Sunday, March 2, 2014

Having great time at Kidz Paradise @ Klang Parade..

Hai everyone!!!
Assalamualaikum and happy weekend!!!

Sejak balik dari umrah aritu, dua tiga kali Irfan request nak pergi main2 kat playground..
Bukan playground yang kat taman kitorang ni..bukan jugak playground free kat giant tu..
Tapi...
"Mama..jom la kita pi mall..Irfan nak pi main kat tempat yang ada slides dengan balls tu.."
"Kat mana..?" aku masih pura2 buat tak faham..
"Alaaa..yang ada tempat tembak2 bola..dengan lego..dengan slide..bla bla bla.."
Beria Irfan cuba terangkan kat aku..
Aku faham..dia nak ajak gi main kat AmanVille @ SpaceU8 tu sebenarnya..hehe..

Actually tempat tu memang best..tapi bila ajak en.rahie..ini jawapannya..
"Kita bawak gi main kat Wai Wai Park Jusco jela..murah sket.."
Hihihii..iyolah..memang murah sket..tapi..aku sendiri tak rasa fun.. :p
Sebabnya permainan dia agak limited..kami pulak gi Wai Wai Park Jusco Rawang, memang tak seheaven macam kat Jusco Kepong la..haha..

Tapi budak2 ni tak kesah sangat pun..depa still happy je.. :)

So last week bila aku check deals, ada offer Kidz Paradise..
Wahh..menarik!!
Sebelum ni Kidz Paradise ni ada kat Mines je, tapi cawangan baru dibuka di Klang Parade..
Memang dekat le dengan umah kitorang kan..?
Apa lagi..aku sambar je offer tu..

Terus semalam aku ajak en.rahie pegi arini..kikikii..
Aku akui..aku yang excited sebenarnya.. ;p
Hahaha..selalu abang aku cerita anak dia si Zia ni suka sangat main kat Kidz Paradise ni..
Sebab playground dia lain daripada yang lain..
Apa yang lainnya..?

Kelainannya ialah..tempat ni ada sediakan satu ruang yang penuh dengan biji2 cassia ni..
Kalau sekali tengok macam main pasir kan..?

Macam main pasir kan..?hehe..

Ya Allah..budak2 ni suka sungguh!!
Tapi memang best pun..dengan aku2 sekali join main dalam tu..tapi xdela gambar..hahaha..buat malu je!!hee..

Cassia seeds ni rupanya ada banyak kelebihan tau..
Ni aku ada snap sket cerita pasal Cassia seeds ni..kalau korang nak baca, korang zoom sendiri eh..

Cassia seeds
En.Rahie cakap kat kampung dia dulu banyak pokok cassia ni..
Tapi satu pokok tu takde la banyak sangat biji dia..
So dia agak kagum la macam mana pengasas Kidz Paradise ni boleh ada idea untuk guna cassia seeds ni untuk buat satu tempat permainan kanak2 yang sangat menarik!!hehe..

Aku n en.rahie memang dah jatuh hati dengan Kidz Paradise ni..
Persekitaran yang selesa..
Mungkin sebab dia baru lagi memulakan operasi di Klang Parade ni kot..
So..xdela penuh dan crowded sangat orang..
Wifi sangat laju..hehe..bole buat kerja sambil tunggu anak2 kita main..
Ada bilik baby untuk tukar lampin atau buat susu..siap dengan termos dan air masak lagi..

Baby room

Selain daripada permainan pasir tadi..ada banyak lagi mainan yang boleh diexplore oleh anak2 kita..
Meh layan gambar.. ^_^

Suka betul diorang main pasir.. :)



see saw

Blocks

swing

Vroom

Slides and balls




crawling net

Weee!!! :D
Klang Parade ni pun baru lagi bukak 22 Februari 2014 after 6 months of renovation kalau tak silap..
So masih banyak lagi kedai yang tak bukak..
Kami lepak dalam Kidz Paradise ni pun hampir 2 jam..
Opps..toilet tak disediakan ye dalam ni..
Tapi korang boleh keluar masuk Kidz Paradise ni tak macam indoor playground yang lain..
So nak kuar gi makan ke..toilet ke..boleh je..
As long as korang tak tanggalkan wrist band yang dia bagi tu..

Disebabkan dua-dua beradik ni main sakan dalam ni tadi..
Keluar je..si Irsyad dah terlena..
Tak sempat sampai ke kereta lagi..hihii..
So..kami tapau je makanan makan kat umah..haha..

Okla..ni jela serba sedikit review yang aku boleh bagi pasal Kidz Paradise ni..
Overall..aku bagi 5 bintang.. *clap!clap!clap! ^_^

Bye for now..daa... (",)v











Saturday, March 1, 2014

Resepi homemade aiskrim paling senang seduniaaaa!!!

Kahkahkahhh..tajuk post x leh blah!hehe..

Assalamualaikum semuaaaa...
Selamat berhujung minggu... 

Okla..rasanya lama betul chef ida x bersiaran dari dapur keciknya..hihihii..

Hari ni ada satu resepi yang sangat la mudah dan cepat untuk dikongsikan..
Apakah resepi itu ye..?
Hahaa..haruslah resepi homemade aiskrim kan..dah terang lagi bersuluh tajuk post kat atas tu kan..?hehe..

K la..berikut adalah bahan2 asas yang diperlukan untuk membuat aiskrim :

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat..(kalo aku lebih prefer suku tin je sebab manis sangat..so sesedap rasa la ye puan2..)
1 camca besar ovalett (wajib cari yang ada tanda halal ye..)
1 biji telur
1 camca teh esen vanila
pewarna dan perasa pilihan puan2.. :)

Bahan2 yang diperlukan..

Okeh..so sekarang korang dah tau le kan aku buat aiskrim perisa apa..?hehe..
Ye betullll...aiskrim oreo dan jagung...yummeh!!

Ok..kekdahnya pula ialah..

Puan2 campakkan kesemua bahan2 td kecuali pewarna dan perasa kegemaran puan2 ke dlm mixer dan putar selama 20 minit sampai kembang..kalau xde mixer,blender pun voleyyy.. ^_^


Biar je..bila dah 20 minit tu, stopkan mixer dan bahagi2kan adunan tadi ke dalam bekas2nya..
Macam aku aritu buat perisa jagung dan oreo..


So satu bekas tu aku letak emulco jagung macam gambar atas ni..

Oreo dihancurkan..

Lepas tu..masukkan oreo hancur tu ke dalam bekas..

Then kacau hingga sebati..

Dah siapppp...harap2 menjadi la.. :)

Masukkan dalam tempat beku semalaman..

Tadaaa..aiskrim oreo untuk Irfan n Irsyad..
Rasa dan texture dia memang macam Oreo McFlurry McD tu..kikikii..

Pagi tadi aku buat pulak aiskrim milo..

and another aiskrim jagung..ni memang requested by Irfan.. :)

Wallawehhh..sedap habaq hangggg!!!! ^_^

So..senang kan..?
Lepas ni korang boleh la try buat pulak..
Dah tak yah dah beli aiskrim kat supermarket nuuu..
Yang penting..aiskrim dari air tangan kita sendiri..banyak barakahnya.. :)

Hehe..selamat mencuba!!







Wednesday, February 26, 2014

Tavelog Umrah : Part 3 : Jeddah-Madinah

Assalamualaikum..

Panjang lagi sebenarnya cerita travelog umrah kami ni..aku cuba pergi pelan2 ye..huhuu..

Alhamdulillah setelah hampir 10 jam kami berada di atas flight, kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah lebih kurang jam 7 pagi (waktu tempatan)..
Untuk makluman korang, perbezaan masa antara Malaysia dan Tanah Arab ni lebih kurang 5 jam..
Iaitu di Arab Saudi, waktunya adalah 5 jam di belakang waktu di Malaysia..

Ketibaan jemaah umrah dan haji ni akan melalui Terminal Haji..
Masa sampai tu..MasyaAllah..ramai betul umat Islam..
Pelbagai rupa dan ragam..
Proses nak melepasi emigresen mengambil masa lebih kurang 2 jam..
Jemaah lelaki lagi lama..diorang siap kena thumb print la..ambil gambar la..lagi banyak prosedur kena lalui..

Ramai kan?Pelbagai rupa dan ragam..huhuu..

Bila en.rahie dan adiknya en.rahizul selesai urusan emigresen diorang, kami terus diberitahu oleh Mutawif untuk keluar dari ruang legar airport untuk menunggu bas pulak..(padahal masa ni masih ramai lagi jemaah lelaki yang belum selesai urusan emigresen diorang..huhuu..)

Suhu di Jeddah ni agak sejuk..dalam 20 darjah celsius kalau x silap..
Memang ramai orang cakap yang Arab Saudi ni bercuaca sejuk pada suku tahun pertama..
Kami ingatkan sejuk2 manja macam kat Cameron je..rupanya sejuk lagi..hehe..
Sebab tu ramai jemaah dari Turki, Iran, Pakistan ramai yang turun untuk buat umrah sebab pada ketika ini negara diorang tengah cuti musim sejuk..huhuu...


Sejuk kat Jeddah..sebab tu pakat pakai sweater..hehe..

Sempat berselfie dua laki bini sementara menanti ketibaan bas..hihii..

Lama jugak kami menunggu kat luar tu..
Bukan sebab apa..sebab ramai lagi jemaah yang masih belum melepasi kaunter emigresen..
Kena pulak kalau tiba2 pak2 arab ni datang potong queue ikut suka hati diorang..memang akan melambatkan lagi la proses nak keluar tu..even Mutawif kitorang pun terpaksa menunggu kat dalam airport bagi memastikan semua jemaah dah selamat keluar..

So bila dah 3-4 jam menunggu..masing2 pun dah kelaparan..
So kedai ala2 7 Eleven ni la jadi sasaran..
Ada yang makan megi, kebab, roti..haha..nasib kami bawak bekal roti dengan serunding..belasah yang tu dulu la untuk alas perut..hihihiii..

Akhirnya dalam jam 12 tengah hari baru la selesai semua urusan..Alhamdulillah..
Kami menaiki bas pulak untuk ke Madinah..
Rombongan kami hari tu agak ramai..ada lebih kurang 130 jemaah kalau tak silap..
Jadi ada tiga bas yang sedia menunggu kami di luar..

Dianggarkan perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam..
Naik je bas..masing2 pakat sambung tido..haha..letih menunggu kot..
Half way to Madinah, kitorang singgah makan nasi arab n solat jamak zohor-asar di RnR..

Restoren nasi arab..sodap!!free of charge of course..hehe..
 
Lepas makan solat kat sini..alhamdulillah..

Lepas dah kenyang dan refresh dengan wudu' tadi..maka perjalanan kami ke Kota Madinah diteruskan..
Sepanjang perjalanan aku termenung tengok luar..bukit bukau dan padang pasir..MasyaAllah..
Tak sangka Allah tunaikan hajat aku untuk ke sini.. :'(
Memang dari dulu aku cakap kepada diri aku..aku akan rasa sangat bersalah untuk melancong ke oversea kalau aku tak sampai lagi ke Madinah atau Mekah..
MasyaAllah..alhamdulillah dan syukur sangat.. (Trip ke Singapore aritu pun sebab kitorang dapat free menang peraduan..kalau tak..mungkin x pegi jugak Singapore tu..huhuuu...)

Ladang unta
   
Akhirnya kami sampai di hotel penginapan kami iaitu Mubarak Silver dalam jam 6.30 petang..
Since masa ni dah masuk Maghrib, jadi lepas ambik kunci dan naikkan beg ke dalam bilik, kami terus solat Maghrib dulu..
Lepas tu cepat2 bersiap untuk ke Masjid Nabawi untuk solat Isya'..

Okla..aku stop sini dulu..
Nanti next entry, aku akan ceritakan pula pasal Masjid Nabawi ye..

Assalamualaikum... :)






Monday, February 24, 2014

Travelog Umrah : Part 2 : Berlepas dari LCCT

Assalamualaikum semua..

Rasanya korang dah baca kan Travelog Umrah Part 1?

Ok..ini kesinambungan travelog umrah kami..hehe..

Flight kami berlepas dari LCCT jam 2.30 pagi 6 Februari 2014..so kami kena berkumpul kat sana lebih kurang jam 10.30 malam 5hb tu..

Kami sekeluarga ambik pakej AirAsia sebab murah sket..hehe..orang cakap tak kisah la ambik pakej apa pun..segalanya bergantung kepada rezeki kita..apa yang datang tu baik ke buruk ke..semuanya adalah dugaan dan ujian daripada Allah jua.. ☺️

Haha..beg bertingkek-tingkek!!
         
Baru selesai urusan check in beg2 besar and tengah tunggu sesi taklimat oleh pegawai Andalusia..

Anak-anak?

Mak abah aku akan jaga diorang..
Lagi pun adik2 aku n abang aku pun ada kat sini..boring2 nanti bole la mak abah aku bawak diorang jalan2 main dengan cousin diorang tu..hehe..
Malam nak berangkat ni pun haruslah kami tak benarkan mak abah aku ikut..
Takut tak sampai hati nak berpisah sekejap dengan diorang..
Ni la pertama kali sejak diorang lahir ditinggalkan oleh aku n en.rahie..huhuu..harap2 segala urusan diorang dipermudahkan..insyaAllah..ameen..

Perasaan aku masa menunggu kat LCCT ni?

Mengantuk dan berdebar semua ada..mengantuk sebab dah melepasi waktu tidur ku..berdebar sebab x dapat nak bayangkan apa yang bakal kami lalui sepanjang berada di sana nanti..dapat ke aku nak melawat Rasulullah saw..?dapat ke aku jejakkan kaki ke masjidil haram..?macam mana kalau aku period..?macam2 bermain di kepala aku..kita x tau apa hadiah yang bakal Allah beri kepada kita kat sana nanti..MasyaAllah..sungguh aku cakap..aku rasa diri aku ni sangat kecik dan hina..huhuu.. 

Dalam hati ni x henti2 aku berdoa agar kami sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan kehadiran kami nanti akan diterima dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt..ameen.. :)








Friday, February 21, 2014

Travelog Umrah : Part 1 : Persediaan ke Tanah Suci

Assalamualaikum readers..

Pejam celik pejam celik tak sedar cepatnya tempoh dua minggu di tanah arab berlalu..

Alhamdulillah aku dan en.rahie telah selamat pergi menyahut seruan Ilahi pada 6-17 Februari 2014 yang lalu..

Semua yang berlaku memang telah diatur sempurna oleh Allah swt..

Sejak terdetik je niat untuk ke tanah suci tahun lepas..segala urusan telah  dipermudahkanNya..alhamdulillah.. :)

Betul la orang cakap..kalau kita ada niat, insyaallah seru tu akan sampai dan dipermudahkan..

Untuk makluman semua..kami pergi umrah ni berenam..iaitu aku,en.rahie,adik ipar aku rahizul,biras aku siti hajjar,mak mertua aku dan mak njang aku iaitu kakak kepada mak mertua aku..hehe..

Kami ambik pakej Andalusia bilik berempat..so memang di madinah dan mekah kami yang perempuan2 dok sebilik..tinggal en.rahie n adiknya share dengan dua lagi jemaah lelaki yang lain.. ☺️

Antara persediaan sebelum berangkat ke tanah suci ni semestinya la kita kena penuhkan ilmu di dada..

Andalusia memang ada sediakan kursus umrah setiap sabtu dan ahad di pejabat urusan diorang di taman maluri..siap ada makan pagi lagi iaitu nasi lemak,kuih dan air..alhamdulillah.. :)

Tapi aku dan en.rahie rasanya sempat ikut 3kali kursus je kot..dua kali hari ahad dan sekali pada hari sabtu..selalunya hari sabtu tu pengisian kursusnya adalah lebih kepada perkara2 asas iaitu hukum2, persediaan penyucian jiwa seperti kerapkan solat taubat dan sebagainya..manakala pada hari ahad lebih tertumpu kepada rukun2 umrah,pantang larang dan praktikal..

Selebihnya kami lebih banyak membaca dan tengok cd2 dan belajar dengan orang2 yang pernah sampai sana..mak abah aku n abang aku pun antara orang yang selalu tunjuk ajar berkenaan umrah ni..alhamdulillah nampak la sikit2 macam mana perjalanan di madinah dan mekah tu..

Barang2 umrah pun x banyak yang perlu dibeli sebab beg2 semua memang dah dapat sekali dalam pakej..

Ini la beg2 dan buku panduan umrah yang kami dapat..
Sumber gambar : Google

Jubah2 n telekung aku bawak yang mana ada je..kain ihram n jubah en.rahie pun dipinjamkan oleh abah n adik aku..cuma tinggal beli stokin wudu',penapis hidung,botol wudu' n benda2 asas je..
mak aku kata..jangan membazir..yang penting ibadah kita kat sana tu yang kena jaga..huhuu..betul la kan.. :)

Solat taubat memang kena selalu buat..sebagai penyucian kita sebelum ke sana..yela..kita pun bukannya baik sangat kan..ehh..kita pulak..aku yang tak berapa baik sangat..huhuu..even Rasulullah yang maksum tu pun rajin buat solat taubat..inikan pula kita..pastu doa banyak2 agar kehadiran kita nanti diterima dengan baik oleh Allah kat sana..insyaAllah..ameen..

Ada orang tanya..apa barang2 yang kita kena bawak?jubah nak bawak berapa helai?telekong berapa helai?

Hehe..aku pun macam tu gak masa nak pack beg tu..yela..kita first time nak pegi kan..x dapat gambarkan lagi keadaan kat sana macam mana..tapi kalo Andalusia memang dia sediakan checklist barang2 yang perlu dibawa..tapi aku rasa mana2 travel agensi atau dalam buku panduan umrah pun memang ada bagi checklist ni..

Jubah : aku bawak 4 helai jubah biasa dan 1 jubah seluar..
Telekong : 2 telekong putih,1 telekong hitam..kain x bawak pun sebab mak aku cakap kat sana memadai pakai telekong,jubah n stokin tebal or stokin solat..senang pergerakan..
Mini telekong : 4 helai (mini telekong ni kita pakai masa nak pegi ziarah madinah atau mekah..so senang la kalo singgah masjid,bole terus solat dengan mini telekong ni je sebab aurat memang dah tutup sempurna..)
Baju tdo : aku bawak kaftan 2 and sehelai t-shirt buat pakai di bilik..hehe..
Seluar panjang inner : 3 helai..buat pakai dengan jubah n pakai dok kat bilik je..
Singlet berpoket zip : 1 pun memadai buat nak pakai dengan jubah warna putih..
Underwear n bra : aku bawak lebih..sebab takut x sempat nak basuh..dalam 10 helai kot..hehe..
Stokin lengan : 4 pasang
Stokin kaki : 5 pasang..nipis n tebal..
Botol wudu' : 1..penting sebab kat Masjid Nabawi n Masjidil Haram memang tempat wudu' jauh sikit dari ruang solat..
Kasut n selipar : aku bawak 2 kasut bertutup dan 1 selipar buat ulang alik ke masjid..kalo nak bawak kasut sport pun ok..kot2 korang teringin nak join xpdc panjat Gua Hira'..hehe..
Buku doa n buku gantung
Beg gantung : bole beli kat mydin mall..senang..buat letak duit n henfon..so kalo masuk Masjid Nabawi pun memang polis dia x check..tapi beg tu kena gantung kat leher n masukkan dlm jubah.. 
Pad n panty liner : wajib bawak sebab kat sana mahal and kita pun x bole nak cakap kita akan sentiasa suci kat sana..mungkin akan uzur ke apa kan..ini hadiah daripada Allah jugak.. :)
Ubat-ubatan : bawak la ubat batuk, selsema,demam,pil chi ki teck on,minyak angin,lip balm,losyen..semua ni penting sebab takut badan kita terkejut dengan perubahan cuaca kat sana..

Hmm..aku rasa itu je barang2 yg penting kot..selain daripada persediaan kita dari segi fizikal dan mental yang kena kuat..

Okla..aku harap sedikit sebanyak info yang aku share ni dapat membantu rakan2 yang dalam persediaan ke sana..insyaAllah..nanti aku sambung lagi pada next entry ye..

Assalamualaikum.. ^_^







Monday, February 3, 2014

Family Trip : Sabah : Day 2 @ Pasar Philippines, Signal Hill Observatory Platform, Maktab Gaya Sabah & Pantai Tanjung Aru..

Haa..tanpa melengah masa..meh aku sambung entry pasal Sabah ni ye...

Hari ketiga tu kitorang tak jalan banyak sangat..

Breakfast pun kat hotel je..

Dalam kul 9 pagi camtu kitorang turun shopping kat Pasar Philippines..

Kedai pun banyak yang baru buka masa tu..

Jalan2 survey harga then kami singgah kat satu kedai beli brooch2 mutiara sabah..

Banyak gak la borong..hehe..

Pastu cari fridge magnet n beli t-shirt..

Pasar basah kami tak singgah pun..macam nak beli ikan bilis ke apa..ntah la..mungkin sebab aritu aku banyak gak borong masa outstation kat Lumut..tu yang xde hati nak singgah pasar basah tu..

Lepas dah dapat apa yang dicari..kami balik semula ke hotel packing barang..

Kami check out dalam kul 1 tengah hari..sempat la solat jamak siap2..

Sebelum keluar dari bandar KK..kami singgah kat Signal Hill Observatory Platform..dari sini kita boleh teropong la Kota Kinabalu dari atas bukit..

Makan aiskrim sekon dua..then kami turun melawat tempat pertemuan orang tuaku..huhuu..

Mak abah aku dulu bertemu jodoh masa dua2 belajar kat Maktab Gaya ni..

Jenuh la dengar diorang bercerita tentang zaman2 diorang muda dulu..hihiii..macam cute je!! ;p

Lepas dari Maktab Gaya..kami pun terus la ke KK Airport..tapi sebelum tu sempat lagi singgah ambik angin kat Pantai Tanjung Aru ni..hehe..cantik sangat..dari tepi pantai tu kita boleh nampak kapal terbang naik dan turun masuk and keluar dari airport..hehee..

Hmm..baru aku perasan..takde pulak eh gambar2 tempat2 yang aku sebutkan tadi..?

Huhuuu..dok dalam digital camera la tu..belum transfer lagi..xpela..yang penting aku dah cerita tempat2 yang kami singgah sepanjang percutian singkat kitorang ke Sabah ni..bukan apa..kang aku takut terlupa..huhuu..yo la..mokcik ni dah x berapa nak muda sangat..cepat sungguh terlupa kadang2 tu..huhuu..

Takpe..kalau dah transfer gambar2 tu nanti, aku tunjuk la sekeping dua kat sini ye..?hehe..

Ok la kengkawan..dah nak jam 5 dah ni..

Aku sign off dulu..baiiiii!!!!!!!!! :)





Family Trip : Sabah : Day 2 @ Kinabalu Park, Kundasang & Ranau..

Assalamualaikum semua...

Haaa...punya la lama sambungan kisah Family Trip Sabah aku ni kan?hahahaa..

Memang tak dinafikan aku agak bz 2-3 minggu lepas..huhuu..

K la..kita sambung eh..

Alkisahnya pagi kedua tu lepas Subuh, kitorang gerak ke Kinabalu Park dalam kul 7 pagi..

Stop kejap breakfast masa on da way ke sana..

Kitorang sampai Kinabalu Park lebih kurang kul 9 pagi..

Masa on da way ke sana tu..jalan memang berkabus..cantik sangat..Subhanallah...


View puncak Kinabalu..ada macam bentuk muka orang sedang berbaring kan?hehe..

Gambar puncak ni pun captured masa dalam kereta on da way ke Kinabalu Park..

Sampai Kinabalu Park, keadaan masa tu memang sangat berkabus..sejukkkkk!!!!

Dari Kinabalu Park, kitorang turun ke Kundasang and singgah kat Desa Cattle Farm..

Masa ni feeling2 macam dok kat New Zealand!hahaha... ^_^

Minum susu lembu kat situ..pergi bagi kambing and lembu2 ni makan..best jugak la..walaupun jalan nak masuk ke sana sangatlah mencabar!!huhuu..

Meh layan gambar ehhh... :)

Kat sini tempat jualan susu lembu and susu kambing..kalu lapar bole la beli snacks macam waffle and hotdog..


Feeding time!!! :D

..My luvly family..
Mama, Abah n Payie.. :)

Ok..kitorang lepak santai kat Desa Cattle Farm lebih kurang 2 jam kot..pastu masing2 dah kelaparan..hihii..

Haruslah turun mencari restoran makanan halal kannn..huhuu..

Since kitorang nak berkelah and bermandi-manda kat Poring Hotspring..so lunch je dekat Pekan Ranau..

Alamak..tak ingat lak nama kedai tu..tapi pilihan makanan adalah sangat banyak..harga pun bole la tahan..

Masa ni hujan agak lebat..

Memang timing sangat kena la..elok je abis makan, hujan dah nak berhenti..

So kitorang stop dulu solat jamak kat masjid sebelum heading to Poring Hotspring..

Poring Hotspring ni dah tak jauh dari Pekan Ranau..lebih kurang 15-20 minit je kot..

Berendam dalam kolam air panas masa suasana sejuk2 lepas hujan ni sangatlah nikmat!!hahaha...

Ok..lupa nak kabo..kalo korang beli tiket masuk ke Kinabalu Park tu, tiket tu jangan dibuang tau sebab tiket tu nanti boleh digunakan untuk masuk ke Poring Hotspring ni..haaa..berbaloi la kan..? :)

Kalo takde tiket tu..korang kena beli tiket lain la nak masuk berendam kat dalam nih!!hihii..

Berasap-asap kolam tu kan?hehe..


Since aku and mak aku malas nak berendam kat kolam luar tu..En.Rahie sewakan satu villa kat kitorang..

Dalam villa tu ada 2 tub air panas and 1 toilet n shower..

Selesa la kita nak bukak tudung and salin pakaian..

Harga pun x mahal..RM10 je kot untuk tempoh sejam..

Anak2 aku kalu main air ni memang sangat suka la..sampai kecut2 jari dibuatnya..hahaha..

Actually banyak aktiviti boleh buat kat Poring Hotspring ni..tapi kami gi berendam dalam kolam air panas jela..malas nak panjat ke atas lagi sebab bawak budak2 kan..?Kalo ikut signboard kat bawah ni..ada canopy walk..waterfall..cave..kalo betul2 nak explore semua..kena stay 1 hari la kat sini.. :)

Ada ke orang panjat sampai Langanan Waterfall tu eh..?!!hehe..

Okla..journey kitorang hari tu abis kat sini jela..

Mulanya nak jugak singgah ke Kolam Ikan kat Tagal Sungai Moroli tu..tapi since budak2 pun dah ketiduran bila naik kereta..so cancel jela niat di hati tu..huhuuu...

Next time abah aku cakap..kalo datang Sabah..kena stay 1 hari kat KK and 1 hari kat Kundasang..baru berbaloi..sebab banyak recreation park kat area Kundasang-Ranau ni..

Actually agak bahaya la kalo turun ke KK lewat petang dar Kundasang ni sebab takut kabus tebal..

Masa kami balik aritu pun..lebih kurang jam 5 petang..kabus dah agak tebal..

Laluan balik dari Kundasang and Kinabalu Park dah mula berkabus tebal masa tu..kalau singgah Desa Cattle masa ni memang tak nampka le lembu2 tu..hihihiii..

Kami yang lain2 semua dah ketiduran sepanjang perjalanan turun ke KK..tinggal abah aku, en.rahie n adik aku Payie je yang bertukar ganti drive kereta..diorang pun letih agaknya..

Sampai KK lebih kurang kul 7 malam..singgah makan dulu kat Waterfront pastu sambung pulak jalan2 kat Pasar Philippines..hehe..

Malam tu kitorang cuma beli2 barang makanan je..amplang n kopok2 sambil survey harga2 keychain n mutiara sabah..

Lepas tu dalam kul 10 malam baru kitorang balik ke hotel...

Letih jangan cakap la..huhuhuu..tapi sempat jugak basuh2 baju sebelum tido..hihihiii...

K la..nanti aku tulis pulak cerita ceriti kami on the 3rd day kat Sabah..

Till then..babai!!!! :)