Monday, July 8, 2013

Archery's Day Out @ Star Archery Sunway Pyramid..

Wahhh..ini adalah entry kepams ye..
Hehehee..blasah jela kan..bukan basi pun..hihii..

Actually takde la kepam sangat..sebulan yang lepas je..
Aku beli deals voucher kat Mydeal..
Murah tauuu...RM18 je untuk 78 arrows..
Kalau normal price..

Normal price for non member
Harga untuk member Stars Archery

Kannn...bezakan harga deals yang aku dapat ni dengan harga sebenar?
Even lagi murah berbanding dengan membership package tu..
Aku beli voucher ni dua..sebab mmg aku niat nak belanja family aku main sama..
Time2 camni la leh kumpul adik beradik kann..?

So..kitorang pegi main ni bila mak abah aku datang kl..
Venuenya adalah di Stars Archery Sunway Pyramid...kat level F1..
Bersebelahan je dengan Sunway Mega Lanes..tempat main bowling tu..hihii..

Since beli dua voucher..dapat la 156 arrows..kitorang pun main sorang 26 arrows..
Tapi mak aiiii...bole tahan gak tu...
Lenguh gak la lengan aku yang sasa ni kan...heuu...

Pakej ni include sekali la dengan safety gears semua..

En.Rahie sedang dipasangkan dengan safety gear oleh staff Stars Archery
Kalau nak main satu group camni, kena ambik turn..
Sebab sekali game jalan..dia akan jalankan serentak dengan yang lain2..
Senang kot diorang nak mengemas arrows yang jatuh bertaburan kat lantai tu...
Yang datang aritu..
Family aku, family abang adi and family anis..termasuk mak n abah aku la..
Dua lagi adik aku tak dapat join..ada komitmen lain katanya...heheee..
Jom layan gambar... ^_^

Tunggu turn nak main
Abg adi n kak long..
Syoknya diaaa... :D

Player of the day..adik aku anis xde dalam ini gambar..sebab lambat sampai..


Hahaa..bole la daripada takde! :D



Family picture..
Overall..best la aktiviti ni...
Walaupun ni first time kitorang main..kecuali abah aku la..
Tapi...sangat puas hati!!
Bole arrange buat aktiviti dengan the cousins la pulak pasni..hihiii...
Lepas dah berentap kat lapangan memanah ni..kitorang ending up dinner kat Ayam Penyet...
Ni abang adi lak belanja..hahaa..thanks bro!! :D




Ending up @ Ayam Penyet...
Till the..babbaii!!! ^_^

Friday, June 28, 2013

Mini Gathering @ Flaming Steamboat Bandar Sunway


FlamingSteamboat Buffet, Bandar Sunway

Bole tak aku nak cakap yang ni first time aku menjejakkan kaki ke Flaming Steamboat Bandar Sunway ni..hehe..
Lama dah dok ushar nak pi Flaming Steamboat ni..tapi masa tu dok ada isu halal tak halal kan..
So..asyik tertunda je niat tu..
Tapi sekarang tidak perlu ragu lagi sebab sah-sah dah ada sijil halal JAKIM... ^_^

Actually mini gathering ni pun ad hoc plan..
Berwhatsapp pagi tu dengan member2 lama..terus decide nak jumpa dan bergathering kat sana..
Siap booking tempat awal2 lagi sebab takut penuh..

Macam aku dengan farah..memang selalu gak jumpa sebab dok satu taman..
Memang rapat..nama bapak pun sama..sampai kawan2 kat skolah dulu pernah tanya.. "Hampa dua ni kembaq ka..?" hehee..
Sekarang ni dia mengajar kat Johor..itu yang agak susah jugak nak jumpa tu..

Fiza pulak satu sekolah rendah n pernah sama kelas masa form 1 sekejap..
Rasanya last aku jumpa dia masa dia kawen dulu..tu pun tak sempat nak sembang panjang..
Last few months ni baru dapat keep in touch balik then baru tau rumah kami dekat je sebenarnya..
Dia kat Kapar n aku lak dekat dengan Meru..haha..what a small world!! :)

Dari kiri : Farah and Fiza.. :)

Okeh2..back to the main story.. :)
Kami janji nak jumpa kat Flaming tu lepas maghrib..lebih kurang pukul 8malam..
So..aku dari rumah solat siap2 then baru gerak..
Padahal ada je surau disediakan kat situ..kat tingkat atas ye.. :)

Sampai sana..si Farah n Fiza dah sampai..
Kami dapat meja kat tingkat atas..
Wahhhh...excited tau jumpa kawan2 sepermainan masa kecik2 dulu..
Sama2 belemoih main petang2..ngehhh.. :D
Sekarang masing2 dah ada family sendiri..hihiii..

Harga Flaming ni..RM28.50 untuk dewasa dan RM10.90 untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas..
Sila bayar dulu sebelum makan ye..hehee..
First impression aku bila tengok seafood yang ada..
Waaaa...banyakkkk sangat pilihan..
So pada aku..memang berbaloi la dengan harga dia yang cenggitu..x rugi langsung!hihii..

First round..heee... :D

Tomyam and soup..

And..untuk pengetahuan korang..setiap booking hanya akan diberi masa sehingga 2 jam je untuk dok kat meja tu ye..so kitorang ada masa sehingga jam 10pm..
Mungkin sebab ramai sangat customer..sebab tu diorang buat sistem macam tu kot kan..?
Tapi..okla..bagi aku kalau 2 jam tu dah cukup sangat untuk kita makan n sembang2..

Kitorang dapat 2 pot steamboat..
Lepas dah salam2 n peluk cium semua..apa lagi..gi terjah fridge dia la..
Ambik segala seafood yang ada...
aduyaiiii...makan tak hengat!!!
Patut la kolestrol aku tinggi..high risk tau..hukhukkk.... :'(
Tapi nak bat camne..en.rahie lak asyik dok ulang alik je ambik seafood..rugi la kalu tak makan kan..?hihii...

Selain daripada seafood diorang yang meriah tuuu...ada lagi banyak pilihan makanan..
Ada nasi goreng, bihun goreng, ayam goreng rempah, lauk2, rendang ayam, kuih-muih...
Lagi...ada ais krim pelbagai perisa..nyummss!!! :)
Then..ada mashed potato..yang buat sendiri tau..sedapp..tapi terlalu creamy la bagi aku..
Ada ais kacang..buat sendiri jugak okey..hihiiii...
Lai chi kang..dim sum..dan banyak lagi la...
Tak mampu den nak sebut semuanya kat sini...
Memang sangat berbaloi dengan harga dia...patut la selalu penuh...hmm.. :)

Mi familia... :)

Fiza and husband

Farah's family..
Humaira buat ais kacang..
Tong mesin warna kuning sebelah mesin buat ais tu..mesin buat mashed potato.. :)

Angry bird and nemo nuggets.. :D

Dalam banyak2 tempat steamboat yang penah aku try...
Flaming is the best kot...
Kalau yang kat MAEPS tu..ok jugak..tapi seafood dia tak berapa banyak...
Dia lebih banyak frozen je..macam sosej..crab meat..dan yang seangkatan dengannya...

Kalau Johnny's pulak..ciput sangat portion dia..
Tambah pulak sekarang timbul isu yang logo halal Johnny's tu bukan daripada JAKIM..
Lagi la..tak sedap hati nak makan sana..

Lain2 steamboat restaurant especially kat Sungai Petani yang penah kami try..biasa2 jela..
Just nice dengan harga dan portion yang diberi.. :)

Okla..banyak pulak aku bebel..
Jom layan gambar and kenal2 dengan kawan2 aku tu..heeee...

..My little family..

Farah dan kaum kerabatnya..

Sweet couple husband and wife..

..Us..


Teringin lak nak bukak posa kat sana Ramadhan ni..jom..sapa nak join?!!!! ^_^



Friday, June 21, 2013

Kuasa Minda Positif

Salam Jumaat everyone...

Hari ni saya tak nak bebel panjang-panjang..cuma nak share sedikit ilmu yang saya dapat dari Ceramah Peningkatan Nilai-nilai Murni pada hari Selasa lepas..

Tajuknya ialah..Kuasa Minda Positif..
Ceramah ini telah disampaikan oleh En. Hasrizal bin Zainul dari INTENGAH..

Ok..meh kita lihat apa yang dimaksudkan dengan Kuasa Minda Positif ni..  ^_^





Haa..betul tak apa yang dimaksudkan dengan penakrifan kuasa minda positif ni?
En. Hasrizal minta kita ambil satu contoh mudah je..
Katakan pada suatu hari,  surat khabar keluarkan satu berita mengenai kes buang bayi..
And kalau korang perasan..lepas je berita tu keluar..akan ada berita berderet-deret mengenai kes buang bayi jugak kan?
Kadang-kadang tu sampai sebulan berita mengenai kes pembuangan bayi ni akan ada di surat khabar padahal ianya kes yang berlainan antara satu sama lain..kenapa ini berlaku eh?

Haa..sebabnya..apabila satu kes buang bayi ni diperkatakan..semua orang akan berfikir benda yang sama..
Jadi kuasa fikiran kita ni akan sama-sama contribute kepada apa yang kita fikirkan tu..
Ini la namanya hukum tarikan..
Kalau kita fikir negatif..negatif la jawabnya..
and kalau kita fikirkan sesuatu yang positif..positif jugak la hasilnya..hihiii..ada faham..?!!! :D





Okeh..next..kita tengok pula petua-petua untuk kita sentiasa berfikiran positif..
cehhhh..macam kaunselor pulak aku ni..hihii..takde la..aku pun share apa yang aku dengar hari tu je..mana tau bermanfaat untuk kita semua kan..? :)












Hmm..got the tips?
Good...so now..let's get practise...hehee.. :D






Korang nampak tak tulisan yang kecik tu?Okeh..meh aku taip bagi korang nampak..
HIKMAH..Rasa perit akan menjadi manis bila ianya hadir
"Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kita harus mencarinya "
Jangan sesekali gentar dan berputus asa


Macam orang tua-tua cakap..setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..
Aku sendiri dulu pun pernah tertanya2..kenapa benda ni berlaku dalam hidup aku..?
Kenapa aku yang terpilih untuk lalui ujian ni..?
Tapi..bila sampai masa dan ketikanya..Allah akan tunjukkan hikmah yang tersembunyi tu..
Masa tu baru aku realise..apa yang aku persoalkan dulu tu..ada jawapan yang lebih manis untuk aku di kemudian hari..huhuuu..sebak pulak..sobsss.. :'(

So peeps..wake up!
Let's think positive..
Allah knows what's best for us.. 
May this entry will encourage us to the positive thinking..
Hehe..sekian dulu dari hamba yang hina..
Sharing is caring rite...?!hehe..daa...  ^_^








Tuesday, June 18, 2013

Percutian percuma 2H1M di hospital..

Assalamualaikum semua...

Aku tak tahu la nak cakap entry ni best ke tak..
Yang pasti..entry ni berkenaan anak aku si Irsyad..

Masa check up setahun setengah bulan April aritu..doktor perasan yang ukur lilit kepala si Irsyad ni out of normal range..kalau korang perasan buku check up anak sekarang kan ada graf ukur lilit kepala normal bayi kan..?Masa Irfan dulu xde lagi kot graf ni rasanya..

So bila check balik graf tu..rupanya ukur lilit kepala si Irsyad ni dah dua kali marked as out of normal range..
Sekali tu masa umur dia setahun..tapi masa ni aku rasa nurse atau doktor  pun x perasan kot..
Jadi nak dijadikan cerita..doktor bagi surat suruh refer kes ni ke hospital..

Jadi..aku n en.rahie pun bawak la si Irsyad ni ke hospital universiti untuk follow up dengan paed..
Doktor  check and interview serba sedikit tentang Irsyad punya development..dia cakap ok..
Semuanya normal dan ikut progress seperti yang sepatutnya dengan usia dia..dia cakap tak perlu risau..
Tapi disebabkan dah direfer ke hospital..diorang decide la untuk investigate benda ni dengan lebih dalam..
Jadi diorang suruh set appointment untuk buat ct scan..
Sian kan kecik2 baru umur 1 tahun 8 bulan dah nak kena bat ct scan semua ni..huhuuu..

Ding dng ding dong..lepas dua bulan baru ada free slot untuk ct scan tu..
Jadi Ahad lepas..aku pun check in la wad ni dengan Irsyad..
Mesti korang tertanya-tanya..kenapa nak buat ct scan pun nak kena warded kan?Tak boleh ke walk in je..?Haha..soalan itu jugak la yang aku n en.rahie tanya balik kat nurse lepas jumpa doktor bulan 4 ritu..
And jawapannya..sebab budak kecik ni kalau nak buat ct scan..diorang kena dalam keadaan tidur..
Jadi sebab tu nak kena masuk wad sebab diorang akan kena puasa at least 4-6 jam dan akan diberikan ubat tidur sebelum prosedur tu dijalankan..

Hmm..jadi pasrah la kami dua beranak kena bermalam kat hospital..
Irsyad yang sehat dan cargas tu apa lagi..suka kemain berlari sana sini..
Dapat pulak bilik single room..lagi la..memang tak nampak macam orang sakit langsung!haha..tapi anak aku memang tak sakit pun..masuk wad sebab nak scan je kan..hihiii..


Single room..penjaga tidur kat recliner sofa..
Budak steady..sedia beri kerjasama pada nurse.. :D

Future engineer..Ir.Muhammad Irsyad..
So pagi Isnin tu appointment ct scan Irsyad jam 9.30 pagi..jadi dia kena start puasa dari kul 3-4 am tu..
Last dia minum aku ingat dalam kul 4.15am kot..

Irsyad dah dipasang drip sebab dah nak kena start puasa
Pagi tu Irsyad bangun agak lewat..dalam kul 7.30 am..dia dah start mintak susu bila bangun tu.. aduiii..siannya..so aku tarik perhatian dia dengan ajak mandi..
Apalagi..suka la...biar dia berendam jap kat sinki hospital tu sampai puas..
Time bagi pakai baju..breakfast pulak sampai..adehh..dia dah cakap.."Mama..nak makan..nak makan.."
Lapar la tu...huhuuu..jenuh aku tarik perhatian dia ke lain..
Ajak sembang la..bagi hp bukak pocoyo la..tapi tak lama..dia akan mintak susu lagi...
Sampai la doktor  mai round wad dalam kul 8.50 am macam tu..lega!
Then kul 9am diorang start bagi ubat tidur kat Irsyad..15ml kau...banyak kan?

Tak lama lepas tu..Irsyad pun ditolak ke tempat buat ct scan..
Dalam perjalanan tu nampak dia macam dah lali..lega la hati aku..sebab doktor takkan bagi ubat pelali dah yang mana agak berisiko untuk diberikan kepada budak seusia dia..

Baru sampai kat tempat scan..belum diberi ubat pelali lagi

Masa ni dah dapat max dose ubat pelali..dah nampak lalok dan tak bermaya kan..
lampu merah kat tangan Irsyad tu untuk monitor jantung dia

Tapiiiii...budak cerdik ni lagi pandai..dia jadi cergas balik..siap ajak sembang dan gelak2 lagi..aduiii..
Aku tengok doktor dah standby nak cucuk ubat pelali kat dalam drip Irsyad..huuu..siannya..
Mula2 bagi 1mg..Irsyad dah nampak lalok..nurse dah siap pasang alat untuk monitor jantung dia..tapi dia tahan lagi mata tu..haishhh..Irsyad..Irsyad..
10 minit kemudian..doktor cucuk lagi ubat pelali 1mg tu..dia sampai macam dah lembik..macam dah tak sedar tapi dia still lawan..sebak tauu tengok anak kita macam tu..aku sampai mengalir air mata..sob sobbb..

Tapi dia tahan lagi mata dia..sampai la doktor cucuk kali kelima..kiranya maximum dose dah tu..
Tapi..ya Allah..anak aku ni still lagi gagah menahan mata dia..
Sikit pun dia tak tidur..tapi laloknya..ya Allah..sedih tul tengok keadaan dia macam tu..
Pakar scan cakap diorang bagi masa sampai kul 12pm je..kalau Irsyad still tak tidur..prosedur tu terpaksa cancel sebab patient diorang masih ramai!!!dush!!dush!!!aku macam nak p tumbuk je doktor2 ni..
Consider la sikit kan..dah cucuk anak kita dengan macam2 ubat sampai lalok macam tu skali..boleh dia cakap macam tu?
Kalau korang kat tempat aku..apa perasaan korang..?geram kan..?!!

Lepas tu apa gunanya kena warded kalau tak leh nak selit sikit pun untuk buat ct scan tu..
Prosedur tu tak lama pun..ada kot seminit..doktor  tu la yang cakap..
Tapi tula..lepas bawak Irsyad balik wad..aku cuba bagi tidur..sampai kul 12pm still tak berjaya..
Dia asyik nangis je mintak susu..last2..since jam pun dah lepas kul 12 pm..and memang sedia confirm prosedur akan cancel..terus la aku n en.rahie bagi Irsyad minum susu..dalam hati dok berdoa takde apa2 yang tak diingini berlaku sebab doc warning jangan bagi susu kalau Irsyad still dalam keadaan tak sedar..takut susu tu termasuk dalam paru2 and risiko tersedak susu pulak nanti..tapi kitorang tawakal je pada Allah..

And..habis je 7oz Irsyad minum..terus dia tertidur..masa tu jam 12.15pm..
Aduhhh..tapi hati masih ada geram..aku termenung sorang2 sambil tengok Irsyad tidur..
En.rahie dok tengok hp dia..

Lama2 tu..aku pikir..buang masa je aku marah2 ni..setan pun suka..baik aku pikir positif..tak guna nak marah2 ni kan..buat sakit hati je..
Mesti ada hikmah yang tersembunyi..
Aku tau anak aku ni cerdik..dia dah fokus tak nak tidur sebab dia tau doktor2 ni akan buat sesuatu kat dia nanti..jauh di sudut hati..aku bersyukur ct scan ni tak jadi sebab ct scan or MRI ni kan involves very high magnetic field..banyak sangat radiation..
Dua2 prosedur ni akan matikan sel2 badan kita..apatah lagi budak kecik macam Irsyad..

Jam 2pm..Irsyad bangun..ceria macam selalu..alhamdulillah..dah tak lalok2 lagi..
Doktor sampai petang tak tunjuk muka..sampai dua tiga kali en.rahie dok pi tanya nurse kat kaunter tu bila doc nak mai lawat..
Kitorang pun tak tau status sama ada boleh discharge petang tu atau kena warded satu hari and continue the procedure tomorrow..

Sampai la kul 4.30pm..baru doktor datang..tapi bukan doktor yang pagi tadi..mungkin dah segan kot kena sound dengan en.rahie..huhuu..yela..sapa tak sound kalau nak bagi ubat pelali pun dok telefon doktor senior tanya dose macam mana..nampak sangat tak confident kan?
aduii la..depa ingat anak kami ni tikus makmal ke nak test2..huhuuu..astaghfirullahhal'azim...

Doktor tanya macam2 soalan..siap tanya sama ada kami ni ada keturunan belah2 middle east sana..
Aku yang tak tau..cakap le tak..padahal rupanya ada darah arab belah wan aku tu..
Pastu tanya ada tak adik beradik atau keturunan berkepala besar..aku cakap la sepupu2 aku memang ada..dah jadi engineer pun masing2..hihii..
Pastu diorang ukur balik kepala Irsyad..and guess what....???
Dah masuk dalam normal range pun..adehhh...

Kalau guna World Health Organization (WHO) standard chart..memang tak pernah out of range pun..tapi since buku check up kesihatan tu ikut Malaysian standard...sebab tu terkeluar sikit graf ukur lilit kepala tu..
Tapi memandangkan ct scan tak jadi buat..doktor ni nak suruh book pulak untuk buat MRI scan..
MRI ni budak2 akan terus dibius..aduii..mesti lagi berisiko kan?
Tapi aku slow talk dengan doktor..kalau setakat monitoring je pun boleh kan?
Selagi takde simptom2 yang menunjukkan ada sesuatu yang pelik dalam kepala dia..aku rasa takde masalah..
Doktor pun cakap..dari pemerhatian dia..perkembangan Irsyad ni normal dengan age dia..
So dia pun takdela risau and paksa2 nak suruh jugak buat scan tu..

Hmm..kul 5pm baru en.rahie turun uruskan proses keluar wad..
Ini yang dikatakan percutian percuma di hospital sebab masuk wad saja2 tanpa sebarang prosedur yang dilakukan..huhuhuuu..
Tapi..alhamdulillah semua dah setel..tapi aku pun tak pasti nak teruskan scan dan mri ni ke tak..
MRI dah dapat date..13 Disember 2013..
Kalau ikut nasihat dari mak2 dan pak2 menakan dan sepupu2..diorang kata lebih baik monitor jela perkembangan dia..sebab takde nampak anything yang abnormal pun..
Lagipun memang sah2 kami ni memang ada keturunan yang kepala besar..huhuuu...

Mohon kawan2 sama2 doakan yang baik2 la untuk Irsyad ye.. :)
K la..sekian bebelan panjang lebar untuk hari ini..haha..pis!! ^_^























Friday, June 14, 2013

Singapore Trip : Part 5 : Tips untuk travel ke Singapore..

Hello readers..

Dah baca semua episod Singapore trip kitorang..?heee..
Kali ni aku nak kasi tips sket la..walaupun takdela tips sangat pun kan..?
At least berguna untuk sape2 yang nak ke sana plus travel dengan budak2..

Tips 1 : Passport

Haa..benda wajib nih..
Walaupun Singapore tu seberang Tambak Johor je..tapi takde pas2 pelawat ni tau..
Macam aku aritu..renew online jer..senang!
Lepas 2 jam dah boleh gi collect your passport..
Masa renew online tu..korang pilih la lokasi imegresen yang korang nak gi collect passport tu..
Macam Irfan dengan Irsyad..diorang baru nak buat passport..so kena pergi imegresen jugak la..
Kena RM80 je budak2..macam Irsyad sebab bawah 2 tahun..x payah cap jari..memadai orang Imegresen tu tengok muka dia sama tak dengan yg dalam gambar..

Tips 2 : Stroller

Kalau anak2 korang lebih kurang besar2 Irfan dengan Irsyad..better bawak stroller la..
Senang nak kawal and diorang pun takkan rasa letih badan..
Macam kitorang..siap beli twin stroller baru lagi..padahal dah ada 2 stroller kat rumah..huuu..
Tapi..memang worth the money sangat..x nyesal langsung!
Kitorang memang menggunakan sepenuhnya stroller tu..nasib diorang tak kisah dok dalam tu..
Diorang rasa nak tdo..diorang tdo je..so tak yah risau dah diorang meragam sebab mengantuk ke apa kan..
Stroller ni pun bole tolak sampai ke cabin door..pastu serah je kat staf diorang kat sana..
Nak lagi selamat..korang lipat stroller tu elok2 then masuk dlm plastik..
Sebab kitorang masa dah sampai Mesia tu baru perasan yg foot rest stroller bahagian depan tu missing..
Sekarang tengah deal dengan customer service Jetstar la..harap2 dapat balik..heuu..

Tips 3 : Thermos flask and air masak untuk hand luggage

Kan ada isu yang x boleh bawak naik liquid secara hand luggage dalam kapal terbang kan?
Tapi kalau untuk tujuan susu anak..there is no problem at all!!!
Aku punya la dok google pasal benda alah ni sebelum gi Singapore aritu..
Takde pulak orang cerita pasal benda ni..so dari rumah kitorang tawakal je bawak thermos and air masak..
So bila sampai masa untuk scan barang2 tu..aku bagitau je kat imegresen yang kitorang bawak semua benda2 tu untuk buat susu anak..so..lepas la..hihii..alhamdulillah.. ^_^


Tips 4 : Peta

Haa..memandangkan kita berada di luar kawasan jajahan Malaysia..maka peta itu adalah sangat penting..
Tapi korang tak yah la bersusah payah pulak nak pergi membeli kat MPH ke Popular ke..
Memadai kalau korang print je MRT route Singapore tu..
Sebab..maps of Singapore berlambak2 kat Changi Airport tu..free je..memang boleh ambil..

Tips 5 : Hotel

Kalau korang plan nak bermalam kat Singapore..aku sarankan book siap2 secara online..
Plan dari awal..sebab bole dapat harga yang murah sikit..
Fragrance Hotel - Elegance yang kitorang menginap pada malam pertama tu aku booking via Agoda.com..
Dapat la RM188.33..kira murah la sebab rata2 hotel kat sana atas RM200..
Walaupun hotel tu agak kecik..tapi sangat bersih dan selesa..staff pun friendly..

Lokasi hotel pun korang kena tengok jugak..
Kitorang sengaja pilih area Little India sebab dekat situ banyak jugak restoren makanan halal..tapi mamak version la..beriyani dia sedap and banyak..
Selain tu..hotel tu korang kena pastikan berdekatan dengan public transport..
Macam Fragrance Hotel - Elegance ni..dia tengah2 antara stesen MRT Bugis dan juga Little India..
Tapi kami lebih selesa guna MRT Little India sebab laluan dia bukan melalui jalanraya besar..
Lebih selamat la nak tolak stroller tu kan..

Tips 6 : Makanan Halal

Singapore ni bukan macam Malaysia tau kawan2..
Takdenye la tanda halal tu kat restoren or hotel..
Kita kena pandai2 bertanya dengan Muslim local kat sana..
Kalau kat Malaysia rata2 kita nampak tanda halal tu kan?
Kat sana aku cuma nampak kat KFC and McDonalds ja..
Kami bawak jugak dari Mesia roti and 3 in1 milo..just in case x jumpa restoren halal..
Tapi alhamdulillah dekat area Little India tu ada 2-3 restoren mamak muslim..bila masuk dalam tu..memang rata2 muka Melayu yang makan..hehee..siap tokey dia pun cakap melayu je.. :D

Tapi kalau kebetulan area hotel korang susah cari makanan halal..cuba cari 7 Eleven yang berdekatan..
InsyaAllah..banyak halal food yang semi-done dijual kat sana...
Korang cuma perlu panaskan dekat microwave dia je..
Macam tu la yang kitorang buat masa kat USS tu..
Nasi lauk dia sedap..anak2 aku suka benar..sampai bubur nasi yang aku beli pun diorang tak nak makan..hihii..

Tips 7 : Duit Poket

Hmm..matawang Singapore memang kita sedia tahu tinggi kan..?
Bayangkan en.rahie tukar RM700..dapat $288 je..sob sobb..
So..duit tu korang kena plan betul2..
Sebab tu kalau bole book hotel siap2 secara online..dah x yah risau dah..
Duit poket yang ada tu plan untuk makan, transport dan juga nak beli souvenir..
Tapi kalau korang takut tiba2 ter overspent..maklumkan kat pihak credit card korang tu yang korang nak guna kat oversea..or korang pegi set dekat atm machine korang..katakan Maybank..yang korang nak guna kad tu kat luar negara..tapi setiap kali keluar duit tu, akan kena caj la..

Tips 8 : Singapore Tourist Pass

Misi pertama bila sampai di Singapore ialah mencari Singapore Tourist Pass..
Haa..apa tu?hihii..ianya macam kad touch n go la..

Singapore Tourist Pass
Boleh guna kat semua MRT and LRT system dan juga basic bus services..
Dia ada pakej untuk 1 day, 2 day and 3 day pass..
Memandangkan kitorang di Singapore 3 hari 2 malam..jadi kitorang beli untuk 3 day pass berharga $30 each..
Tapi..kad ni boleh dapat refund balik $10 tau kalau kita pulangkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh kita beli kad tu..
Sangat2 convenient guna kad ni sebab kita dah tak perlu pikir kadar tiket dan susah2 nak tukar duit nak beli tiket..touch je..then turun la kat mana2 korang nak turun..hihii..
Since Irfan n Irsyad dok dalam stroller je kan..so staff dia cakap x payah kad..tolak je stroller tu dalam tren..lagi jimat!!hahaa..
Untuk dapatkan Singapore Tourist Pass ni dan details berapa harga untuk setiap jenis pass yang ditawarkan..korang check dekat link ni ye..

Tips 9 : Botol Mineral

Kat Singapore ni..kebanyakan tourist spot ada disediakan water dispenser..ala-ala water cooler tu..
Hehe..so bawak la botol mineral ke mana saja anda pergi..sebab nak beli boleh tahan mahal gak tau..hihii..
Lagi satu...tak semua toilet ada disediakan hose air..
So takkan korang nak calit guna tisu je kan..?eewww..tak sanggup aii..
Jadi masa ni la botol mineral kosong tu sangat berguna..
Macam kami dari Mesia memang dah bawak 2 botol air..konon untuk buat susu anak la..hee..
Pastu kat hotel pun memang diorang kasi air mineral kan..jadi botol kosong tu jangan la dibuang..
Guna sepenuhnya sampai la dah nak balik tu nanti..

Tips 10 : Wet Tissue and plastic bag

Bagi aku..dua2 benda alah ni memang wajib ada dalam travelling bag anak2..
Sebabnya..kita tak tahu keadaan diorang bila travel jauh2 macam ni kan..?
Kadang2 muntah la..tapi alhamdulillah sepanjang kat sana dua2 ok..
Jadi wet tissue ni berguna terutama masa makan..atau sebelum nak makan tu..selain masa nak cuci masa tukar pampers..

Plastic bag selain untuk stanby kalau2 diorang muntah, ianya juga berguna untuk kumpul sampah..
U olls jangan tak tau..Singapore is a fine city..
Hahaha..bukan aku yang cakap tau..tapi rata2 kat Singapore kita boleh lihat slogan tu..
Sebab tu la negara diorang ni bersih...susah la nak jumpa sampah macam kat Mesia ni..huuu..

Sampai belakang sarung keychain pun ada pasal fine ni..hihii..hebatkan diorang berkempen.. :)
Tips 11 : Universal Studio Singapore (USS)

Erm..aku rasa aku ada sentuh jugak serba sedikit tips masa cerita pasal USS pada entry ni kan?
Takpela..aku cite sekali lagi..
Antara tipsnya..

i. Stroller : kalau bawak anak2..sila pastikan anda bawa stroller..sebab jenuh kau kalau nak berjalan satu USS ni..tapi as i said dalam entry lepas..korang boleh sewa stroller ni kat sana jugak..ada single stroller dan twin stroller..harga sewaan kalau tak silap $10 untuk single stroller dan $15 untuk twin stroller..
Tempat sewaan ini betul2 di sebelah kanan dekat pintu masuk USS ni..

Sumber : Google
Selain stroller..kita jugak boleh sewa kerusi roda untuk senior citizen..
Pakai motor je rasanya wheelchair tu..so tak yah risau kalau kita bawak mak ayah or nenek kita ye..diorang pun boleh enjoy kat sana..

ii. Raincoat - satu kegunaan dia bila hujan la kan..macam kitorang aritu pun..hujan renyai2 jugak tengah hari tu..tapi sebab xde raincoat..maka berlari la kitorang masuk ke dalm food court untuk lunch..hehe..
Selain tu..raincoat ni jugak berguna kalau kita nak main atau naik rides kat wetpark dia..yela..takut terkena percikan2 air masa main tu kan..better pakai la raincoat ni..
Raincoat ni korang tak yah la susah2 beli yang mahal2..beli yang nipis tu pun dah cukup..rasanya kalau kat Watson atau Guardian harga dia cuma RM3.90 je kot..just in case..sebab aku tengok ramai orang pakai kat sana..hihiii..

iii. Botol air - erm..ni sama jela macam aku cite kat tips 9 kat atas tadi kan..kat USS ni memang banyak water cooler..kalau penat main sure akan cari air kan..?so refill jela air kat mana2 water dispenser tu..

iv. Tempat Makan Halal - Okeh..as a Muslim..memang ini perkara utama yang kita titik beratkan kan?
Tapi korang jangan risau..kalau korang tengok kat map USS ni..ada beberapa food court yang memang halal..ada simbol halal Singapore kat map tu..Macam kitorang..lunch voucher yang kitorang dapat kat sini la..Wildly Delicious Food kat theme park Madagascar..makanan dia boleh tahan la..masing2 lapar kot tengah2 hujan kan..hihiii..



Lunch voucher dia ada 2 option..grilled chicken or beef rendang..twisties dengan air mineral kat belakang tu kitorang redeemed snack voucher..


v. Re-enter the theme park - Boleh..tiket USS kita tu valid untuk satu hari..jadi kita boleh keluar masuk USS tu sampai la ke petang tu..janji..kena ambik handstamp kat exit tu sebelum keluar..
Handstamp ni tak nampak tau uollss..mula2 tu aku n en.rahie ingat diorang stamp bodo2 je..tapi rupanya masa nak re-enter petang tu..diorang scan guna laser..terpegun aku..kehkehh..so kalau korang menginap dekat Resort World Sentosa (RWS) tu..senang la nak keluar masuk n balik ke hotel untuk solat n refreshment kan..hihii..

vi. Lain2 Q&A pasal USS ni..korang boleh baca kat sini ye... :)



Hmm..apa lagi tips yang aku oleh share kat sini ehhh..?
Buat masa ni..tu je kot...
Hehehee..kalau ada apa2 tips yang tertinggal..nanti aku update ye...

Alamak..kul 5.05pm sudah...
Jom balik..hari ni Jumaat la..takut jem lak nanti...
Till then...babaiiii!!!!! ^_^


Thursday, June 13, 2013

Faraid

Assalamualaikum..

Haa..mesti korang tertanya2..apa kes pulak pagi2 buta ni aku cakap pasal faraid kan?
Hehee..takdela..pagi tadi masa on the way gi keje, dengar slot warna pagi IKIM.FM, si pian bagi soalan uji minda ni..

"Apa bahagian yang isteri akan dapat kalau suaminya telah meninggal dunia dan mereka mempunyai seorang anak lelaki.."

Hmm..jenuh aku pikir..
Korang tahu jawapan dia?bagus la..aku memang tak ingat..huuu..tua dah makcik nih!
Last2 jawapan dia, isteri akan dapat 1/8..and if diorang takde anak..si isteri akan dapat 1/4 bahagian harta si suami..

Last time..aku tak ingat bulan berapa..team Wasiyyah Shoppe ada datang ofis bagi taklimat pasal Pengurusan Harta Pusaka..menarik taklimat dia..
Baru aku faham serba sedikit pasal pengurusan harta pusaka ni..
Selagi pengurusan harta pusaka si mati tidak selesai..selagi itu la roh arwah tidak tenang kat sana..
Jadi..meh aku share sket salah satu slide presentation dari Wasiyyah Shoppe ni..


Pembahagian faraid kalau kita beli aset join nama. cth: rumah atas nama bersama
Slide bawah ni pulak aku jumpa masa google pasal faraid ni..
Aku rasa senang jugak nak faham kan?
 
Sumber : En.Google.com

Hmm..itu baru pasal faraid..belum lagi cerita pasal hibah dan wasiat kan?
Link pasal hibah dan wasiat tu aku baca di website JAKIM..
Jom la kita tambah ilmu pasal faraid, hibah dan wasiat ni..sebab kita pun tak tahu bila kita akan kembali menemui pencipta kan?
Bukanlah nak cakap yang harta kita ni banyak sangat sampai melimpah ruah..tapi yela..kalau pengurusan harta ni tak dilakukan dengan betul, mesti roh kita pun tak tenang kat sana nanti..Allahua'lam..




Nota kaki : Sharing is caring.. ^_^