Dua hari lepas baru aku cerita tentang kehilangan anak aku..
Pagi semalam dalam kul 4 pagi..aku dah start sakit pinggang dan memulas perut macam senggugut tu..
Aku teringat petua yang kawan aku cakap..
"Ida..mak bidan petua kalau nak bagi anak dalam perut cepat keluar..ko mandi lama2 sampai menggigil...InsyaAllah anak ko cepat keluar nanti..bahaya biar lama2 dalam tu.."
Terus aku kejut en.rahie..
Mula2 darah beku keluar..
Aku masuk shower dan duduk bawah tu dari kul 4.30-6.30 pagi..
Hui...hanya Allah yang tau macam mana keadaan aku masa tu..
Mulut aku x henti2 baca doa Nabi Yunus dan mengucap..
Dalam kul 5 pagi macam tu aku rasa macam nak berry..
Dalam hati terdetik... "dah nak kuar ni.. "
Aku push sikit dan alhamdulillah anak aku
keluar..tapi masih tergantung..nampak tali pusat masih bersambung dgn uri..
lamaaaa aku tunggu....nak tarik aku takut nanti keluar x abis..
Nak dekat sejam lebih jugak kot aku cuba nak keluarkan kesemua uri tu..
Sampai la satu tahap mata aku dah kabur, kaki tangan semua dah lembik...telinga dah mula berdengung...
Aku panggil en.rahie..
"Abang..ya dah x larat..mata dah x nampak.."
"Mengucap sayang..istighfar banyak2..jangan tdo..bangun..buka mata!!"
Sayup2 ja suara en.rahie aku dengar..makin lama makin hilang..
Mengucap panjang aku masa tu..sempat lagi aku mintak ampun kat suami aku..
Sungguh..aku rasa nyawa aku betul2 kat hidung dah..badan aku memang dah lembik longlai..
Ya Allah..selamatkanlah aku Ya Allah..
Aku pitam kejap..
Tak lama...pastu aku rasa ada sedikit kekuatan..aku tarik je uri yg masih tergantung tu..biarlah..dengan harapan nanti akan keluar saki baki tu kemudian..
Darah memang sangat banyak keluar..tumpah darah barangkali..sebab tu aku pitam..
En.rahie pakaikan aku pad dan pimpin aku rehat kat katil..
Dia buatkan milo n nestum untuk bagi aku tenaga sikit..
Tak lupa dia bagi jugak obimin n iron tablet untuk naikkan balik darah aku..
Alhamdulillah...aku sedar balik cuma rasa badan sangat lemah...mungkin sebab dah terlalu banyak darah keluar..
Sementara aku rehat tu..en.rahie bersihkan darah2 kat kain n toilet..
Dia mandi then solat subuh pastu siap2 nak bawak aku gi PPUM..
Aku memang dah abis tenaga masa tu..darah masih banyak keluar macam paip bocor..
Pad n kain yang baru ditukar tadi pun penuh dengan darah..
Sampai cadar dan mattress cover pun terkena darah tu..
Ya Allah. .tapi sabar je en.rahie bersihkan semua tu..
Lepas dah setel semua..dia ambik beg then terus kami ke PPUM..
Nasib mak abah aku ada..so anak2 mak abah aku yang uruskan..
Sepanjang perjalanan daripada Alam Budiman ke PPUM tu..aku masih lagi rasa contraction in every 4 minutes..
Sakit jugak weh..tapi sambil2 tu sempat lagi msg2 dengan group gftseismo..hehe..ambik semangat katakan.. ;p
Sampai je PPUM..terus en.rahie bawak pegi KKWK (Klinik Kesihatan Wanita dan Kanak2)..
Dia ambik wheelchair then terus tolak aku ke Klinik Rawatan Harian Obstetrik..bahagian kehamilan awal..
Masa tu memang darah dah penuh bocor kain dah..abis terkena lapik wheelchair tu..huhuu..nasib la..nak buat macam mana sebab ada lagi saki baki darah dan uri dalam rahim aku tu kan..
Selagi tak keluar abis..selagi tu la darah akan keluar macam paip bocor..huhuu..
Lepas urusan pendaftaran semua setel..bermula la pulak pengalaman kena cuci rahim dengan doktor n nurse..
Sakitttt sangatttt...sampai hampir collapse aku time tu..hampir tak sedar diri..
Bila aku jadi macam tu..lagi la doktor n nurse tu gelabah..
Dah depa gelabah..aku n en.rahie lagi la gelabah.. adoiiii...
Bila aku dah collapse macam tu terus nurse masukkan aku drip..
Tapi bila kita dah collapse...salur2 vena pun turut akan collapse. .
Banyak kali nurse cuba cucuk tangan aku untuk cari vein yang sesuai..
Aku yang separa sedar tu mengucap banyak2 dan berdoa semoga semuanya dimudahkan..
Tak lama lepas masuk drip tu..aku dah sedar sikit..alhamdulillah..
Diorang biarkan aku seketika untuk bagi aku stabil sebelum dipindahkan ke observation ward..
KKWK ni bangunan baru..
Sangat cantik ward dia..memang macam private hospital..
Tapi masih lengang buat masa ni sebab PPUM masih belum buka ward tu untuk orang bersalin...
Katanya start january 2014 baru bukak..patut la tengok doktor2 n nurse2 sibuk susun atur wad tu kalau xde patient yang menanti untuk dirawat..hehe..kesian diorang..tapi memang aku puji doktor n nurse kat wad tu sangat baik n peramah..alhamdulillah... :)
Lepas dipindahkan je observation ward..en.rahie belikan nasi goreng n milo panas untuk aku..
Lapar kottt..plus dah banyak tenaga n darah keluar masa keguguran tu kan..huhuu..
Diorang monitor aku untuk beberapa jam..
Bila aku dah bole jalan ke toilet n darah pun dah kurang..blood pressure pun normal.. Doktor bagi aku discharge jam 1.30 petang tu..alhamdulillah..syukur segalanya dah selamat.. :)
Kami sampai umah 2.30 petang kot..aku lunch n terus tertidur..
En.rahie pas zohor pun terus terlena sampai 6.30 petang..
Kesian suami aku..dari jam 4 pagi tu dia teman aku sampai la bila dah balik rumah baru leh lena..
Terima kasih abang.. :)
Anak kami..en.rahie tanam kat bawah pokok depan rumah je..
Petang tu baru sempat kami belek2..
Subhanallah. .dah cukup sifat anak aku..
Mata, mulut, hidung, kaki, tangan dan jari2 halus dia cukup buatkan kami sebak..
Cuma x berapa nak nampak jantina anak kami tu..
Xpela..takde rezeki dia nak lihat dunia yang penuh cabaran ni.. :)
Cara nak tanam anak pun mula2 kami serba salah jugak..
Sebab ada pendapat cakap if anak tu dah 4 bulan ke atas..baru kena mandi n kafankan..
Kalau masih bawah 4 bulan..memadai bersihkan elok2 sambil selawat, lepas tu balut dengan kain dan tanam sahaja..
Walaupun kalau ikut usia kandungan semasa aku adalah 17 minggu..tapi sebab saiz anak lebih kurang 12 weeks plus je..jadi kami bersihkan dan balut dengan kain putih dan tanam bersama2 uri kat depan rumah je..
Cuma lubang tu en.rahie n abah aku korek agak dalam la untuk elakkan daripada dihidu oleh haiwan liar..
Irfan dan Irsyad sampai hari ni masih dok tanya..
"Mama sakit ke..? Mama makan la ubat ni..nanti mama sihat la.."
Sambil hulurkan obimin dan iron tablet kat aku..mungkin sebab depa tengok sepanjang masa aku berstoking dan pakai baju sejuk kot..lepas tu tidur pulak kat bilik bawah je...tu yang ingatkan aku sakit gamaknya..padahal depa xtau mama depa ni tengah dalam pantang..hehee.. :)
Yang lagi best..bila Irfan tanya..
"Mama..adik baby dah takde ke...? Adik baby p mana..?"
Boleh pulak dengan selamba je si Irsyad cakap..
"Adik baby dah mati laa.."
Huiii..cerdiknya dua2 beradik ni padahal takde sape pun sebut pasal mati ke apa..tapi depa pun dah bole berfikir kot kan? Huhuhuu.
Semoga anak aku tenang dan bahagia kat sana..
Mama dan abah redha dengan pemergianmu nak..
Mama abah percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita sekeluarga..InsyaAllah...ameen... ^_^
No comments:
Post a Comment