not an easy journey guys..so many obstacles along the way..ada up n down..tp alhamdulillah dgn doa,usaha n support from my hubby, everything goes well..

Nipple confusion is one of the big big problem in breastfeeding..sgt sedih tau bila anak reject utk direct feeding..aku penah mengalaminya..aku igt lg masa tu irfan baru nak masuk 4 bulan..n he refuse to direct feeding..aku bg B, dia tolak n nangis2..huhuu..n bayangkan masa tu hari raya aidilfitri..mmg susah la..on that time, aku dgn pam tidak dapat dipisahkan..kemana2 je pam tu aku usung..n pantang ada masa terluang, aku akan pam..x kira la..dlm kereta ka..kat umah org masa jln2 raya ka..di tengah2 mlm buta time org sedang lena di ulit mimpi ka..aku akan pam..huhh..what a tough moment..but i never give up or jadikan ianya alasan utk quit bf.Lama jugak situasi ni berlangsung..n aku tau puncanya ialah few days b4 aku cuti hari raya tu..aku keje triple nite in a row!mungkin irfan dah ter'tune' dgn rasa puting susu kot..haii..x bole jd ni..aku kena cari solution..so lps je naik cuti tu, aku amik cuti pulak bbrp hari utk rooming in with my son..n alhamdulillah berkat doa n usaha..everything back to normal..irfan dh x confuse lg.. :)

Period..the other problem in bf..kenapa?sbb bila cik P ni dtg, milk production akan sedikit terjejas..aku mengalaminya masa irfan baru 3 bulan setengah..terkejut jugak awal2 tu sbb ramai org ckp kalo kta fully bf our baby, period mmg akan lambat dtg..tp tidak pada aku..huhuu..time tu mmg sgt stress la bila tgk production yg sikit..jd bila cik P ni mai ditambah pulak dgn stress..lg bertambah2 worst la production aku..uwaa!!!dr sepenuh2 freezer dgn stok frozen ebm..sampai bole kira la berapa botol je yg tinggal masa tu..n mungkin korg x percaya yg stok aku pernah=0!!kosong!itu masa cik P dtg bat lawatan muhibah+irfan yg sdg mengalami nipple confusion..aduhh..mmg amat berat dugaan masa tu..tp aku tetap x putus asa..i still manage to fully bf my baby..xde campur2 ye..alhamdulillah..so the next month bila cik P ni mai lg bat lawatan..aku dh x gelabah n melatah..aku kuatkan semangat n try to catch up stok2 yg digunakan..walaupun stok yg ada dh x semeriah dulu..tp aku masih tetap bersyukur dgn kurnian Allah s.w.t...irfan masih mampu sepenuhnya menyusu dgn aku..alhamdulillah..

fresh ebm yg sentiasa ada dlm fridge aku

frozen ebm yg masih mencukupi sebagai bekal irfan masa aku keje


Sebenarnya panjang lg perjalanan aku dlm misi penyusuan susu ibu ni..next entry aku akan share petua2 utk membanyakkan susu badan pulak..aku dh lepas target pertama utk jd exclusive bf mama utk 6 bulan pertama..skrg misi aku utk teruskan penyusuan ini selagi terdaya n termampu..kalo bole sehingga 2 tahun seperti yang disarankan dalam al-Quran (al-Baqarah ayat 233)..insyaallah..semoga dipermudahkan segalanya..aminn..




Nota kaki : semoga perjalanan penyusuan aku diberkati olehNya..amin..

Happy 6 months old baby..

Salam semua..

Hmm..very backdated entry..hehee..xpela..asal aku bahagia..hahahaa... :D
Okla..irfan berusia 6 bulan pada 19 Nov 2010 yg lepas..cepatnya masa berlalu..
so far progress irfan baik.. :

  • masa check up 6 bln aritu, berat irfan 7.5kg..huhh..patut la lenguh tangan ni..hehee..alhamdulillah irfan membesar dgn sihat.. :)
  • makin cekap n cepat berguling2..
  • skrg dok angkat punggung..kdg2 goyang2 sket..hehehe..mungkin x lama lg nk merangkak kot..
  • cukup suka mkn bubur nasi hasil tangan mamanya..hehhe..x bape suka nestum n biskut rusk tu..mungkin manis sket kot..
  • dah kenal sgt mama n abah dia..
  • suka sgt kalo kta bwk jalan2..hehhee..(mcm mama dia la.. :D)
  • kalo nmpk kelibat kta jauh sket dr dia..mesti dh sebek then nangis..kdg2 tu nk kta berkepit je dgn dia..
  • pantang nmpk aku bersiap or pakai tudung..mesti tergedik2 tangan n kaki tu mintak kta angkat..
  • makin kuat n suka bercakap n menjerit.. :)
  • suka bat bubbles..tersembur2 air liur dia..aduhh..makin byk la rambut mama gugur anak oii.. :)
  • kaki dh kuat berdiri..kalo ikut abah dia..cepat la berjalan..hehehe..
  • kalo mandi..kemain lg kodek2 kaki..kalo dh besar nti sure pandai berenang..hehehe..tp 1 je yg irfan x leh tahan..mandi air sejukkk..sgt dia x suka ok!!!huhuu..tp kena ajar gak ni..senang nk bwk jln..n plg penting..bole p mandi swimming pool..yehh..i like.. :))
  • last but not least..still fully breastfeed dgn aku..alhamdulillah..semoga semakin mencurah2 rezeki irfan nan 1 ni..amin.. :)
irfan segak berbaju melayu..lupa nk snap gmbr dia pakai kopiah..hehe..hensem u know.. :D




Nota kaki : semoga anak mama membesar menjadi anak yg soleh, sihat n cerdik..amin..

Nuriz's Palace, Sungai Petani

Salam..

wah..lamanya x menjengah blog ni..huhuu..bz ngn anak..heee.. :D
anyway..kali ni aku nk cite sket pasal 1 tempat mkn yg bole thn gak la kat sungai petani nun..Nuriz's Palace..

Actually masa birthday aku 16 Nov aritu, mama n abah belanja mkn steamboat kat Nuriz's Palace ni..hmm..thanks mama abah!!luv u both!!huhuu..

Okeh..utk pengetahuan korg, Nuriz's Palace ni merupakan hotel kepunyaan tokey besar Nuriz Cosmetic..korg penah dgr x?hmm..brand ni seangkatan la dgn NV tu..nice place..cuma jauh sket la dr umah parents aku..tp murah dan berpatutan..yela..korg bayangkan..kitorg mkn steamboat utk 6org plus chicken chop 2 set..ns goreng lg..air yg ditambah2 lg..kosnya cuma rm80..siap steamboat punya bahan2 mentah tu x abis pon..xdela kena extra charge mcm Restoren Nelayan tu..hehehee..jom layan gambar.. ;p

interior design mmg cantik

the menus

unic steamboat bowl and plate..siap bole panggang lg..

irfan sampai menggigit jari tgk kitorg mkn..hikhikk..sian anak mama..




Nota kaki : tokeynya Nuriz Cosmetic tu skrg dh bertudung..alhamdulillah..semakin ramai usahawan muslimah di Malaysia ni..cantik dan bertambah2 manis.. :D