Friday, August 16, 2013

Pasar Kemboja @ Kubu Gajah, Sg. Buloh

Assalamualaikum..

Salam Hari Jumaat semua...

Masih dalam mood raya?hehee..sama la kita.. :)

Disebabkan hari ni aku agak free sikit..meh aku nak cite pasal satu tempat best kat korang..
Kikikii..best pada aku la yang suka pada benda2 murah ni kan..tak tahu la bagi korang best ke tak..
Tapi aku nak share jugak!! ;p

Okeh..korang pernah dengar pasal Pasar Kemboja?
Kalau korang google..banyak entry akan cerita pasal Pasar Kemboja kat Parit Buntar, Perak..
Tapi Pasar Kemboja yang aku nak cerita ni..letaknya di antara Kubu Gajah dan Paya Jaras, Sungai Buloh..
Haa..memang dah dekat sangat la dengan umah aku kan...hihii..

Dekat tak dekat..aku pun baru dua kali jejakkan kaki ke Pasar Kemboja ni..hahahaa..
Selalu aku dengar kawan2 kat ofis cerita je..
Tudung murah..kain murah..telekung murah...baju siap murah..aduhaiii...
Tapi nak buat macam mana..boleh tadah telinga jela dengar sebab Pasar Kemboja ni cuma bukak pada hari Isnin dan Jumaat sahaja okeyyy..dari kul 8 pagi sampai 2 petang..huuuu..

First time kitorang pegi..en.rahie cakap.. "macam Wang Kelian la.."..hahaa..
A'ah..suasana Pasar Kemboja ni macam Wang Kelian or Pasar Sarikin kat Sarawak tu..
Diorang pacak2 khemah je kat situ..
Macam2 ada dijual..tapi selalu aku kalau pegi..aku tengok tudung jela..
Memang agak murah..bole tawar menawar lagi..
Dengar cite..orang2 meniaga pun ambil borong kat sini je..

Dulu aku selalu tertanya2..kenapa orang panggil Pasar Kemboja eh?
Hihiii...rupa-rupanya rata-rata penjual kat situ memang orang Kemboja..
Kalau masuk area kampung tu pun..kita boleh nampak perkampungan orang Kemboja..

Macam mana nak ke sini?
Ok..kalau korang ikut Guthrie menghala ke utara..keluar exit Paya Jaras, terus ambik susur kiri..
Lepas turun susur kiri tu korang akan jumpa traffic light..ambik kanan..
Elok je lepas masuk kanan tu..ada simpang kiri..korang masuk simpang kiri tu..
Memang akan lalu jalan kampung..jangan cuak..teruskan perjalanan..hihii..
Dalam gak la masuk tu..tapi xpe..korang terus je sampai la korang nampak satu kawasan macam pasar pagi..
Selalunya memang ramai orang...jem kadang2 tu..korang boleh parking kereta kat tepi2 jalan je or masuk tempat parking berbayar..
Kalau dari Alam Budiman tu..kitorang lebih suka ikut jalan dari Saujana Utama..dekat sikit..x yah bayar tol..hihihiii..

Ok..kat bawah ni ada beberapa gambar je yang aku sempat snap..
Dua kali pegi memang x sempat snap gambar..lebih ralit tengok baju2 and tudung2 tu..haha..daa.. ^_^

Gerai-gerai baju..

Jubah dan kain pasang

Jubah pun cantik2 dan murah..
Tudung-tudung..lai lai laiii... :D
Jalan2 terjumpak pulak baju ultraman ni..terus sambar dua untuk Irfan n Irsyad..haha..

Thursday, August 15, 2013

Salam Aidilfitri.. ^_^

Satu hari di hari raya..
Ku lihat cahaya bersinar indah..
Langit cemerlang tak terkira..
Tanda kuasa yang Maha Esa..
Memberi nikmat pada manusia..

Wahhh..aku cukup suka lagu M.Nasir ni..
Sangat la evergreen..hihiii..
Dikesempatan ni..aku nak ucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..
Untuk sahabat handai, saudara mara serta muslimin dan muslimat semua...
Semoga lebaran kali ini memberi lebih banyak keberkatan dan keceriaan kepada kita..

Raya tahun ni macam biasa la kami  sekeluarga balik kedah..
Kampung halaman tercinta.. :)
Tengok sawah padi yang menguning...
Tapi boleh tahan panas jugak la balik raya kali ni..
Tapi syukur la..seronok berjalan raya bila cuaca baik macam tu.. ^_^

Disebabkan rumah aku and rumah en.rahie dalam 15 minit je perjalanan..
So kami tak kisah la nak balik umah sapa dulu..
Memang sepanjang hari raya tu..tiap2 hari kami akan pergi umah sedara aku and umah sedara dia..
Memang letih tahap gaban gak la..hahaa..

Selamat Hari raya!!! ^_^


::My sweet little family::

Makan2 hari raya di Yan, Kedah
My family with wan & tok chaq
Yan's big family..
Irfan & Zia
The cousins
Nostalgia gitewww.. :D

Tuesday, August 6, 2013

Iftar @ Kalumpang Steamboat & Grill

Salam semua..

Nampaknya Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya..
Aku pun dah cuti..yeayy!! ^_^
Sebelum balik kampung..me n my best buddies plan nk beriftar kat luar..
So..kali ni aku lak yg jadi organizer..kikikii..

Disebabkan tak nak membazir di bulan yang mulia ini..chewahh.. :D
So..aku cadangkan la beriftar kat Kalumpang Steamboat & Grill ni je..
Locationnya adalah di seksyen 7 Shah Alam..

Kalumpang Steamboat & Grill : Worldwide@7 Shah Alam

Harga? Not bad..quite murah bagi aku..cuma RM20 je untuk dewasa n RM10 untuk kanak2 atas 5 tahun..
Yang penting..there is no limit time! Haha..korang duduk la bape lama korang nak..makan sampai lebam! Hahaa..

Okla kan? Seafoods memang meriah..tapi xdela semeriah Flaming tu..tapi layan jugak la sebab dia ada grill sekali..
Ayam, daging, sotong yang diperap dengan sambal n sos bbq..memang sangat sedap..
Ketam, lala, sotong, udang, ayam, daging..akan selalu direfill..so no worries ya!
Sosej n pelbagai jenis bebola pun ada..
Sayur pun banyak..
Pelbagai jenis mee kering dan pasta turut disediakan..

Selain tu..ada jugak nasi putih, nasi goreng n bihun goreng singapore..
Air masa tu ada laici n grape..secukup rasa! :D
Ada jugak aiskrim, gula2, jajan, keropok2 n kerepek yang kita bole ambil..diorang isi dalam balang..bebudak mmg suka!
Air panas kalo x silap aku ada teh o n kopi..
Masakan panas pun ada uolss..kalau nak.. order jela kat kaunter..tapi bayar asing la..

Tapi bagi aku..buffet yang disediakan tu dah cukup berbaloi, kenyang n puas hati sangat..hihiii..
Disebabkan murah..memang kena booking dulu sebelum pergi..

Hihii..booking untuk 9 adults & 6 kids..
Details n contact number korang bole refer ke website diorang ni..
Kitorang pegi hari Ahad minggu terakhir puasa..memang penuh!
Rezeki kami la dapat slot in hari tu sebab aku booking pun dah tengah hari dah..
Surau jangan risau..ada disediakan kat tingkat atas kedai ni..hehe..tapi bole tahan mengah gak memanjat tangga ke tingkat 3 surau tu..adehhh..hihii...

K la..jom layan gambar jela eh.. :)

Tengah tunggu sebelum berbuka puasa..

Sepenuh-penuhnya kitorang grill.. :D

Farah, Fiza, aku and Hanim..
Me and farah..
Dah nak balik.. :D

Us..4 families..