Sunday, May 26, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu kawan2... :)

Hmm..arini aku nak cerita sket tentang satu pengalaman yang sangat2 baru bagi aku..

Pasal pengurusan jenazah...haaa..nak dengar tak?hehe..

Disebalik keghairahan kami laki bini yang dah x sabaq2 dah nak pi jenjalan kat Singapore tu..sempat lagi kami berdua ikuti Kursus Pengurusan Jenazah dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..atau yang lebih dikenali sebagai Masjid Besar Shah Alam..

Kursus ni diadakan pada hari Sabtu 25 Mei 2013 iaitu semalam..dari jam 8.30am- 4.30pm..

Actually ianya anjuran Al-Isra' Club..biro agama kelab agensi en.rahie la..

Sorang bayar RM45 rasanya..okla..termasuk sarapan pagi dan makan tengah hari..

Banyak yang dipelajari dalam kursus tu..dari segi teori sampai la ke praktikal..

Rasanya hanya 30 peratus je kot teori..lain2 semua praktikal..dari segi nak potong kain, mandi jenazah, kafankan jenazah..

Baru aku sedar betapa pentingnya knowledge tentang pengurusan jenazah ni..

Yela..kalau kita sendiri yang meninggal nanti, kalau boleh mesti kita nak orang-orang yang kita sayang yang uruskan jenazah kita kan..?Nak mandikan, kafankan...uhh....sebak pulak rasa..ntah bila Allah nak menjemput kita kan.. ~_~

Hmm..pagi tu kitorang sampai terus buat pendaftaran, sarapan dan kelas teori diadakan di Yayasan Restu, Taman Seni Islam..iaitu di sebelah luar masjid sebab semua bilik kuliah dekat masjid penuh..alhamdulillah.. banyak aktiviti keagamaan dijalankan di sini.. :)


Kelas teori pengurusan jenazah di Yayasan Restu

Pastu lebih kurang jam 11 pagi..semua bergerak ke bilik kuliah dekat masjid..group lelaki dan perempuan dipecahkan kat sini..

Di masjid memang semua praktikal yang diajar..mula2 kitorang diajar potong kain, buat telekung dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengurusan jenazah seperti kapur barus, cendana, air mawar, kain, dan banyak lagi la..
Ni ustazah tengah ajar cara-cara nak ambil ukuran jenazah untuk sediakan kain kafan
Ni pulak cara-cara potong kapas untuk diletakkan campuran cendana dan kapur barus

Ini ustazah dah susun siap2 kain kafan berserta dengan tali untuk ikat jenazah

Pastu masa lunch break kejap..lepas solat dalam kul 2 tu kitorang bat praktikal mandikan jenazah..

Masa ni lupa pulak aku nak snap gambar..cuma ambil video je..berat pulak video tu..kalo tak boleh upload kat sini..huuu..xpela..aku akan cuba try test skali lagi nanti..

And last skali baru praktikal untuk kafankan jenazah...

Model jenazah yang dah siap dikafankan
Hmmm..apa perasan korang kalau dibalut macam ni..

Jujur aku cakap..aku agak seram tauu..terus insaf sekejap..huu..

Cuma satu je yang kitorang tak sempat belajar.. iaitu macam mana nak solatkan jenazah..sayangkan..?kesuntukan masa rasanya..maybe next class ke..insyaAllah.. :)

Aku rasa kursus macam ni suatu pendedahan yang sangat bagus..

Tak puas belajar aritu..macam nak pergi lagi kursus seumpama ni lain kali..

Sebab banyak benda nak kena ingat especially bab nak sediakan kain kafan untuk jenazah..banyak benda sebenarnya kita kena tau and alert..kang ukur kain x cukup, kesian pulak kat jenazah..huhuu..

Harap2 ada kesempatan untuk aku ikuti kursus ni di lain masa n hopefully masa tu boleh jugak belajar untuk mandikan jenazah..insyaAllah..ameen.. ^_^












Friday, May 24, 2013

Singapore Trip : Part 1 : Persediaan ke Kota Singa

Assalamualaikum u olls...

Pekabar korang arini?

Okla..arini aku cuma nak kongsi sket pasal persediaan kitorang untuk ke Kota Singa..

Ingat lagi entry aku yang nih?

Travel agency yang uruskan segala voucher penerbangan, hotel dan pass ke USS ni ialah PST Travel & Services Sdn.Bhd..

Bagus service diorang ni..layankan je apa yang kita nak..hehee..

Last month lepas dapat voucher dari Dumex Dugro, aku n en.rahie terus plan bila nak pegi..apa nak prepare..nak extent stay ke tak..sebab travel period yang diorang bagi sampai July 2013 je..


Ini la voucher yang kitorang menang dari Dumex Dugro tu..hadiah berupa returns flight, hotel at Resort World Sentosa and also 1 day passes ke USS..semua untuk 1 family of 2 adults and 2 kids..nice kan? : )

So apa lagi.. gigih la kitorang check celender..sepanjang bulan June Singapore punya school holiday, July dah dekat sangat nak puasa..last2 kitorang decide pergi 28-30 Mei 2013..itu pun 3rd choice punya date..date2 lain hotel pulak yang penuh..huuu...ramai jugak la yang nak menginap kat 5 star hotel nih...

Ding dong ding dong...passport aku dah siap renew..passport anak2 semua dah buat..

Hotel yang kitorang tambah sendiri dah siap2 booked sebelum aku keluar gi outstation ke utara lagi..

And finally, semalam despatch dari  PST Travel ni datang hantar semua dokumen seperti flight voucher, hotel voucher dan juga USS passes kat ofis aku..yeay!!!makin excited u olls..dok nampak2 dah USS tu depan mata..hihiii..over kan?! ^_^

Sekarang ni aku n en.rahie asyik dok counting days je..3 hari je lagi kottt...hahaa..

So buat masa ni kami dok usha2 twin or tandem stroller yang murah2..senang sket nak bawak dua beradik ni kan..hmm...perlu ke tak eh..?hihiii...kat umah ni dah ada dua stroller pun..aduiii...help!

K la..aku stop sini dulu eh..selamat bercuti Hari Wesak!!hee..daa.. (",)v


Wednesday, May 22, 2013

Happy 3rd Birthday Irfan!!!

Assalamualaikum semua..

Entry kali ni specially dedicated to my beloved Muhammad Irfan..

Genap jam 9.10 malam tanggal 19 Mei 2013 yang lalu..Muhammad Irfan berusia genap tiga tahun..

Alhamdulillah..cepat je masa berlalu..


Masih segar lagi saat2 pertama kali berhadapan dengan pengalaman bersalin dekat Irfan dulu..

Sangat mudah dan lancar..

Irfan  ni seorang abang yang sangat concern dengan adik dia..

Kalau kita beli apa2..mesti dia akan cakap.. "Mama..nah..ni untuk adik.."

Walaupun sebenarnya si Irsyad tu tak heran pun..hahaa..

Dia jugak sangat lembut hati..soft-hearted guy..mungkin ikut aku kot..hihiii...

Kalau adik dia ketuk kepala dia ke..buat dia ke..paling2 pun dia akan cakap.. "Adik...sakitlah!"

Hehe..tapi dengan nada tinggi jugak la..tapi tangan takkan naik..itu yang aku puji..last2 Irsyad yang kena marah..huhuu..

Pastu..dia seorang anak yang pembersih..ke penggeli eh..?hahaa..

Habit dia dari kecik ialah..mesti nak raba2 aku sebelum tido..huhuu..

Bab menggigit kuku memang x leh nak cakap apa la..penuh kusyuk!!adoyaiii...

Itu la serba sedikit tentang birthday boy sorang ni..

Meh layan sket gambar2 dia dari baby sampai la sekarang..cute kan?!hahaa...daa... ^_^


..Muhammad Irfan bin Rahizan..
..Happy birthday sayang..

Tuesday, May 21, 2013

Words of the day..

Salam semua..

Mak aiiii...lamanya cheq x menyinggah tengok blog kesayangan nih...aduhaiii...

Banyak pending post yang dok terperap kat dalam draft tu..nanti la ye..den pegi satu per satu bila ada masa nanti..hehe..

Biasa la..bila sifat M tu datang..memang den tak leh nak tolong la..heuu..

Lagipun busy sket kebelakangan ni..

Last week outstation seminggu ke utara..

Minggu ni balik ofis setelkan banyak lagi kerja yang kena follow up..

Haha..tapi tu la..dah hakikatnya kita wanita bekerjaya..kena la tunaikan amanah yang kita bawak kan..? :)

Okla..kita refreshkan balik blog ini dengan satu mutiara kata yang dipinjamkan dari hasil carian en.google..




Kesimpulannya..think positive if you want a better destiny..insyaAllah.. ^_^