Assalamualaikum..
Hari kelima kami di Kota Mekah, kami tidak ke mana2..
Masing2 dengan agenda tersendiri..
Ada yang duduk di masjid beriktikaf..ada yang keluar buat umrah sunat sendiri..ada yang pergi shopping..
Sebabnya..ianya ialah hari Jumaat..jadi ziarah luar tidak disediakan pada hari tersebut kerana takut nanti tergopoh-gopoh pulak nak balik untuk Solat Jumaat..
Jadi pada hari keenam keesokannya pihak Andalusia ada menyediakan ziarah tambahan iaitu melawat Muzium Hudaibiyah dan Ladang Unta..seterusnya siapa nak buat umrah sunat pun boleh sebab boleh berniat ihram di miqat Hudaibiyah..
Muzium Hudaibiyah
Muzium Hudaibiyah ini merupakan tempat pameran sejarah bagi dua masjid yang mulia di dunia iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah..
Muzium ini memaparkan perkembangan senibina kedua-dua masjid ini daripada zaman dahulu sehinggalah sekarang..
Meh kita layan gambar ehh..
Bergambar di pintu masuk muzium |
Replika Masjidil Haram selepas projek pembesaran yang sedang berlaku sekarang |
Tak sempat nak snap gambar Maqam Ibrahim kat Masjidil Haram..so snap jela kat muzium ni..huhuu.. |
No caption needed..ngehhh.. :) |
Alat tenunan kelambu Kaabah.. |
Galeri perkembangan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi |
Telaga Zam Zam |
Replika Masjid Nabawi |
Pintu Masjid Nabawi |
Masjidil Haram, Mekah dulu-dulu.. |
Ladang Unta
Selepas lebih kurang sejam kami di muzium tersebut, kami dibawa pula ke Ladang Unta..
Masa tu hujan turun dengan agak lebat..
Nasib la sekejap je..
Masa on the way ke Ladang Unta, hujan dah berhenti..alhamdulillah.. :)
Us with Unta..heee..best!best!bulu mata dia memang sangat panjang!!haha.. :D |
Masjid Hudaibiyah
Okeh..selepas masing-masing dah puas membelai unta2 yang ada kat situ..
Maka bergeraklah kami semua ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat ihram..
Aku turut berniat ihram untuk umrahku yang terakhir..
Tapak asal Masjid Hudaibiyah |
Masjid baru yang berwarna putih tu.. |
Alhamdulillah aku diberi kesempatan oleh Allah SWT suci selama 36 jam selepas uzur tiga hari..
Selepas selesai umrah aku tu, keesokannya aku uzur semula..
Aku tanyakan Mutawif dan Ustaz Daud Che Ngah..
Menurut mereka..sekiranya kita sempat suci 24 jam, ibadah umrah kita tu diterima..
Alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan..Allahu'alam..
Selesai sudah kembara kami di Kota Suci ini..
Next entry akan aku ceritakan last day kami di Mekah dan tentang tawaf selamat tinggal..
InsyaAllah..jumpa lagi..
Assalamualaikum.. ^_^
No comments:
Post a Comment