Thursday, April 18, 2013

Mini Convention on Team Excellence 2013 @ Hotel Singgahsana, PJ

Assalamualaikum semua...

Dah lama berlalu sebenarnya Mini Convention ni..

Event berlangsung pada tanggal 2 April 2013 bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya..

Ianya merupakan acara tahunan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)..

Objektifnya adalah untuk memupuk dan menggalakkan aktiviti kreativiti dan inovasi di kalangan agensi yang bertanding.

Pada tahun ni, sebanyak 11 agensi yang bertanding terdiri daripada 2 agensi kerajaan iaitu JMM dan KPDNKK dan 9 lagi dari agensi swasta.

Huhh..hebat-hebat betul inovasi diorang ni..especially dari private sectors..

Terus jauh di sudut hati aku..team Tsunami ni kena polish banyak lagi..

Ops..lupa nak cerita...

JMM  diwakili oleh team Tsunami..team kitorang la tu..hihii..

Kami mempertaruhkan produk pembangunan sistem berasaskan web dikenali sebagai Decision and Dissemination Support System (DADS)..yang berfungsi untuk menyebarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami dalam tempoh kurang daripada 10 minit..

And Alhamdulillah team kami telah dianugerahkan Anugerah Emas di atas inovasi tersebut..

Kira okla kan untuk first timer macam kitorang ni..hihiii..

Yang bagusnya..bila masuk pertandingan macam ni..baru kita nampak apa itu sebenarnya ICC or KIK ni..

Banyak sebenarnya kitorang kena belajar and polish balik kalau betul-betul nak masuk bertanding peringkat kebangsaan..

Sebab pasukan yang memenangi Anugerah Emas ni sebenarnya layak untuk bertanding ke peringkat kebangsaan tau..hehe..

Okla..kat bawah ni aku ada letak beberapa keping gambar kenangan Team Tsunami.. :)


Team Tsunami

Jelitawan team Tsunami.. ^_^

Okla  korang..
Aku stop sini dulu ye..byk keje sebenarnye ni...hahaa..daa... :)

Monday, April 15, 2013

Hectic Sunday : Part 3 : Bersantai di petang Ahad

Salam uolsss...

Wah..x abis-abis lagi entry Hectic Sunday i ni eh..
Hahahaa..aku pun dah penat nak ngarang sebenornye..
Tu yang dah bape hari terperap kat draft tu..haihhh... :p

K la..kita sambung lagi..

Kitorang dok kat Aquaria KLCC sampai kul 2 lebih rasanya..
Masing-masing dah kepenatan..macam la semuanya berlari 5 round Tasik Sri Tilia tu..huhuu..
Korang boleh bayangkan tak..Irsyad keluar je dari Aquaria dah tertido dalam stroller..
Irfan sebaik saja masuk kereta..dah terlelap..padahal x bergerak keluar dari parking KLCC lagi tu..
Me and en.rahie..masing-masing dok sangap sepanjang perjalanan balik dari KLCC ke Shah Alam..
And yang bestnya..kami bole stop kat Petronas Bukit Jelutong dulu..then tido sampai sejam..!!
Hahaha...penat tak penatnya kitorang hari tu...
Padahal dari Petronas tu ke Alam Budiman dalam 15 minit je kot..adoyaiii..tepuk dahi!

Tapi tu la..better macam tu kan..
Daripada en.rahie gagah jugak nak drive walaupun mengantuk..
Baik tido dulu lagi bagus..keselamatan pun terjamin..ye dak?hihii..
En.rahie tersedar dari tido rasanya dah 4.30pm kot..
Then teruslah dia memecut Lamborghini buatan Malaysianya tu terus balik ke rumah..yang hanya sekaangkang kera je lagi tu..

Sampai je umah petang tu..masing-masing dalam mode kemalasan lagi..
Pas rehat-rehat..gi mandi bagi fresh balik..
Aku goreng kopok..nyums!sedap aih...hidang pulak dengan sos n air kopi...
wah...santai betui..
kalau kat kampung ni..dah bawak keluar minum petang kat pangkin dah ni..
sambil layan angin bendang yang sepoi-sepoi bahasa..haha..nyamannya... =D

Sambil-sambil tu..en.rahie dok semai pokok asam klendar yang dia bawak balik dari kampung aritu..
korang penah dengar nama pokok asam klendar ni?
Kalau ya..aku tabik spring la kat korang...huuu..
Sebab aku sendiri pun x penah dengar nama pokok ni sampai la aku kawen dengan en.rahie..
Aku tanya en.google pun dia x tahu tau apa tu pokok asam klendar..hahahaa..
And this little helper turut sama-sama membantu apa yang patut..kihkihkihhh..



En.rahie bercita-cita kalau pokok ni membesar dengan jayanya..dia nak tanam kat laman luar tu..
Nak ganti pokok sedia ada yang ditanam oleh developer..
Kita doakan ye.. :)

Haaa...habis sudah cerita merepekku tentang Hectic Sunday kitorang..
Malam tu masing-masing tido awal..
Nak bangun keesokannya tu..aduhaiiii..liat betul!!hahaa..daaa... ^_^











Friday, April 5, 2013

Hectic Sunday : Part 2 : Aquaria KLCC

Wahh..kita sambung lagi..

Okeh..pas kitorang beriadah pagi tu..bole refer post ni ye..
Aku saje la ajak en.rahie gi jenjalan ke KLCC pulak..
Lama gila aku tak ke sini rasanya..
Lagipun aritu aku ada beli voucher Aquaria kat groupon..
Memang voucher ni valid sampai next year..
tapi since aku beli voucher untuk 2 adult je..and Irfan pulak 19 Mei nanti akan masuk 3 tahun..
so kena la guna voucher ni sebelum dia 3 tahun..
sebab kalau kids aged 3 years and above..dah kena bayar ikut harga budak2..
Hihihiii...jimat tul mak dia!!kihkihhh...

Maka..bergerak la kitorang satu family ke KLCC dalam kul 12pm tu...
U olss jangan tak tau..kalu kita beli tiket Aquaria ni thru online..tak kisah la groupon ke, LivingSosial ke..or dari mana2 online deals la..kita bole skip Q u..haa.. terus je ke online redemption counter..
Jimat masa and tenaga!haha..i loike! ^_^

Haa..ni la priority lane yang i cakap tuu...

Aquaria ni bagi aku..okla..berbaloi dengan harga dia..
Banyak sangat khazanah alam dan makhluk ciptaan Tuhan kat situ..
Yang jarang-jarang kita tengok pun ada..
Bukan setakat hidupan laut je tau..
Hidupan darat pun ada gak..tapi more to reptilia type la..
Irfan and Irsyad soooo amazed with those creatures..
Mak depa pun sama naik gak sebenarnya..haha..
K la..korang layan gambar eh...






Daaa... (",)v

Sunday, March 31, 2013

Hectic Sunday : Part 1 : Riadah family di pagi Ahad

Morning uolsss...

Haa..dah brekfast?

Kami..alhamdulillah..baru lepas..kenyang!hehe..

Takde apa nak merapek kat blog ni..
so keluar la post aktiviti hujung minggu bersama keluarga tersayang..
hahaaa..panjang kau tajuknya..siap ada part 1,2,3 lagi..heee... ^_^

Biasa la..anak-anak aku ni pagi2 buta dah bangun..
Kita bangun solat subuh..diorang pun automatik akan terjaga..dah biasa agaknya kan..?
So..itu yang selalunya pagi2 kitorang akan keluar ambik angin pagi..
Kalu slalu en.rahie soh bersiap kuar brekfast..tp pagi td dia soh kitorang siap nak gi jogging..
hahaa..dah muncit katanya perut 6 pax dia tu.. :P

So apa lagi..malas nak gi jauh-jauh..kitorang beriadah kat Tasik Sri Tilia kat taman kitorang tu je..
Irfan n Irsyad naik beskal masing-masing..
Half way je tuh..sampai separuh tasik diorang malas dah nak mengayuh...
Masing-masing syok berlari lagi..aduii..
Last2 akakk jugak yang kena pimpin beskal tuh..huuu..

K la..korang layan je gambar ni ye...
Salam hujung minggu... (",)v


Saturday, March 30, 2013

Sepetang di litar go-cart..

Hehehee..selamat berhujung minggu uolss...

Haa..nampak go-cart tu?

Actually saje kitorg lepak sini petang semalam pas balik dari tesco..
Sebabnya..nak pujuk si irfan merajuk..huu..
Litar go-cart ni dekat dengan stadium shah alam..
Ramai jugak orang sebenarnya..
Time panas2 terik pulak tu...tak sanggup makk..huhuu..
So kitorang lepak je di bawah sepohon pokok yang rendang..di tepi jalan utama..
Asal anak2 bole nampak n dengar bunyi berdengung go-cart tu..okla..hehe..

Meh aku cite serba sedikit tentang litar go cart ni..
Actually ia terletak di Taman Sukan Lasak Shah Alam, Seksyen 13..
Banyak sukan yang disediakan kat sini..
Selain sukan go cart..ada jugak litar permainan basikal BMX, wall climbing and skateboard..
Paintball pun ada uolsss...
Tapi aku x tahu la bape fi yang dikenakan untuk setiap satu permainan tu kan..mungkin korang bole google sendiri..hehhee..

Okla..aku sign off dulu..
Daa... ^_^



Wednesday, March 27, 2013

Selamat Pengantin Baru Jia & Akmal.. ♥

On her big day...yayy!!





Assalamualaikum...

Hai semua...
haa...cantik dan sesuai x pasangan merpati dua sejoli ni..?

Hehe..ratu sehari yang cun tu sepupu aku..Nurul Nadia Mohd Bashir nama dia..
Seorang pharmacist. .
And the groom name is Muhammad Syaiful Akmal Mohd Razi..
Seorang timbalan pendakwa raya..hihii..
Sangat cute and comel mereka ini.. ^_^

To Jia and Akmal..
Selamat Pengantin Baru..
Kakya doakan semoga hubungan korang akan diberkati Allah dan berkekalan sampai ke syurga. .ameen...
Seperti biasa..meh kita layan gambar ..zassss...(^^,)

Diorang nikah on Akmal's birthdate..senang nak ingat tarikh anniversary kan..hehee..
Sesi membuka hadiah...wee.. ^_^
My happy family..abg adi, payie n aiman not in this pic..huu..

Thursday, March 21, 2013

World Meteorological Day 2013

Hai hai haiii..arini I bersiaran dari Kuala Pilah uolllsss..

Hehe..jauh kan?
Sebenarnya hari ni adalah sambutan Hari Meteorologi Sedunia..
Tapi mesti korang tertanya2 kenapa Kuala Pilah kan?
Kenapa tak buat kat area kuala lumpur selangor je kan..?
Sebenarnya ada sebab..
Sebabnya..jabatan kami nak rasmikan jugak Pejabat Meteorologi Kuala Pilah..
Sebab tu le jauh kami datang ni haaaa...

Untuk pengetahuan korang..WM Day ni akan disambut setiap tahun pada tanggal 23 Mac di seluruh dunia..
Tahun ni tiga sambutan akan dibuat di Malaysia iaitu di Kuala Pilah, Miri dan juga Labuan..
Dengan bertemakan 'Watching The Weather To Protect Life & Property'
ataupun 'Pemantauan Cuaca Untuk Perlindungan Nyawa & Harta Benda'..
Kami di Jabatan Meteorologi Malaysia memang komited dalam pemantauan cuaca, gempa bumi dan tsunami..
Kami bekerja 24-7 dengan 2 syif setiap hari setiap malam..

Chewah..kemain betul aku promote jabatan aku ni eh..hehe..
Mana la tau kot2 ada adik2 di luar sana yang teringin nak join service kat sini..
Ok je..dialu-alukan..hehe..

Okla..aku pun tak nak bebel panjang2 since aku kena handle pertandingan mewarna lak lepas ni..

Jumpa lagi...daa.. (^^,)