Asyik entry pasal kehilangan je kan dua-tiga hari ni..?
Semalam aku coretkan tentang kehilangan arwah wan aku yang telah kembali ke rahmatullah..
Giliran kita belum tahu bagaimana kesudahannya..
Semalam petang jugak..aku telah disahkan kehilangan anak yang sempat untuk aku kandungkan selama 4 bulan..
Aku sekeluarga terima ketentuan ini dengan redha..
Aku sangat-sangat yakin yang Allah punyai perancangan yang lebih hebat untuk aku sekeluarga..
Alhamdulillah..Allah juga beri kekuatan yang sangat luar biasa untuk aku hadapi dugaan tersebut..tak seperti waktu aku keguguran lima tahun yang dulu..
Ramai yang bertanyakan kenapa keguguran tersebut boleh berlaku..?
Kami tiada jawapannya kecuali semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Esa..
Apa yang penting..hidup harus diteruskan kerana aku punyai dua orang lagi anak yang perukan perhatian aku..so smile!!!! ^_^
Hehe..aku cuma harapkan doa kalian supaya anak di dalam kandungan aku ni boleh keluar dengan sendirinya tanpa perlukan bantuan ubatan atau proses dnc..
Doktor beri tempoh selama 2 minggu sehingga 17 Disember ni untuk baby keluar naturally..
If not..aku kena jumpa doktor balik untuk tentukan kaedah apa yang sesuai untuk aku bagi mengeluarkan anak aku ni..
Seboleh-bolehnya doktor nak elakkan prosedur dnc sebab masa bersalinkan Irsyad, aku penah kena cser..
So risikonya rahim akan jadi lebih nipis kalau dnc diteruskan..
Otherwise..kena masuk ubat la...tapi aku pun x sure kaedahnya sama ke tak macam kena induced..allahua'lam..
Jadi..mohon jasa baik kawan2 untuk sama2 doakan agar segala urusan aku dan anak aku ni dipemudahkan ye..insyaAllah..ameen... :)
..Alhamdulillah aku diuji.. |
No comments:
Post a Comment