Friday, March 14, 2014

Travelog Umrah : Part 7 : Ziarah Wida'

Assalamualaikum..

Setelah lima hari berada di Kota Madinah, kini tibalah masa untuk kami bergerak ke Kota Mekah bagi menunaikan ibadat umrah..
Sedih dan sayu sangat rasa hati ni nak tinggalkan Madinah..
Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku pada ketika itu.. :'(
Hati ni dah sebati dengan suasana beribadat di sini..
Sebelum masuk waktu dah siap2 untuk ke masjid..
Tak pikir apa dah selain daripada nak beribadat..
Alhamdulillah kerana dikurniakan rasa itu..
Aku berdoa agar dengan 'rasa' itulah aku dapat lagi berkunjung ke sini..

Cadangnya aku dan Pn.Siti Hajar ingin menzirahi Raudhah buat kali terakhir selepas Subuh tu..
Namun memandangkan mak njang dan mak mertua aku kurang sihat, ditambah pula dengan cuaca yang dingin, kami pasrah..walaupun jarak ke Raudhah tu dah tak jauh sangat dah..
Takpelah..kami bertekad untuk lakukan ziarah wida' sebelum masuk waktu Zohor nanti..

Ziarah Wida' atau dikenali sebagai ziarah selamat tinggal ni dilakukan sebelum kita meninggalkan Kota Madinah..
Ianya sebagai tanda kasih dan rindu kita untuk meninggalkan Rasulullah SAW..
Oleh kerana kami tak berkesempatan untuk menziarahi Maqam Baginda SAW pada pagi itu, jadi sebelum Zohor, aku dan Pn.Siti Hajar bertekad untuk mencari kubah hijau untuk membaca doa ziarah wida'..
Alhamdulillah..walaupun terpaksa tawaf keliling Masjid Nabawi untuk mencari kubah hijau tersebut..ianya sangat berbaloi sekali.. :)


..Di bawah kubah hijau inilah terletaknya maqam Rasulullah SAW..


Doa Ziarah Wida'

         "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."



Ameen..

Travelog Umrah : Part 6 : Ziarah luar Madinah


Assalamualaikum...
Hamboihhh..lama betul den sonyap pasal cerita umrah ni kan..?hehe..
K la..kali ni aku nak bawak korang ziarah luar di sekitar Kota Madinah al-Munawwarah  ni..

DAY 3

Masjid Quba

Masjid Quba ni merupakan masjid pertama yang dibina oleh umat Islam..
Senibinanya cantik..
Umat Islam berpusu-pusu mengambil berkat untuk solat di sini..
Ramainya tu..MasyaAllah...sampaikan keretapi buatan 4 gerabak yang kepalanya dipimpin oleh aku dan ekornya dijaga oleh biras aku, Pn.Siti Hajar pun boleh terputus..
Orang bersesak2 nak masuk..even ruang untuk sujud pun sangat terhad..
Pada hari pertama kami pegi ni, kami solat di tingkat bawah je..esoknya tu baru terpikir untuk solat di tingkat atas, dan alhamdulillah ruang solatnya sangat lapang.. :)



Ladang Kurma

Kami diberi masa lebih kurang 30 minit untuk bersolat di Masjid Quba..
Lepas semua ahli jemaah dah naik bas, kami dibawa pula melawat Ladang Kurma..
First time tengok nampak macam pokok kelapa sawit je..tapi banyak gak bezanya..hehe..
Air yang menjadi sumber pengairan pokok2 kurma ni..sangat jernih..
Menurut mutawif..kalau air tak jernih, pokok boleh mati..MasyaAllah..hebat betul kuasa Allah..

Jernih kan..?
Saujana mata memandang..
Sampai2 kami disambut dengan air teh..sedappp..teh arab kot..hehe..

Boleh borong kurma kat sini..tapi harga agak mahal..dan kami dinasihatkan beli di Pasar Kurma je nanti..

Bukid Uhud

Okeh..selepas melawat Ladang Kurma..kami dibawa pula melawat Bukit Uhud..
Bukit Uhud ni sebagaimana yang kita tahu merupakan lokasi pertempuran antara kaum muslimin dan musyrikin Mekah..
Berdekatan Bukit Uhud ni telah dibina muzium kecil yang menceritakan serba sedikit sejarah Perang Uhud..

Muzium Mini @ Bukit Uhud

Penceritaan mengenai perjalanan Perang Uhud

Perkuburan para syuhada..

Suamiku yang ganteng.. ;p

Me and MIL

En.Rahie dan adiknya di atas Bukit Uhud

Tapak jualan

Pasar Kurma

So..our last stop for the day is at Pasar Kurma..
Pasar kurma ni terletak dalam lot2 kedai..
Pilih jela kedai mana yang kome suka..
Tapi cubalah tawar menawar..
Ada kedai bagi murah and ada jugak yang x mahu mengalah..hehe..

Pasar Kurma

En.Rahie cuba memujuk tokey kedai ni..hahaha..

DAY 4

Kilang Mencetak al-Quran

Ok..hari keempat kami dibawa lagi ziarah luar..
Tapi kali ni ianya optional..sape nak ikut..bayar la 25 Riyal sorang..
So..dah alang2 tu kami semua ikut jela..
First destination adalah Masjid Quba..
Sesiapa yang tak berpeluang ziarah semalam..bolehlah buat lagi hari keempat ni..
Alhamdulillah kali ni tak berapa ramai orang..
Sempat la buat beberapa solat sunat..
Lepas dari situ, kami di bawa ke Kilang Mencetak al-Quran..
Rupanya baru kami tahu yang kilang ni tak membenarkan jemaah wanita untuk masuk..sobs sobs..huhuu..
Tapi takpelah..tak dapat masuk dalam kilang, masuk galeri dia jela..

Galeri kilang Al-Quran


Beberapa jenis Al-Quran yang dijual


Haa..beratur kau nak masuk..hehe..

Al-Rajhi bank ni ada di mana2..so sesiapa yang nak pegi Umrah ni, better la buka satu akaun..senang..caj dia pun x mahal..so tak payah la pegang cash banyak2 kan.. :)

Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain ni merupakan antara masjid yang tertua di Madinah selain daripada Masjid Quba dan Masjid Nabawi..
Menurut sejarah, Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Qiblatain kerana ianya mempunyai dua arah kiblat, iaitu satu menghadap Masjidil Aqsa dan satu lagi menghadap Masjidil Haram..
Sejarah korang boleh baca di bawah ni..hehe..

Sejarah Masjid Qiblatain


Ruang solat wanita di bahagian bawah

Masjid Qiblatain

So lepas menunaikan solat di Masjid Qiblatain ni, kami dibawa sekali lagi ke Pasar Kurma..
Memandangkan hari keempat ni hari terakhir kami sebelum bergerak ke Mekah esok, jadi ramai jugak la yang hendak borong kurma dan kekacang untuk dibawa balik ke Malaysia sebab harga di Mekah katanya jauh lebih mahal..

Jadi..itu le serba sedikit cerita kami di Madinah..
Petang tu dan esok pagi sebelum ziarah Wida'..kami lebih banyak meningkatkan ekonomi Tanah Arab ni dengan membeli baju2, jubah2 dan tasbih sebagai cenderahati..
Semuanya di sekitar hotel dan luar kawasan masjid je..
Nak tengok kawasan shoppingnye..?
Ni haaa...

Meriah kan?Harga boleh dapat lagi murah kalau membeli belah kat luar ni..

Okla..sekian buat masa ni..
Nanti sambung pulak berkenaan Ziarah Wida' dan Permulaan Perjalanan Umrah kami.. :)




Splash and Wet @ Sunway Lagoon!!! ^_^

Assalamualaikum uolss...
Ini cerita santai2 kami anak beranak Sabtu lepas..hahaa..
Layan jela ehhh...heee.. ^_^

Me and the heroes.. :)
Ini adalah maskot kat depan pintu masuk Sunway Lagoon..hehe..
Lama dah kot tak datang Sunway Lagoon ni..
Last time rasanya masa zaman muda remaja dulu..zaman sekolah2..hahaa..lama kan?
Masa tu rasanya tak banyak lagi park yang ada di Sunway Lagoon ni..
Seingat aku cuma ada Waterpark je kot..
Harga tiket masuk pun rasanya sangat murah masa tu..

Nasib la Family Day ofis En.Rahie tahun ni buat kat sini..dapat la den lepas gian..haha..
Weolss sampai sana awal tau..7.30 pagi hokkeyyyy...pastu park cuma buka kul 10 pagi..haddoiii!!!
Hmm..nak buek camno..laki den ajk family day ni..terpaksa la eh..huhuu..

Sampai pagi2 tu terus register, collect goodies bag dengan t-shirt untuk budak2..
Dalam kul 9 camtu dah bleh masuk dah dalam Sunway Lagoon ni..
Cumanya semua park hanya akan memulakan operasi pada jam 10 pagi..
So dalam masa sejam tu kami semua berkumpul kat Surf Deck untuk opening session and breakfast..

Oppss..lupa nak cite..tapisan keselamatan masa nak masuk tu..sangatlah ketat ok!!
Dia check abis beg yang kita bawak..takut2 ada seludup makanan or minuman..
So..korang kalau nak pegi, tak yah la seludup makanan..buat rugi je kalau diorang buang.. :'(

Okeh..so lepas dah masuk dalam tu, haruslah dua2 beradik ni dah tak sabor2 nak terjun kolam kan..?
Jenuh aku nak melayan..jenuh aku pujuk..
Nasib la dengar kata jugak budak2 ni..huhuu..
Aku bagi diorang makan and minum kenyang2 siap2..
Tukar swimming suit siap2..

Budak yang tak sabaq2 nak mandi!! :D

So tepat kul 10 pagi..acara sukaneka pun bermula..
Kali ni diorang dua beradik sporting untuk join sukaneka tak macam tahun2 lepas..
Tapiiii..dengan syarat aku pun kena teman n main skali..haha..
Belasah jela..asalkan anak2 aku happy..hihiii..

Sukaneka orang dewasa..

Mandi dengan kawan2.. :)

Suka benar diorang ni mandi and main dengan ombak..berani betul!!

Termenung apa la anak teruna aku sorang nih!!hehe..
 Lepas sukaneka tu acara bebas mandi manda..sampai la kul 12 tengah hari kitorang kena berkumpul balik kat surf deck untuk acara cabutan bertuah dan makan tengah hari..
Masa lunch tu dapat pulak nasi beriani ayam masala..yummeh!!
Sambil makan tu sambil ada cabutan bertuah..
Dan kami dapat iniiii...hehe..
Jadi la kan..alhamdulillah.. :)

Slap Chop yang memang dah lama teringin nak beli kat deals tapi sampai sudah tak beli2..hehe..and iron Panasonic..bole la simpan buat stanby kalau2 iron sedia ada ni rosak.. :)
Semua anak2 yang berbayar dapat set stationary..
Suka jugak la diorang..
Lepas tu dalam kul 1.30 petang..acara bebas..sape nak balik bole..nak sambung mandi and main kat semua themepark bole..suka hati!!
Tapi dah alang2 bayar kan..rugi la kalau balik awal..
Irfan n Irsyad pun masing2 tahan mata tak nak tido..nak main dan main lagi..hehe..

Moh le kita layan gambar ye.. :)))

En.Rahie and the team..

Singa..mercu tanda of Sunway Lagoon!!! :D

Flying fox..teringin nak naik..tapi budak2 ni surely la nak ikut..huhuu..

Jambatan gantung..sangat gayat hokeyyy..pheww!!

Mini Zoo @ Wildlife Park

Zulu Walk..laluan untuk ke Wildlife Park

Kalau nak shopping pun volleyyy...

Mandi manda @ Surf Beach

Banyak mandi kat themepark ni je since budak2 nak main slides bagai..haihhh.. :p
Sakan kitorang main and mandi manda aritu...
Both Irfan n Irsyad having so much fun!!
Tahan mata sampai ke petang..
So pas setel mandi n solat Asar..kitorang kuar dari sana jam 5.30 petang..
Itu pun si Irsyad ada hati nak ajak kitorang naik tram keliling park kat Sunway Lagoon nih..
Alih2 dia yang terlentok dulu kat bahu aku..hahaha..

Al-kisahnya lewat petang tu baru kitorang tau pasal kisah MH370..punya la tak tengok hp n update fb kan..huhuu..
Papepun..our prayers goes to all the passengers n crews..
Harap2 ada la sedikit perkabaran yang baik untuk kita semua..ameen..


Till next trip..daaa!!!!! ^_^






Tuesday, March 11, 2014

Travelog Umrah : Part 5 : Raudhah

Assalamualaikum..

Hari kedua kitorang di Kota Madinah iaitu pada hari Jumaat..kami telah dibawa untuk ziarah dalam iaitu menziarahi maqam Rasulullah saw dan dua sahabat baginda Sayidina Abu Bakar R.A dan Sayidina Umar R.A..seterusnya bersolat di Raudhah..

Bagi orang perempuan,terdapat waktu2 tertentu sahaja yang dibenarkan masuk untuk melawat Raudhah..iaitu selepas Subuh sehingga jam 8 pagi dan selepas Isya' sehingga jam 10 malam..

Selepas jam 8 pagi dan 10 malam tu,pintu2 masuk utama Masjid Nabawi akan ditutup..so kalau korang nak ke Raudhah,kena make sure korang melepasi pintu masjid sebelum waktu yang disebutkan tadi..once korang dah masuk..dah x kisah la jam berapa nak keluar..selalunya kalau pergi ziarah waktu pagi,sebelum zohor lebih kurang jam 12 tengah hari tu..semua jemaah yang masuk tadi akan diarahkan untuk keluar..

Ruang Raudhah sehingga la ke mimbar nabi tu kecik je..dan kalau nak kenal pasti,ruangan Raudhah adalah pada bahagian karpet hijau..
Itu yang menyebabkan orang ramai berebut2 untuk solat di sana..
Once kita dah berada di Raudhah, setiap orang hanya akan dibenarkan untuk bersolat selama 10 minit je..
Kalau lama daripada tu, polis2 wanita yang jaga kawasan Raudhah ni akan tarik kita untuk keluar sebab ramai lagi jemaah yang menunggu di belakang..
Tips kalau bersolat kat Raudhah ni ialah, korang jangan baca doa selepas solat sambil menadah tangan seperti selalu tu..tapi baca doa masa sujud terakhir tu..
Kenapa?Untuk elakkan daripada diusir oleh polis2 wanita tadi..lagipun time sujud terakhir ni pun antara waktu mustajab doa kan?
Lagi satu..memang Ustaz Dato' Che Ngah pun pesan..katanya stanby telekong or mini telekung berwarna hitam kalau memasuki Masjid Nabawi atau Raudhah ni..
Antara sebabnya ialah..untuk mengelakkan kita didiskriminasikan oleh jemaah-jemaah dari negara lain especially jemaah dari negara timur tengah..
Sebab nak masuk ke Raudhah ni agak sukar..dan jemaah dari Malaysia selalunya merupakan rombongan jemaah terakhir yang dibenarkan memasuki Raudhah..huhuu..
Tapi bagi aku..ok jugak sebab dapat dok lama sikit dalam Raudhah tu..
Takde la berebut2 dan bersesak2 sangat..


Beberapa check point sebelum dapat masuk ke Raudhah

Tunggu turn untuk masuk ke Raudhah

Disebalik pintu hijau ini, terletaknya maqam Rasulullah SAW

Suasana dalam Raudhah..

Mimbar (gambar dari hp En.Rahie)

Raudhah ni membawa maksud taman..
Rasulullah saw pernah bersabda..

"Antara kamarku dan mimbarku terletak satu bahagian dari taman syurga, dan mimbarku di atas telagaku.."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku.."
(Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a)

Peluang orang lelaki untuk mengunjungi Raudhah adalah mudah..
Mereka tidak terikat kepada waktu2 tertentu kecuali waktu ziarah yang dibenarkan untuk kaum wanita..
En.Rahie beberapa kali berkesempatan berada di Raudhah..
Dia juga berpeluang menunaikan solat fardhu dan solat jenazah di dalamnya..
Alhamdulillah..mungkin kerana Raudhah ini terletak di dalam kawasan solat orang lelaki..sebab itu mereka tiada masalah untuk bersolat di sana berulang kali..

Ok..setelah kami selesai bersolat di Raudhah, jam pada ketika itu menunjukkan pukul 11.40 pagi..
Dan kebetulan hari tu hari Jumaat, kami ambil keputusan untuk terus beriktikaf di masjid dan terus menunaikan solat jumaat..
Sebelum tu, aku memang ada bertanya kepada Ustazah mutawif kitorang tu..
Boleh tak kita orang perempuan ni nak ikut solat jumaat?
Sebab di Malaysia kan memang tak pernah kot orang perempuan ikut solat jumaat kan?
So..ustazah kata.."Boleh..takde masalah..tapi lepas tu kamu tak yah dah la solat Zohor.." Ustazah tu ingatkan..
Ok..walaupun Zohor masuk lagi sejam..Masjid Nabawi sudah padat dengan para jemaah..
Memang tiap kali solat jumaat, memang orang akan datang masjid lebih awal berbanding kalau jemaah Zohor pada hari2 biasa..
Kita yang tak pernah alami situasi macam ni memang agak kagum la kan..

Dah penuh orang walaupun solat jumaat lambat lagi

Haa..okla..dah panjang kot coretan aku pasal Raudhah ni..
Niat aku menulis pengalaman aku menunaikan umrah ni takde niat lain..
Hanyalah sebagai ingatan aku dan mungkin juga boleh dijadikan panduan oleh jemaah lain yang hendak ke sana..

Dalam Ikim last week pun Ustazah Norhafizah Musa bercerita pasal NUN..
iaitu..
"Tulislah..supaya kamu tidak lupa dan dapat jadikan panduan kepada orang lain yang memerlukan.."
Aku harap niat aku tidak disalah tafsir..
Aku hanyalah manusia biasa yang juga sedang mencari keredhaanNya..
InsyaAllah..
Aku berharap dan berdoa agar ibadah kita diterima oleh Allah SWT..

Ameen...










Thursday, March 6, 2014

Travelog Umrah : Part 4 : Masjid Nabawi, Madinah

Masjid Nabawi

Assalamualaikum..
Lama dah aku tinggal cerita pasal travelog umrah ni..
Minta maaf sangat2..
Nak kata bz tak juga tapi nak bercerita pasal umrah ni..membuatkan kadang2 aku jadi sebak..huhu..
Jadi memang ada beberapa post masih tersimpan rapi di dalam draft..
InsyAllah akan aku publish satu per satu..

Masjid Nabawi atau disebut juga sebagai Masjid Nabi merupakan masjid kedua yang telah dibina oleh Rasulullah SAW dengan para sahabat dan kaum Muslimin ketika dalam perjalanan hijrah baginda dari Mekah ke Madinah.
Keluasan asal masjid ini asalnya adalah sekitar 50m x 50m sahaja jika mengikut sejarah.
Namun kini, Masjid Nabawi merupakan masjid yang kedua terbesar di dunia setelah Masjidil Haram di Mekah.

MasyAllah..Subhanallah...
Cantik kan Masjid Nabawi ni..?
Pada malam pertama kami sampai di Kota Madinah, kami berkesempatan untuk menunaikan solat Isya' di sana..
Ramainya orang jangan cakaplah..penuh-sepenuhnya..
Jangan kata di dalam masjid, even di perkarangan masjid pun penuh sangat umat manusia sampai la ke pintu pagar masjid..masyaAllah..aku kagum sangat!

Hadith sahih al-Bukhari juga ada menyebut..
"Pahala solat di masjid ini adalah seribu kali lebih baik daripada solat di masjid-masjid lain kecuali di Masjidil Haram.."

MasyaAllah..mungkin sebab itu la ramai sangat umat Islam berebut-rebut untuk bersolat di Masjid Nabawi ni..

Keesokan paginya..kami berempat iaitu aku, Pn.Siti Hajjar, mak mertua aku dan mak sedara aku bangun pagi2 lagi untuk beriktikaf di Masjid Nabawi..
Jam 3 pagi kami dah keluar menuju ke masjid..
Alhamdulillah..dengan kesejukan suhu di Madinah tak melemahkan semangat kami untuk ke sana..
Masjid Nabawi kalau kita pergi dalam lingkungan 3 - 3.30 pagi, masih tak ramai lagi orang..
Jadi peluang untuk kita berada di dalam masjid di ruang solat paling depan adalah sangat mudah..

Haa..nak masuk masjid Nabawi ni memang kena melalui polis2 wanita diorang di pintu utama..
Jadi kalau ikutkan memang tak lepas untuk bawak masuk handphone..
Tapi korang pandai2 la..
Polis2 ni memang akan check beg kalau kita bawak beg bersama kita..
Kalau kita tak bawak beg, baru dia akan meraba badan kita untuk check ada handphone ke tak..
So selalunya aku memang akan bawak beg untuk aku letak botol nak isi air zamzam, buku panduan doa..
Handphone dan duit aku akan letak dalam uncang dan gantung di leher then masukkan dalam jubah..

Tapi kalau kita nak bersolat di perkarangan masjid, memang polis2 ni takkan check la..
Pernah satu hari tu aku dengan mak mertua aku baru balik shopping dan terus nak masuk solat di dalam masjid..dengan beg2 hasil borongan kitorang tu pun, polis tak lepaskan untuk masuk..
Jadi..terpaksa la bersolat di luar je..
Tapi ok gak sekali sekala ambik angin luar kan..
Cuma aku kurang selesa sebab kat luar ramai sangat umat Islam yang bermazhab lain daripada mazhab syafie..
Menyebabkan kadang2 kita akan jadi kurang kusyuk masa solat tu..
Jadi kalau nak jugak rasa suasana bersolat kat luar, korang duduk la solat di kalangan jemaah yang berwajah sama macam kita..cari orang Asia la macam Indonesia ke..even Malaysia dan Singapore pun ramai jugak..

Botol wudu' memang korang kena bawak..
Sebabnya tempat ambil wudu' adalah jauh dan di luar masjid..
Jauh sikit nak berjalan tambah2 kalau kita bawak orang2 tua bersama kita..

Memandangkan Masjid Nabawi ni sangatlah luas dan besar..
Jadi korang mesti kena ingat pintu pagar apa yang korang guna untuk masuk ke dalam masjid..
En.Rahie pun pernah tersesat tau?
Nasib la kami memang beli simcard Arab Saudi untuk berhubung..hehe..
Macam kitorang, dari Mubarak Silver tu memang akan masuk pintu no.25 iaitu pintu masuk bagi jemaah perempuan..jadi senang la sikit untuk ingat..

Okla..kat bawah ni aku share sikit beberapa gambar kami di Masjid Nabawi ye.. :)

Lepas balik dari solat Subuh..

Senibina Masjid Nabawi

Kubah hijau..di bawah tu la letaknya makam Nabi Muhammad saw..
Okla..itu le serba sedikit sharing aku pasal Masjid Nabawi..
InsyaAllah lepas ni aku share pulak cerita tentang Raudhah..

Wassalam.. :)