Saturday, July 5, 2014

Kala rindu bertamu..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..seminggu sudah kita menikmati kemanisan bulan Ramadhan..
Sekejap je..
Dan hari ini juga..5 Julai 2014, genap sebulan arwah abah pergi menghadap Ilahi..
Rindu..?memang rindu..
Nampak je aku ceria..tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu..
Rindu tu makin kuat terutamanya tiap kali aku berada di meja makan..kerna setiap kali time makan,arwah abah akan duduk betul2 setentang dengan aku.. :'(

Suka benar arwah makan walaupun apa yang aku masak tu xdela sedap sangat..
Kalau arwah tahu aku masak,memang dia xkan makan banyak kat luar even kat umah adik kandung dia sendiri..sebab abah faham aku akan merajuk kalau dia x jamah sikit pun masakan aku..huhuu..

Photo of three generation..last pic of us..

Ya Allah..Kau peliharalah abahku di sana..
Kau ampunilah segala dosa-dosanya..
Kau terimalah segala amalannya..
Kau luaskanlah kuburnya..
Kau jauhilah seksa kubur baginya..
Kau sampaikanlah doa dan salam rinduku padanya..
Sesungguhnya hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan tatkala aku rindu padanya..

Al-fatihah untuk abah..
Tenanglah abah di sana..
Ameen..

Friday, June 13, 2014

Innalillah..perginya seorang Abah.. :'(

Assalamualaikum..

Baru beberapa minggu lepas aku post pasal keadaan kesihatan abah aku yang makin kritikal..
MasyaAllah..sekejap sahaja Allah panggil Abah pulang..
Innalillahiwainnailaihiroji'un..
Kehilangan yang sangat dirasai oleh kami semua..
Allahyarham pergi setelah usai mengimamkan solat Zohor berjemaah di Surau Mydin Mall USJ..
MasyaAllah..begitu mulia dan senangnya arwah pergi..
Semoga arwah abah tenang bersemadi di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..ameen.. :'(

Ya Allah..Kau ampunilah dosa-dosa abahku dan Kau terimalah segala kebaikannya serta Kau tempatkanlah beliau di kalangan para solihin..ameen.. :'(

My Way by Frank Sinatra

And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, I'll say it clear,
I'll state my case, of which I'm certain.

I've lived a life that's full.
I've traveled each and ev'ry highway;
But more, much more than this,
I did it my way.

Regrets, I've had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exception.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

I've loved, I've laughed and cried.
I've had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
"No, oh no not me,
I did it my way".

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way! 
 
Antara bait-bait lagu terakhir yang dinyanyikan oleh arwah enam hari sebelum meninggalkan alam fana ini..
Yes..You did your way abah..
Aku tak mampu nak coretkan banyak cerita hari-hari terakhir sebelum arwah pergi meninggalkan kami..terlalu sedih..
Ya Allah..kuatkanlah hati kami dan titipkanlah rasa redha dalam hati2 kami untuk meneruskan kehidupan tanpa seorang abah..
Kau kuatkanlah hati mamaku untuk meneruskan hari2nya tanpa insan yang bergelar suami..
Kau dekatkanlah dirinya dengan diriMu supaya hidupnya lebih tenang dan aman menghadapi hari2 yang mendatang..
Ameen..

Monday, May 19, 2014

Tolong Doakan Abah Saya..

Assalamualaikum..
3-4 hari lepas kami sekeluarga terkejut dengan berita abah aku koma..
Kesian sangat aku tengok dia..
Hampir 4 hari jugak kami berdepan dengan saat2 genting..
Tapi alhamdulillah he's getting better..
Cuma masih belum kuat..
Mohon jasa baik semua untuk doakan kesihatan abah saya ye..tqvm!!

Saat2 genting masa abah koma..10 minit jugak jantung abah terhenti..

Alhamdulillah he's getting better..

Doakan abah saya cepat sembuh ye..ameen..

Sunday, May 11, 2014

Jalan2 naik tren sempena Mother's Day..

Assalamualaikum semua..
Selamat Hari Ibu..

Weekend ni kitorang memang plan nak bawak anak2 naik tren pun..
Dah lama janji..so kena la tunaikan sebabnya daya ingatan anak2 yang masih suci ni amatlah kuat..
Hehe..so macam biasa kalau naik tren, kereta memang kitorang akan parking kat ofis aku kat PJ then naik LRT kat Taman Jaya..

Orang yang paling happy memang anak2 la walaupun ini bukan kali pertama diorang naik tren..
Tapi setiap kali impian diorang tu ditunaikan..seronok bukan kepalang lagi..hehe..
Alhamdulillah..kami happy bila diorang happy.. :)


Cheeky faces.. :)
 So seperti biasa memang kitorang akan jalan2 kat KL Sentral je..
Tapi kali ni kami terkejut sket sebab rupanya dah ada mall kat KL Sentral nih..hahaa..
Nu Sentral namanya..kikikii..
Nampak sangat lama tak berkunjung ke KL Sentral ni..heee.. ^_^ 

Duduk depan sekali tu..jadi co-pilot..haha!!

Nu Sentral
 Kitorang window shopping je..niat asalkan nak bawak anak2 jalan2 je..hehe..
Lepas lebih kurang 3 jam kot kat sana..kitorang pun balik..
Budak2 ni pun macam dah ngantuk..
Tapi sebelum balik umah, sempat lagi singgah kat SS2 Mall sebab En.Rahie cakap ada Warehouse Sale Adidas..hahaaa..
Lama dah aku rasa tak jejak mana2 warehouse sale ni..hehee..
Tapi since aku pun memang nak cari sport shoes..so layankan jela..
Akhirnya..terbeli jugak satu..

Hadiah Hari Ibu..katanye..hehe..tq encik suami..semangat terus nak lari atas treadmill..haha..
Till then..byebye.. :D



Saturday, May 3, 2014

Resepi Apam Mekar Gebu Gebasss...

Salam semua..
Apa khabar arini?
Hehe..arini chef Ida bersiaran lagi dari dapur keciknya.. :)

Menu apa nak buat?
Haa..meh Chef Ida share satu resepi yang sangat senang tapi amat lazat!!haha..
Masuk bakul angkat sendiri daa... *____*
Hahahaa..xpela angkat sendiri pun..janji korang dapat satu lagi ilmu masak memasak ni..kannn? :D

Apam mekar..comey tak..?hahaa..

 Haa..meh aku share bahan2 yang diperlukan untuk buat apam mekar gebu gebas nih..

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh ovalett
1 cawan air ais krim soda (brand F&N)
2 cawan tepung gandum
sedikit esen vanila
Pewarna kesukaan
paper cup

Bahan2 yang diperlukan
 Kekdahnya pula adalah seperti di bawah :

1. Pukul telur n gula sampai hancur n kembang
2. Masukkan ovalett sampai adunan jadi putih gebu
3. Masukkan esen vanilla
4. Pastu masukkan air ais krim soda
5. Pukul sebentar then masukkan tepung & pukul sampai sebati
 6. Lepas tu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian then letaklah kaler kesukaan puan2..
7.Pastu masukkan ke dalam paper cup pastu kukus dalam tempoh 10 minit dengan api sederhana

Putar je semua bahan sampai gebu

Bahagikan adunan untuk letak kaler kesukaan..
 

Okeh..kat sini aku nak share beberapa tips la..

1. Paper cup tu better letak dalam loyang paper cup baru apam kembang gebu elok


 2. Air ais krim soda tu make sure baru bukak..so gas dia banyak dan apam akan mekar n jadi cantik..
3. Air dalam pengukus tu make sure betul2 dah panas supaya apam naik elok


 4. Tudung pengukus tu better balut dengan kain supaya air tak menitik atas apam..





Satu adunan ni banyak jugak dapat..sebab aku guna papercup yang comey2..
 5. Tips yang terakhir..makan dengan nyok..or kelapa parut..lagi mabeles!!Tips nak bagi nyok tu tahan lama..korang kukus nyok tu dulu dengan garam sedikit untuk bagi rasa..then baru hidangkan dengan apam mekar ni..Ya Allah..sedap sangat tau tamabh2 makan time ujan2 mcm sekarang ni..yummeh!! ^_^

Selamat mencuba!!! ;P

Thursday, May 1, 2014

..:: Zoo Melaka : 1 Mei 2014 ::..

Hi alls..
Assalamualaikum..
Kejap dah masuk bulan Mei kan?
So..dah alang2 ni aku nak ucaplah Selamat hari Pekerja untuk sape2 yang bekerja..haha..

Actually trip ke Melaka ni memang out of plan pun..
Aku ingat nak dok bersantai2 je kat umah..
Tup2 lepas subuh tu En.Rahie tanya.. "Melaka..jom..?"
Hahaha..bole cenggitu..? :D
Dah dapat bini n anak2 yang suka berjalan..laju jela aku cakap..jom!!hahahaa..
Siap dah buat plan nak ke sana ke situ ke sinun lagi..sabor jela.. ;p

Gi Melaka ni pun sebab En.Rahie nak deliver polisi client dia..
So sebab Labour Day kan..dia rasa tak best la nak tinggal kami semua kat umah..
Maka..angkutlah semuanya sekali..hihii..

Settle hal keje En.Rahie dalam kul 1pm macam tu..
Nak terus singgah zoo, macam panas sangat lagi..
So lepak2 KFC dulu isi perut..dalam kul 3pm macam tu baru kitorang ke Zoo..



Their fav..set nasi ayam with soup..hihii..

Lepas dah makan semua..singgah solat siap2..lepas tu baru kitorang ke Zoo..
Mak aihhh..ramai kottt..
Panjang jugak beratur nak beli tiket..
Tapi sebab anak2 dah eksited..tahankan jela..huhuu..



Kitorang jalan2 dalam zoo naik tram je..
Sebab Irsyad masa ni tak sihat sangat..ada la kot 3 kali jugak dia muntah2 dalam kereta..
Daripada nak jalan2 sampai ke Bandar Melaka sana..tapi end up bawak diorang pegi Zoo je..
Korang tengok muka dia dalam gambar ni pun nampak tak bermaya kan?huhuu..
Get well soon dear..


Sebelum balik tu sempat layan diorang main bubbles dulu kat padang.. :)

So dari Zoo kami gerak balik ke Shah Alam dalam kul 6 petang..
Jadi la lawatan sekejap ke zoo ni..hihiii..
Apa yang boleh dikatakan, binatang yang ada kat sini lebih kurang je dengan yang ada kat Zoo Negara..
Tapi harga tiket lebih murah kat sini..

Okla...sekian dulu ceritera zoo kami kali ni..
Kalau rajin nanti aku tulis lagi eh..
Byeeee... :)

Wednesday, April 30, 2014

Short family trip to Penang..27-28 April 2014..

Trip ke Penang ni memang aku dah plan awal lagi..
Ada dua sebab..
Sebab pertama adalah untuk bawak anak2 aku jalan2 since aritu umrah n cruise diorang kena tinggal..hehee..
Sebab kedua ialah mak depa ni teringin sangat nak naik merasmikan Jambatan Sultan Abdul Halim a.k.a. Jambatan Kedua Pulau Pinang..hahahaa..
Jadi dah alang2 tau nak balik Kedah untuk wedding adik aku ni, trus la kami decide untuk booking siap2 hotel..sebab aku ni kalo bab2 nak bercuti,aku jenis orang yang kena plan dari awal..
Memang selalunya aku akan jadi mastermind nak booking hotel ke,flight ke, sampai la aktiviti2 untuk dibuat masa holiday tu..kikikii..skema x aku..?Bukan apa..kalo tak well planned,tak ke rugi masa kita tu?hehehee..

So hotel pilihan aku ialah..The Gurney Resort Hotel & Residence..
Betul2 mengadap laut..
Hotel ni menjadi pilihan kerana lokasinya yang dekat dengan Gurney Drive..dekat dengan Padang Kota..swimming pool kanak2 yang sangat cool serta biliknya yang sangat luas plus ada jacuzzi dalam setiap bilik dia..
Harga takde la mahal sangat tambah2 kalau kita guna government rate..
Okla dengan kepuasan yang kita dapat tu..berbaloi2..hehehee..

Mula2 sebelum book, memang aku dah tanya dalam whatsapp family aku..ada sapa2 tak nak ikut holiday ke Penang ni sambil2 release tension..
Tapi semua x available..abg n adik aku Anis isnin tu dah keje..
Mak abah aku lak takut letih dengan kenduri..
Pengantin baru takut bz nak buat lawatan muhibbah ke rumah sedara mara since diorang pun cuti kejap je..
Adik aku yang bongsu Aiman tu nak je ikut tapi kalo ada orang bawak la..hahaa..

So lastly aku book jela untuk my sweet little family je..hehehee..
Tapiiiii..pada hari kejadian tu..masa kitorang dah otw nak naik ferry,tetiba mak aku call kata diorang (mak abah aku,Payie, Wanie n Aiman) pun nak gi jalan2 Penang..
So terus la aku ajak singgah hotel n mandi swimming pool..hehehee..
Tapi bila mak abah aku tengok je bilik hotel n facilities yg ada,depa terus berkenan..pastu terus je pi check bilik ada kosong ke tak..hehehee..lawak la mak abah aku ni.. :D

Tapi..aku memang seronok sangat la dapat kumpul ramai2..
Yang penting semua orang happy... :)


Ada jugak feri warna biru ye sekarang..sepanjang ingatan aku ni, warna kuning je kalo feri..hehe..

Kusyuk nengok feri.. :D

Hahahaa..sempat selfie anak beranak.. ;p

Nasib tak ramai orang kat swimming pool..syok betul diorang mandi..hehe..

Ada pasir jugak kat swimming pool tu..and yang atas tu pool untuk orang dewasa..swimming pool tanpa sepadan..haha..macam air tu jatuh terus ke bawah je kan? ;p

Our room and jacuzzi..bilik kitorang ni attached dgn bilik mak abah n adik2 aku..
Malam tu kitorang dinner kat Padang Kota..
Order laksa penang, sotong kangkung, pasemboq, kerang bakaq n ayaq nyok..hahaa..
Tak dan nak snap gambaq sebab masing2 macam dah kelaparan sangat..hihiii..
Lepas makan tu terus je ke Batu Feringghi Night Market..
Aim memang nak beli dvd je..buat habuan budak2 ni tengok dalam kereta..
 Memang murah la..6 dvd RM20..
Kualiti gambaq memang tiptop!! :)





Batu Feringghi Night Market..macam2 ada.. :)


Lepas shopping kat Night Market tu, kami balik je ke hotel..
Budak2 ni dah letih benar dah sebab tahan mata tak tido sepanjang hari..huhuu..

Esoknya tu..takde aktiviti sangat ..
Budak2 jela lepas gian mandi jacuzzi sampai kocut..haha..
Lepas check out mula2 nak pi pekena nasi kandaq..
Tapi abah aku lak teringin nak makan Nasi Padang Minang..hehe..
So terus la kami ke sini..
Lauk memang banyak sampai tak tau nak pilih..hihii..
Orang pun ramai..maksudnya memang sedap la kotttt..

Restoren Nasi Padang Minang..

 Lepas dah isi perut semua..
Kami pun berpisah kat sini..
My little family terus nak balik ke Shah Alam n family aku yang lain balik ke SP balik..
Tapi sebelum tu...singgah pekena ABC dgn cendol seround kat tepi pantai..hahaha..

Tudiaaa...Jambatan Sultan Abdul Halim memanggil2 dah kat belakang nuuu..hehe..

Pis!! (",)v

 Next..tibalah masanya untuk kami merasmikan Jambatan Kedua Pulau Pinang ni..
Panjang habaq hang...patut la tol masuk dia mahal sket dari jambatan lama..haha..
Tapi okla..perjalanan jadi lebih dekat sebab terus masuk ke Perak bila sampai ke tanah besar.. :)

..Penang 2nd Bridge..
Okla..itu je la yang aku nak cerita..hahahaa..
Nama ja lahir kat Penang aku ni..tapi jujur aku bagitau yang aku sendiri tak abis round Penang lagi..kihkihh..
Nanti la..bila2 balik Kedah n ada rezeki lebih, leh singgah lagi.. :)
Till then semua..
Assalamualaikum.. :)