Wednesday, February 26, 2014

Tavelog Umrah : Part 3 : Jeddah-Madinah

Assalamualaikum..

Panjang lagi sebenarnya cerita travelog umrah kami ni..aku cuba pergi pelan2 ye..huhuu..

Alhamdulillah setelah hampir 10 jam kami berada di atas flight, kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah lebih kurang jam 7 pagi (waktu tempatan)..
Untuk makluman korang, perbezaan masa antara Malaysia dan Tanah Arab ni lebih kurang 5 jam..
Iaitu di Arab Saudi, waktunya adalah 5 jam di belakang waktu di Malaysia..

Ketibaan jemaah umrah dan haji ni akan melalui Terminal Haji..
Masa sampai tu..MasyaAllah..ramai betul umat Islam..
Pelbagai rupa dan ragam..
Proses nak melepasi emigresen mengambil masa lebih kurang 2 jam..
Jemaah lelaki lagi lama..diorang siap kena thumb print la..ambil gambar la..lagi banyak prosedur kena lalui..

Ramai kan?Pelbagai rupa dan ragam..huhuu..

Bila en.rahie dan adiknya en.rahizul selesai urusan emigresen diorang, kami terus diberitahu oleh Mutawif untuk keluar dari ruang legar airport untuk menunggu bas pulak..(padahal masa ni masih ramai lagi jemaah lelaki yang belum selesai urusan emigresen diorang..huhuu..)

Suhu di Jeddah ni agak sejuk..dalam 20 darjah celsius kalau x silap..
Memang ramai orang cakap yang Arab Saudi ni bercuaca sejuk pada suku tahun pertama..
Kami ingatkan sejuk2 manja macam kat Cameron je..rupanya sejuk lagi..hehe..
Sebab tu ramai jemaah dari Turki, Iran, Pakistan ramai yang turun untuk buat umrah sebab pada ketika ini negara diorang tengah cuti musim sejuk..huhuu...


Sejuk kat Jeddah..sebab tu pakat pakai sweater..hehe..

Sempat berselfie dua laki bini sementara menanti ketibaan bas..hihii..

Lama jugak kami menunggu kat luar tu..
Bukan sebab apa..sebab ramai lagi jemaah yang masih belum melepasi kaunter emigresen..
Kena pulak kalau tiba2 pak2 arab ni datang potong queue ikut suka hati diorang..memang akan melambatkan lagi la proses nak keluar tu..even Mutawif kitorang pun terpaksa menunggu kat dalam airport bagi memastikan semua jemaah dah selamat keluar..

So bila dah 3-4 jam menunggu..masing2 pun dah kelaparan..
So kedai ala2 7 Eleven ni la jadi sasaran..
Ada yang makan megi, kebab, roti..haha..nasib kami bawak bekal roti dengan serunding..belasah yang tu dulu la untuk alas perut..hihihiii..

Akhirnya dalam jam 12 tengah hari baru la selesai semua urusan..Alhamdulillah..
Kami menaiki bas pulak untuk ke Madinah..
Rombongan kami hari tu agak ramai..ada lebih kurang 130 jemaah kalau tak silap..
Jadi ada tiga bas yang sedia menunggu kami di luar..

Dianggarkan perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam..
Naik je bas..masing2 pakat sambung tido..haha..letih menunggu kot..
Half way to Madinah, kitorang singgah makan nasi arab n solat jamak zohor-asar di RnR..

Restoren nasi arab..sodap!!free of charge of course..hehe..
 
Lepas makan solat kat sini..alhamdulillah..

Lepas dah kenyang dan refresh dengan wudu' tadi..maka perjalanan kami ke Kota Madinah diteruskan..
Sepanjang perjalanan aku termenung tengok luar..bukit bukau dan padang pasir..MasyaAllah..
Tak sangka Allah tunaikan hajat aku untuk ke sini.. :'(
Memang dari dulu aku cakap kepada diri aku..aku akan rasa sangat bersalah untuk melancong ke oversea kalau aku tak sampai lagi ke Madinah atau Mekah..
MasyaAllah..alhamdulillah dan syukur sangat.. (Trip ke Singapore aritu pun sebab kitorang dapat free menang peraduan..kalau tak..mungkin x pegi jugak Singapore tu..huhuuu...)

Ladang unta
   
Akhirnya kami sampai di hotel penginapan kami iaitu Mubarak Silver dalam jam 6.30 petang..
Since masa ni dah masuk Maghrib, jadi lepas ambik kunci dan naikkan beg ke dalam bilik, kami terus solat Maghrib dulu..
Lepas tu cepat2 bersiap untuk ke Masjid Nabawi untuk solat Isya'..

Okla..aku stop sini dulu..
Nanti next entry, aku akan ceritakan pula pasal Masjid Nabawi ye..

Assalamualaikum... :)






No comments:

Post a Comment